22 September 2009

Projekt v6 - Reborn part 2

Perdana v6 merupakan keseinambungan perdana sei yang dikeluarkan dari tahun 1995 dan merupakan rebrand model mitsubishi eterna.Bernadikan enjin 6a12 v6,Perdana v6 merupakan sebuah jentera cruiser yang mantap untuk dilanyak dimana mana lebuhraya.Umum telah tahu yang Perdana v6 terkenal dengan masalah gearboxnya terutamanya model sebelum berfacelit kan alfadana.Namun dengan pemasangan sistem ATF keatas gearbox perdana terbaru,masalah ini dijangka selesai.

Berbalik kepada Perdana v6 milik bapak aku,ia merupakan model terawal v6 keluaran Proton yang dikeluarkan pada tahun 2000.Walaupun dilahirkan pada tahun 2000 tanpa ATF dan genap berusia 10tahun pada tahun hadapan,kereta Perdana v6 ni masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah gearbox.Seingat aku,problem yang terjadi pun cermin jatuh sekali tuh pun terjadi pada 2tahun lepas.Namun beberapa bulan lepas,kereta ni mula mengeluarkan asap putih disebabkan kebocoran minyak pelincir akibat penggunaan alat ganti tidak tulen.

So pilihan sekarang samada ada untuk overhaul enjin ataupun terus transplant enjin daripada halfcut.Namun kedua dua mempunyai pro dan kontra.Enjin asal masih lagi dalam keadaan baik namun kos untuk membaiki agak mahal.Manakala enjin halfcut ada model yang lebih power namun kondisi boleh menjadi lebih teruk dari enjin asal.Sekarang bab enjin masih survey survey dikedai halfcut samada masukkan enjin 6a12 N/A daripada eterna ataupun versi turbo 6a12tt .


Ni kedai halfcut yang aku lawat kat Seriab,Perlis




Kedai halfcut di Jitra ,Kedah

Sekarang selepas terbengkalai sejak beberapa bulan memandangkan bapak aku dah angkat kereta baru,maka Projekt membaikpulih kereta tua ini akan bermula secara perlahan lahan.Banyak gila projek aku nak kena handle,mana projek kereta aku lagi,projek skuter lagi lama,projek skuter baru,projek cat pagar,projek syelek pondok...busi2..



Share:

21 September 2009

Laporan Tahunan Duit Raya 2009


Dengan ini seperti yang dipersetujui oleh lembaga audit,saya mengisytiharkan kutipan duit raya bagi hari raya aidilfitri ialah rm63.00 hasil sumbangan sanak saudara.Namun jumlah sumbangan ibubapa tidak disertakan untuk mengelak dikejar LHDN.Jumlah kutipan ini agak memberangsangkan memandangkan faktor usia dan faktor keadaan yang dihadapi tahun ini.Tak sangka masih dapat duit raya.
Share:

20 September 2009

Dugaan DiPagi Raya

Inikah yang dinamakan malang tidak berbau?


aku tengah lepak dengan tenang pun boleh jadi bencana..ntah cina mabuk mana langgar kereta aku.Nasib baik tokei kedai cina aku lepak tuh kenai sapa yang langgaq.katanya nak tolong setel.Papun kena tungu lepas raya.Kereta Perdana ni pun baru siap bikin tak sampai 2bulan lepas kes adik aku langgar tiang.Dan sekarang kena masuk bengkel pulak.Malang malang.Papun esok kena minta maaf raya extra.Menda mau nak jadi.Apasai tak jatuh meteorit aja atas kereta aku.Lagi malang berbau hancing!

Selamat Hari Raya semua..
Share:

19 September 2009

The Adventure Of Balik Kampung

Sungguh sedih mengenangkan Ramadhan yang bakal berlalu pergi.Bulan ramadhan merupakan bulan yang sungguh aman dan tenang tanpa hasutan setan walaupun fikir fikir balik dizaman ini,setan pun geleng kepala memikirkan manusia yang semakin menjadi jadi sifat mazmumah mereka.Bulan ramadhan sungguh secocok dengan aku memandangkan waktu lewat malam merupakan waktu selera makan aku berada dipuncak.Oleh itu dibulan ramadhan boleh sahaja aku makan berat berat dipukul 3-4 pagi dan terus tidur.Namun dibulan lain,itu dapat menaikkan meter penimbang.

Kalau diikutkan planning ,aku akan bertolak pulang ke Kangar menaiki kereta pada 17hb September,namun bertukar last minit kerana mak aku suruh balik dengan flight pulak.Katanya polis banyak,had laju pun dah turun 100Km/H aja.Gila hapa ngantuk nak drive 100km/h memanjang.Lagipun jem aja highway tuh.Memandangkan ada logika nya kata kata orang tua aku tuh,maka aku pun terpaksalah melupakan niat memasang lagu balik kampung sambil memandu.Hilang spirit.Flight anginasia aku berlepas pada 17hb pukul 4.30pm,namun biasalah,kena sampai awal untuk proses check in.

Pada pagi 17hb,8.30am,mak aku dah kal untuk suruh aku siap cepat bersedia ke Lapangan Terbang.Setelah penuh ugutan diterima,aku pun terpaksalah tolak mengantuk tepi.Ekceli airport LCCT dengan Cyberjaya hanya memakan masa lebih kurang 30-40minit sahaja,namun aku memilih untuk menempuh jalan sukar.

Kronologi Perjalanan Aku

10.30PM
Perjalanan aku dan adik aku bermula pada pukul 10.30am dari Cyberjaya ke Kelana Jaya memandangkan aku hendak parking kereta aku dirumah sana.Tak harap pulak aku nak parking dirumah sewa.Cukuplah 2kali kereta aku kena pecah.PErjalanan agak lancar walaupun trafik perlahan.

11.30PM
Kami menahan teksi untuk ke stesen LRT Kelana Jaya.Nasib sungguh baik memandangkan tak sampai 5minit teksi muncul

12.00PM
Menaiki LRT ke Stesen KL sentral.LRT tak ramai sangat orang memandangkan orang kolumpo sibuk bekerja.


12.30PM
Bertolak menaiki Bas AeroBus ke lapangan terbang LCCT dari KL sentral.AKu memulu musykil jugak menggunakan bas ni daripada bas rasmi AnginAsia memandangkan penjual tiket mereka ala ala ulat tiket,namun ramai ja aku tengok naik.Lagipun tambang mereka murah rm1 daripada bas AnginAsia.Servis ok sahaja.Lagipun bas baru.

2.00PM
Tiba di LCCT,manusia ramai sungguh.Dah semacam diPuduraya sahaja rasanya sehinggakan nak cari tempat bertenggek pun susah.Proses check in dan nak imbas beg pun memakan masa.Manusia ramai sangat.Ada yang nak pulang surabaya,bandung dan hongkong pun ada .Tuh yang bertambah sesak.

4.45PM
Kapal Terbang berlepas dengan jayanya.Aku dah memang mengantuk sangat time ni memandangkan tak cukup tidur semalam.AKu tidur terhanguk hanguk kes tak jumpa cari butang tolak seat kebelakang.Aku suspek macam tak ada sahaja.

5.20PM
Kapal terbang landing dalam keadaan angin kuat.Alhamdulillah,selamat sahaja mendarat.Tunggu pulak Taxi Pink amik.Perjalanan masih berbaki 40KM dari Kangar

7.20PM
Tiba di rumah.

Kalau dihitung hitung,lebih kurang 9Jam masa aku bergerak untuk perjalanan yang hanya memakan masa 40Minit dari Sepang ke Alor Star.Kalau naik kereta dari Kuala Lumpur ke Kangar pun makan 6jam sahaja.So siapa cakap naik kapal terbang laju?
Share: