Masuk hari
ketiga di Negombo, (sebenarnya hari kedua lah, hari pertama sekadar tiba dari
Malaysia dan terus tidur ) kami masih belum pun jejak kaki ke Pantai Negombo
diseberang jalan. Tunggu last day nanti aja lah kami ke sana sebab last
day nanti kami akan kembali ke Negombo jugak sebelum pulang ke Malaysia.
Sebenarnya
hari ini barulah pengembaraan sebenar kami di bumi Sri Lanka bermula. Seperti
sedia maklum, untuk trip Redah 3.0 ini, aku dan AJ akan travel menggunakan tuktuk
disini selama 5 hari. Plan perjalanan pun kami dah draftkan Cuma sekarang
tinggal samada logik atau tidak aja kerana kalau diikutkan purata perjalanan
kami sehari dalam 120Km dengan jarak paling jauh adalah dari Ella ke Galle yang
lebih kurang 220Km. Tuktuk pulak boleh gerak dalam average 50km/h
ditambah kami belum pasti kondisi jalan ke satu-satu tempat.
Pada
asalnya aku dimaklumkan pejabat ClubShaLanka, syarikat yang menyewakan tuktuk
ni dibuka pada jam 9.30 pagi tapi bila aku contact, Suranga owner syarikat
bagitahu dia akan ke ofis pada pukul 12.00 tengah hari memandangkan hari ini hari
Ahad iaitu hari cuti sepatutnya. Oklah. Kami melepak dulu di café diseberang.
|
Aj sarapan Piza. Aku mati-mati ingat bantal bentuk pizza. Flat semacam. Haha |
|
Menanti tuk tuk |
Selepas
setel prosedur tanda tangan kontrak dan membuat pembayaran, Suranga bawak kami
belajar memandu tuktuk di lorang belakang pejabat. (Berkenaan kos sewa tuktuk boleh rujuk balik post ini) Tuktuk ni ada clutch
yang mana aku tak risau sangat memandangkan aku pernah bawak motor clutch
dizaman merempit dulu, Cuma bab gear ditangan tuh (seperti VESPA) yang memerlukan
sedikit masa untuk aku biasakan diri. Tak banyak bezanya dengan mengendalikan
motor Cuma bezanya tuktuk ni ada gear reverse. Cara nak reverse kena tarik satu
lever seakan handbrake kereta disebelah kanan.
Pada mulanya aku bayangkan compartment untuk letak luggage agak besar pada sebuah tuktuk, rupanya kecik aja ruangnya. Atas pada ruangan enjin. Jadi tiada safety sangat tapi atleast baik banyak dari usung naik motor.
|
Bajaj Re Petrol 200cc, bunyik macam laju kan? |
Lepas 30
minit sesi pembelajaran, kami pun menuju ke jalan utama dan mengucapkan selamat
tanggal pada Suranga. Cuak gak memula bawak dijalan utama sebab walaupun tuktuk
ni dipandu seperti motor, tapi saiznya dah nak lebih kurang sebuah PERODUA
Kancil. Jadi perlu masa nak biasakan diri terutamanya bab menyelit dan
memotong. Waktu ni baru aku dan AJ sedar realiti kelajuan 50km/h tuh. Huhuhu.
|
Simple aja papan pemuka tuk tuk ni. Di sebelah kanan ada butang hon & buka lampu,
Di sebelah kiri ada butang signal & butang lampu tinggi/rendah.
Kat bawah tangan kanan aku kelihatan lever reverse gear |
AJ tak
berpeluang untuk belajar memandu tadi dan aku pun tak mahu buang masa terlalu
lama tunggu dia belajar pulak disebabkan timing schedule hari ni dah lari berbanding dari
perancangan asal. Ikutkan plan pukul 10 pagi dah gerak, sekarang dah 1.30 tengahari.
Plan harini adalah untuk ke Sigiriya yang terletak 140Km di
bahagian utara Sri Lanka. Kalau ikutkan, masa perjalanan yang tertulis di
google map adalah 3 jam 30 minit tapi berdasarkan bacaan aku di Internet,
driver telah dinasihatkan untuk mengganda dua kan masa yang tertera disebabkan
google map tidak mengambil kira keadaan jalan disini. Keadaan macam mana aku
pun tak tahu.
Pada mulanya agak menyirap aku bila asyik dihon kenderaan lain sedangkan aku bawak bukan main perlahan di kiri jalan. Tapi disini kena ubah mindset, kerana hon di Sri Lanka lebih kepada "awas bhaiya, saya nak memotong anda" walaupun ada masa hon yang membawa maksud "cilaka lu.." tetap ada.
Sewaktu kami terima tuktuk tadi, minyak telah diisi separuh dan aku dimaklumkan tadi oleh Suranga yang "a full tank should be good for all day long..." tapi apa jadahnya baru 30 minit perjalanan minyak dah ditakuk E. Sini stesen minyak banyak jadi tak perlu bawak minyak dalam tong. Aku pun berhenti untuk mengisi minyak di Stesen berdekatan.
Time isi minyak baru atendan pam bagitau yang penutup minyak takda. Patut bukan main laju minyak habis, meruap jadi gas rupanya. Time ni dah cemas sikit dah. Cemana nak buat, mana nak cari benda alah tuh disini. Tapi pekerja distesen minyak tuh baik-baik belaka. Sorang pak cik ni cakap dalam 7 km ada kedai sparepart BAJAJ. Aku bertawakal jangan buat kedai tu tutup lak sebab harini Ahad. Oh ya. Sini minyak RON 92 berharga Rp117/liter. Lebih kurang RM3.10/liter. Apa macam, sayang Najib tak ?
|
Penutup minyak lu mana bhaiya ?? |
|
7km kemudian. Alhamdulillah bukak. Rp200 ja benda alah tu |
Perjalanan melalui jalan 1 lorong yang bersuasanakan kampung memudahkan aku belajar memandu dengan lebih tenang sebab kereta tak banyak. Waktu nak keluar bandar Negombo tadi aja sesak sikit. Memasing dah start rasa lapar waktu ni. Nyesal lak tak makan siap siap di Negombo tadi. Tapi dari research, aku tengok ada ja Masjid - masjid yang terletak di tepi jalan yang akan kami akan lalui hari ni.
Tak lama kemudian kami terjumpa satu masjid dan depan masjid ada satu warung Muslim. Warung ni kalau dinilai ikut gred Kebersihan Kemeterian Kesihatan Malaysia aku rasa dapat Gred E. Lepas jenguk dalam, masih terdapat sedikit lauk pauk tapi kari pun berbuih semacam ditambah lauk pauk dibiarkan tanpa penutup. Tengok jam dah pukul 3 petang. AJ tengok aku, dan aku tengok AJ. Lalu kami ambil keputusan untuk tahan lapar dari risiko cirit birit. Aku sambung kudap roti yang dibeli kat KLIA.
Hampir sejam kemudian kami lalui satu pekan yang agak besar dan meriah. Terdapat satu masjid ditengah-tengah pekan dan beberapa kedai makan Muslim. Tapi masalahnya diaorang tengah ada pasar petang barangkali depan masjid tuh, nak cari parking bukan main susah. Bila fikir risiko kalau parking jauh dan tinggal barang-barang dalam tuktuk maka aku suh AJ tapaukan aja nasik manakala aku tunggu dalam tuktuk.