Hari ini boleh dikatakan hari penentuan bagi misi Redah 4.0 aku ini dimana aku akan menuju ke destinasi akhir bagi trip ini sebelum berpatah balik semula ke Kathmandu. Sebenarnya aku agak excited untuk sampai ke Muktinath namun dalam masa sama otak aku juga terbayang - bayang laluan pulang yang aku terpaksa lalui sekali lagi.
Selepas bersarapan ala kadar, aku pun bertolak menuju ke Muktinath. Jarak Kalopani ke Muktinath hanyalah sekitar 60Km namun dengan rupa bumi yang mencabar, mungkin memakan masa lebih kurang 4 jam untuk tiba ke sana. Untuk sampai ke Muktinath, aku akan melalui Marpha, Jomsom dan Kagbeni. Aku berharap dapat balik ke Kalopani Guesthouse kembali sebelum malam. Bukan apa, terasa selesa menginap disini.
Perjalanan hari ini menyajikan view terbaik sepanjang trip Redah kali ini. Seperti aku katakan sebelum ni, aku budjet view macam ni bermula dari Pokhara lagi tapi rupanya selepas meredah panas kalahkan Malaysia, baru lah disajikan view memukau.
|
Selalu kat Malaysia nampak lembu dan kambing aja berkeliaran |
|
Nun dikejauhan terdapat Yak tengah meragut rumput. Betul ka orang panggil Yak? haha |
|
Didalam perjalanan aku perlu meredah laluan air yang merentasi laluan, bila terpercik air, kaki seolah pedih, kerana air yang sangat sejuk. |
|
Tak pasti apa nama pekan ni, tapi yang hairan aku tak nampak kelibat seorang manusia pun. Seram bak cerita Zombie. |
|
Melalui tebing sungai. Sebenarnya boleh aja nak redah dasar sungai yang kering tu, tapi orang kampung sini cakap ada sesetengah part yang perlu cross sungai kecil yang agak dalam. Tak nak la aku ambik risiko walaupun rasa sedapnya kalau dapat ride kat tanah yang rata tu (dari kejauhan nampak rata, tapi batu kerikil sebenarnya) |
|
turun naik bukit lumrah biasa. Yang aku kagum, bas mereka boleh survive laluan sebegini. Oh. dan tak lupa juga ketahanan bajaj Pulsar 220F yang aku bawak ni jugak. |
|
Rehat bontot |
|
Aku berhenti disebuah kedai runcit untuk minum dan pinjam wifi. Kat sini aku belum sedar yang aku tercicir riding glove aku |
|
Lonely soldier boy |
|
Di lembah ni aku bertiup sangat kencang sehingga motosikal yang aku bawak ni terhuyung hayang. Aku memang dah habis tawakal. Seram gak bila dengar bunyi deruan angin yang kuat dan tiada kelibat manusia lain , Nampak tak seluar aku dah macam kena tarik tu, angin tolak. |
|
Berehat sebentar. Tadi ada sebuah SUV dinaiki 4 lelaki yang muka macam watak penjahat dalam filem Bollywood tahan aku. Aku dah separa suspen. Rupanya diaorang nak tanya arah jalan. Tanya jalan muka macam nak bunuh orang. Pandai kan budak Malaysia tunjuk rah jalan Nepal pada orang tempatan. Hahaha. |
|
Laluan mendaki yang paling best pernah aku lalui dan juga menggerunkan sebab angin bukan main kuat. Kalau terjatuh gaung tepi tu, memang hi hi babai la jawabnya. |
|
Yeah. Akhirnya tiba di pekan Muktinath. Meraikan kejayaan di Cafe hotel Bob Marley. |
|
Aku ingat spesies burung ni hanya ada di Asia Tenggara, rupanya sampai ke pergunungan Himalaya. Sejak hari ini aku dah tak pandah rendah pada burung ni kerana mereka mungkin dah bermusafir bapak jauh dari aku yang tak seberapa ni. |
|
Sewaktu ride mendaki bukit sebentar tadi, angin bertiup kencang ditambah suasana sekitar yang sudah semakin sejuk. Aku pun cuba mendapatkan glove aku sebelum aku sedar yang ia dah tercicir ntah kemana. Terpaksa aku meredah perjalanan dengan tangan yang kebas akibat kesejukan. Nasib baik beberapa KM sebelum sampai ke Muktinath aku terjumpa orang jual Glove. Sanggup aku panggil dia didalam rumah sebab nak beli sangat2. Memang best glove ni. |
|
Pekan Muktinath, walaupun aku harap ada hotel 3-4 bintang beserta Mall. |
|
Sempat singgah ke bengkel motor sebab aku risau selepas ride dari Pokhara hingga ke puncak gunung ni, meter minyak tak turun turun. Lepas pomen tengok kan, rupanya memang motor ni bapak jimat. Minyak masih banyak. |
Selepas 6 jam ride, aku pun tiba di Pekan Muktinath, Lower Mustang. Cuaca disini dah makin sejuk. Angin yang kuat menambahkan lagi kesejukan. Sebelum sampai kesini tadi, aku melalui Marpha dan Jomsom, tetapi tidak masuk ke Pekan. Untuk sampai ke Pekan aku perlu DeTour sikit. Couple US yang aku jumpa di Kathmandu tempoh hari ada suggest suruh aku lawat Marpha, cantik tempatnya kata diaorang. Namun tuh la, aku kejar masa. Di Muktinath ni juga terdapat sebuah Kuil yang menjadi tarikan perlancongan.
Untuk pengetahuan, Muktinath ni bukan lah pekan terakhir, sebenarnya masih terdapat lagi laluan ke kawasan yang lebih pendalaman yang digelar Upper Mustang. Katanya kawasan tu begitu terpelihara dan tak ramai pelancong yang ke sana. Untuk ke sana perlukan permit khas yang agak mahal. Satu hari nanti mungkin.
Aku bersyukur jugak kerana sepanjang perjalanan sampai ke sini, aku tak terkena Acute Mountain Sickness (AMS) yang disebabkan perubahan mendadak dalam environment yang kurang oksigen (makin tinggi altitude, makin kurang oksigen). Risiko AMS dapat dikurangkan kalau kita trekking kerana kita mengambil masa yang panjang untuk sampai ke atas. Kalau naik motor macam aku ni, agak laju perubahan persekitaran tu jadi risiko makin tinggi. Alhamdulillah. Kalau kena, tak boleh bayang aku nak tanggung sorang-sorang kat atas ni.
Sebenarnya, selepas balik ke Malaysia dan menyusuri kembali memori-memori Redah 4, aku terasa sangat menyesal kerana terlalu mengejar masa tanpa sempat mengambil kesempatan untuk singgah dan melihat tempat-tempat menarik di sekitar perjalanan. Tak hairanlah trip internary dari laman web tour group mengambil masa 7 hari untuk habiskan route Pokhara ke Muktinath sedangkan aku hanya mengambil masa selama 5hari sahaja. Sepatutnya alang2 dah sampai, aku patut luangkan saja masa lebih sedikit pun. Takpa. Belajar dari kesilapan dop.
Waktu dah pukul 4 petang waktu aku sampai. Jadi selepas minum, makan dan melihat ala kadar pekan Muktinath, aku pun kembali semula ke Kalopani, melalui semula laluan yang aku baru lalui sebentar tadi. Ya. Amat mencabar minda. Kalau tak kerana aku dah letak deposit untuk motor ni, mamang aku dah humban ke gaung dan fly aja dari Jomsom ke Kathmandu. Haha.
|
At last sampai semula di Kalopani Guesthouse. |