Aku Punya Pasal

Kemunculan Pertama 2014

Wednesday, March 12, 2014

Wah..sudah lama benar aku tak menulis post dalam blog ni. Bukan setakat menaip dalam blog, ekceli menaip dalam Microsoft Word dan facebook pun jarang. Dah lama sebenarnya dok kata nak sambung menulis balik blog ni tetambah bila idea datang dalam pala otak tapi selalunya bila balik ngadap komputer, idea-idea ayat kretif trus hilang bak wap air di cermin toilet apabila pintu dibuka. Haha..

Banyak perkara yang berlalu sepanjang aku tak menulis blog ni. Dan perkara yang palik optimus prime adalah gua sudah hilang status kebujangan. Ya. Betul. Watak Cik Dee tuh adalah benar dan bukannya my imaginary girlfriend. Haha. Sekarang beliau sudah pun bergelar Puan Dee but aku rasa kekok kalau nak mention puan so akan terus panggil Cik Dee.

So, cerita apa yang aku patut mulakan ?

the best of 2013

Flickr Images