Berita Char

Saturday, March 13, 2010

Sany Char @ ShowRu

Tekan bagi besaq

Bab nak cari makanan area Kelana Jaya ,memang aku dan kakak aku dah buntu mencari kedai sedap.Tambahan pula malam ni parents kami sampai dari kangar.Fikir punya fikir kemana nak bawa mereka dinner,aku teringat akan satu kedai yang saudara edios nyatakan. Jadi setelah mengambil parents aku di airport subang,kami menuju ke kedai makanan berdekatan kelana jaya business centre.Memula bajet nak makan direstoren yang dicadangkan di tasik berdekatan stadium MBPJ namun kami ahirnya ternampak satu kedai yang macam sempoi iaitu restaurant ShowRu.

Sany Char - Rm4.00

Kat restoran ShowRu ni ada juga buka gerai gerai dan salah satu gerai Sany Char Kueh Teow.Macam biasa,aku pun try saja Char Sany ni. Rumusannya,Char Sany ni memang nampak saja tak berapa menarik namun sekali try pasti meleleh.Rasa charnya tak pedas ,tak manis,sedap sedap makan.Rasa setaraf char char top di Utara Tanah Air.Pinggan yang kecik membuatkan ia nampak sedikit berbekalkan 3ekor udang namun rasanya cukup la sekadar untuk makan malam.


Char'O'meter : 8.2/10

Ranking Terkini Char (update 13/3/10)
1. Char Kampung Melayu Subang
2. Char Aimar ,TTDI Jaya
3. Char Sany,Kelana Jaya
4. Char kwsp,Kangar
5. Char Sungai dua,Penang
6. Char Berasmana,Kuala Perlis
7. Char Gani,Jitra
8. Char Ketam ,Taman Kemajuan
9. Char Terminal, Cyber
10. Char Batu Dua,Kangar
11. Char Uptown Kota Damansara Gerai No 5
12. Char UM
13. Char Shah's Corner,DP,Melaka
14. Char Uptown Kota Damansara gerai No7


You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images