12 December 2022

Minat dan perubahan masa

Waktu aku remaja dahulu, aku selalu terpikir kenapa mereka yang sudah dewasa kebanyakan tidak memilih untuk memakai kereta-kereta sport, rare. Aku juga terpikir kenapa mereka tidak modified kereta-kereta mereka. Kenapa mereka memilih memakai kereta dalam keadaan standard, tambahan pula yang guna rim kompang. 

Selepas memiliki kerete sendiri ( terima kasih kepada ibubapa ku) , aku mula menabung dan aktif menaiktaraf dalam bahasa rojak, modified, kenderaan aku tu. Waktu tu masih student, maka modifikasi pun cara bajet suam suam kuku (lihat disini) .

Banyak juga benda yang aku belajar sewaktu proses ini. Antaranya ialah baik beli barang mahal sikit tapi tahan lama dari ambik yang paling murah dan perlu diganti tak lama kemudian. Pengajaran ni aku aplikasikan dalam hidup sampai sekarang.

Sewaktu masa ini juga, aku selalu berharap untuk cepat habis belajar dan ingin bekerja dan punya duit sendiri dengan harapan dapat modified itu ini. Selain bercita-cita nak pakai kereta sport. Haha.

Fast foward, 2022. Di usia tengah 30an ini. Sudah bekerjaya. Alhamdulillah mampu lah serba sedikit. Di usia ini,  segala keinginan aku dikala umur awal 20-an semakin lama semakin pudar. Realiti menerpa barangkali tapi bagi aku lebih kepada pemikiran kita disetiap peringkat umur adalah berbeza barangkali.

Tiada lagi perasaan nak modified kenderaan berlebih lebihan. Tapi Alhamdulillah, takda la terasa sampai nak jadi taste pakcik-pakcik yang pakai kereta standard habis dan jenis tak kisah kereta dah calar balar kemik sana sini. Haha. Atleast tukar rim sikit dah ok. 

Mungkin sudah terjawab persoalan aku dimasa lalu, kenapa orang "dewasa" menjadi sedemikian. Bagi aku, diumur sekarang, perkara utama yang penting adalah keluarga. Minat dah jadi ntah nombor berapa dalam hidup. Kegembiraan sebagai bapak-bapak ni lebih kepada melihat anak-anak gembira. Bukan lagi dengan memakai kereta sport atau modified. 

Selain dari itu, faktor praktikaliti juga lebih utama berbanding sedap mata memandang. Kereta lowered memang nampak cantik, tapi tak sedap dipandu. Jadi diusia sekarang, biarlah kereta nampak tinggi, janji selesa. Haha. 

Walaupun begitu, takda lah hilang terus minat aku tu. Ada lagi. Cuma sudah kurang membara seperti 10 tahun lepas. InshaAllah kalau dimasa depan banyak duit, boleh bikin kereta. Bila baca balik posting zaman dulu, teringat balik betapa kekangan kewangan untuk modifikasi kereta ketika semangat membara. Di zaman sekarang, kewangan agak okey tetapi jiwa sudah tidak membara. Haha. 

Nak tengok 10 tahun lagi bagaimana pula taste aku. Samada akan alami mid life crisis tetiba pakai kereta coupe ke hapa ataupun akan terus jadi pakcik2 yang sudah tidak kisah kereta kemik atau calar. Haha. Apa pun Alhamduillah dengan segala yang ada.

Share:

02 May 2022

Hari Raya 2022


Sejak tahun 2020, pelbagai kejutan telah melanda rakyat Malaysia. Tahun 2020 dan tahun 2021 tiba-tiba kita tidak boleh beraya kerana Covid-19, masuk tahun 2022, tiba2 Hari Raya diumumkan awal sehari dari tarikh yang tertera di kalendar. 

Pada kebiasaannya, tarikh adalah mengikut kalendar dan pengumuman Hari Raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sekadar mengesahkan sahaja tarikh tersebut tapi entah bagaimana, tahun ni tetiba anak bulan kelihatan. 

Maka seluruh Malaysia kelam kabut dengan persiapan last minute. Suatu suasana baru juga bagi semua. Haha. 

Apa yang aku lalui, seiring peningkatan usia, Hari Raya sekadar melengkapkan suatu festival tanpa ada lagi penghayatan. Tak seperti dulu-dulu terutamanya zaman kanak-kanak. Feeling menanti Hari Raya pun dah lain macam. Tak sabar-sabar nak pakai baju raya yang tergantung di almari. Ditambah pula dengan keseronokan bermain bunga api dan yang lebih penting, dapat mengumpul duit raya.

Masuk fasa remaja, keseronokan beraya adalah apabila dapat beraya bersama kawan-kawan sekolah di Hari Raya. Berombongan menaiki motorsikal beraya sana sini merupakan satu pengalaman indah.

Masuk fasa Universiti, baru merasa erti 'balik kampung'. Waktu ni dengar lagu raya feelingnya bukan main. Tambah2 kalau balik betul-betul di beberapa hari terakhir sebelum Syawal tiba. Pengalaman paling tak dilupakan adalah pulang memandu kereta Proton Satria manual aku dikala seluruh umat hendak pulang ke kampung. Azab kaki kiri lain macam. Dan tak lupa juga pengalaman tahan nak terkucil dalam bas selama berjam.

Masuk diusia sekarang, Hari Raya seakan tiada apa. Apatah lagi bila boleh dikatakan hari-hari berjumpa Parents dan adik beradik yang lain. Menetap juga di kampung sendiri. Jadi tiada lagi suasana balik kampung, dan tiada juga suasana beraya sana sini. Aku tak pasti kenapa, dah kurang keinginan untuk beraya rumah orang melainkan betul-betul dijemput.

Apapun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 

Share:

20 April 2022

Ramadhan 2022

 


Alhamdulillah bertemu kembali dengan Ramadhan di tahun 2022. Dan ini juga posting pertama aku di tahun 2022. Aku tak pasti samada masih ada blog yang aktif atau barangkali ini posting pertama di laman blogger sedunia pada tahun 2022. Haha. Aku cuba untuk pastikan setiap tahun sekurang kurang sekali aku melawat dan posting sini.

Sebenarnya aku rasa selesa posting disini kerana aku tahu tak ada orang yang baca tapi dalam masa sama aku boleh baca semula catatan aku ni di satu hari mendatang. Open Diary kekdahnya.

Banyak benda yang dah berubah dari saat pertama aku berblogging sehinggalah saat kini. Even blog pun sudah sepi ditelan sosmed yang lain. 

Sejujurnya, aku sudah lama ketinggalan dibelakang dan lebih selesa dengan sosmed sedia ada yang setakat aku tahu. Diusia sekarang sudah malas nk explore apps baru. Mungkin sudah mula memasuki fasa acik2. 

Di bulan Ramadhan, terkenang zaman dahulu lepas terawih pulang ke rumah dan moreh bersama keluarga bersama-sama depan tv. Meriah. Sekarang , sekadar ngopi sorang2. 


Share: