24 June 2010

22 June 2010

16 June 2010

14 June 2010

11 June 2010

Golden Sempering Cinema (GSC)


Golden Sempering Cinema kini dibuka.Dengan kapasiti 5 orang beserta satu tempat duduk Gold Class,ia menjanjikan pengalaman hiburan yang terunggul.Merupakan satu satunya pawagam di Perlis selepas penutupan wayang kulit Haji Hamdan, ia dijangka mendapat sambutan hangat segenap lapisan masyarakat.


Proses menaik taraf pawagam

Pawagam diputihkan untuk memenuhi kehendak garis panduan Persatuan Pawagam Nusantara

Signboard Exit agar penonton tidak tersesat jalan

Kamera ditegah sama sekali

Gambar berkualiti HD ,jelas,terang,selamat dan Halal.

Testamonial Pelanggan :-
Sepanjang pengalaman saya menonton wayang di pelbagai pawagam di serata Malaysia,ternyata Golden Sempering Cinema menyajikan pengalaman terbaik dari segi servis,kualiti popcorn dan keselesaan tempat duduk.GSC the best!!
-Rusyidi Ashikin , Eksekutif Pengepaman PETRONAS
Share:

10 June 2010

06 June 2010

Libur


Ekceli aku ada banyak pengalaman yang hendak dikongsi bersama walaupun baru seminggu melakukan praktikal.Namun memandangkan aku sibuk bermeeting dengan CEO CEO serta menangani kes kes kritikal disiang hari dan meronda pos pos guard di malam hari (best weh,macam2 cerita ada),Balik rumah pun dah pukul 2-3Pagi,maka agak liat untuk meng'update' blog.

Dan sekarang,apa yang buat aku bertambah liat,ialah ini...

Terjumpa di dalam meeting room.Abaikan corak cadar,ia hanya sementara ok.
Cerah biji mata ber YM
Tak payah susah susah ke Jitra Mall lagi untuk menonton wayang

Share:

03 June 2010

Praktikal Saya DAY 4


Hari ini saya didedahkan dengan tugasan baru yang jarang diajar di dalam kelas .Di dalam banyak banyak bidang pengurusan ,bagi saya pengurusan bangkai tikus merupakan salah satu cabang yang paling kompleks .Jika diwujudkan course ini,sudah pasti lebih ramai pelajar Melayu yang akan terpinggir kelak.

Walaupun bukan major di dalam bidang pengurusan tikus dan multimedia ,selaku pelajar MMU yang kretif,kami mampu mempelbagaikan tugas atau istilah umumnya ,multi tasking. Hari ini tuan pengurus mengadu masalah perbauan yang serius telah melanda pejabatnya maka saya selaku anggota Skuad Pemusnah Tikus Pejabat telah dipanggil untuk menangangi situasi getir tersebut.Berbekalkan alatan canggih multi floor adjustment system atau bahasa pasarnya tangga lipat beserta torchlight,saya pun memanjat untuk memantau aktiviti paranormal di atas siling pejabat.

Ternyata tuduhan puan pengurus berasas.Suspek dikesan dalam keadaan tidak bernyawa di satu sudut siling.Berbekalkan plastik yang dibalut ditangan beserta hidung yang disumbat daun pandan,aku mengagahkan diri untuk berdepan dengan musuh.Ternyata ia dapat diselesaikan selepas 5 kali penukaran daun pandan serta menggantung Ambi Pur di lubang hidung.Puan Pengurus nyata berpuas hati dengan kemahiran pelajar MMU menangani segala permasalahan.

Maka itu saja tugasan saya untuk hari ini dan dijangka saya akan diberi cuti bergaji selama seminggu sebagai pampasan trauma.


Share:

02 June 2010

Praktikal Saya


Kerja tah berapa nak ada lagi.Setakat buat buat sibuk berjalan ke sana sini.Bila boss jeling,buat buat susun kertas.

Selain dari itu,tugasan aku buat masa sekarang ialah
  • - Menaip surat
  • - Memeriksa connection internet
  • - Meronda
  • - Menghiburkan hati para pekerja yang lain

Sudah 3 hari praktikal berjalan , tugasan hari ini lebih mencabar dari sebelumnya.Menarik kertas tersekat didalam mesin photosat memerlukan kemahiran yang sungguh tinggi.Pihak kementerian Pendidikan perlu pertimbang untuk memasukkan ia ke dalam silibus pembelajaran di Universiti.

Apapun yang aku perasan tindakbalas refleks aku sudah makin meningkat.Next target aku ialah untuk mencapai penukaran tab google chrome bawah 10 milisaat.

gaya pejabat saya
Share:

01 June 2010

(SUKA SUKI) Spider - Kekal


brader ni buat 'slack' ...

Tidak percaya
Dan pernah aku menduga
Kasih terpisah
Dalam sekelip mata

Sukar untuk dimengerti
Berat untuk difahami
Mengapa mawarku berduri

Kau pelangi mengiringi gerimisku
Kau.. kau di dalam hatiku
Kekal dalam ingatan
Kau sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman

Kira kau dan aku
Satu hari nanti
Akan bersatu

Biar terbakar jiwa di perjalanan
Ku bersumpah
Akan pulang ke pangkuan

Kau cahaya menyinari duniaku
Kau kekal di dalam hatiku

Kau dalam ingatan
Kau sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman
Kira kau dan aku
Satu hari nanti
Akan bersatu

Share: