02 May 2022

Hari Raya 2022


Sejak tahun 2020, pelbagai kejutan telah melanda rakyat Malaysia. Tahun 2020 dan tahun 2021 tiba-tiba kita tidak boleh beraya kerana Covid-19, masuk tahun 2022, tiba2 Hari Raya diumumkan awal sehari dari tarikh yang tertera di kalendar. 

Pada kebiasaannya, tarikh adalah mengikut kalendar dan pengumuman Hari Raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sekadar mengesahkan sahaja tarikh tersebut tapi entah bagaimana, tahun ni tetiba anak bulan kelihatan. 

Maka seluruh Malaysia kelam kabut dengan persiapan last minute. Suatu suasana baru juga bagi semua. Haha. 

Apa yang aku lalui, seiring peningkatan usia, Hari Raya sekadar melengkapkan suatu festival tanpa ada lagi penghayatan. Tak seperti dulu-dulu terutamanya zaman kanak-kanak. Feeling menanti Hari Raya pun dah lain macam. Tak sabar-sabar nak pakai baju raya yang tergantung di almari. Ditambah pula dengan keseronokan bermain bunga api dan yang lebih penting, dapat mengumpul duit raya.

Masuk fasa remaja, keseronokan beraya adalah apabila dapat beraya bersama kawan-kawan sekolah di Hari Raya. Berombongan menaiki motorsikal beraya sana sini merupakan satu pengalaman indah.

Masuk fasa Universiti, baru merasa erti 'balik kampung'. Waktu ni dengar lagu raya feelingnya bukan main. Tambah2 kalau balik betul-betul di beberapa hari terakhir sebelum Syawal tiba. Pengalaman paling tak dilupakan adalah pulang memandu kereta Proton Satria manual aku dikala seluruh umat hendak pulang ke kampung. Azab kaki kiri lain macam. Dan tak lupa juga pengalaman tahan nak terkucil dalam bas selama berjam.

Masuk diusia sekarang, Hari Raya seakan tiada apa. Apatah lagi bila boleh dikatakan hari-hari berjumpa Parents dan adik beradik yang lain. Menetap juga di kampung sendiri. Jadi tiada lagi suasana balik kampung, dan tiada juga suasana beraya sana sini. Aku tak pasti kenapa, dah kurang keinginan untuk beraya rumah orang melainkan betul-betul dijemput.

Apapun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 

Share: