17 September 2016

Mecca Cafe

Bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci ataupun mana-mana negara Arab, bolehlah anda ke Restoran Mecca Cafe untuk ambil feel dengan masakan Arab. Terletak betul-betul dalam bandar Kangar, restoran ni aku tengok menyasarkan pelajar-pelajar foreigner UNIMAP yang makin melimpah ruah di bumi Perlis ini.



Ia bukan sekadar restoran malah juga turut mempunyai mini market menjual stok-stok produk dari timur tengah *Yussouuffff Taiyoooohhhbb* (tetiba muncul di minda aku selepas taip ayat terakhir tuh..haha).



Aku perasan kewujudan kedai ni beberapa bulan lepas namun kekadang bila lapar terlupa pulak nak ke sini. Untuk makluman nama ja kedai Arab tapi owner dia Melayu. Kata tuan kedai sebelum ni memang chef Arab yang masak tapi bila Chef dah takda diaorang masak sendiri aja. Menu disini tak banyak tapi memadai. Sesuai dengan saiz kedai.


Kami order Nasi Kabshah dan Hommos beserta roti. Rasanya memang mantap walaupun tak setaraf Saba Cyberjaya tapi kalau dengan lidah aku, dah cukup sedap. Tak macam kedai arab Al-Aqsa Beseri (Sekarang dah tutup jadi farmasi) yang ayamnya sedikit kering. Hommos pon sedap. Aku nak komen lebih aku pon tak tahu nun di Timur Tengah macam mana rasanya. Rupanya ada jual Hommos dalam tin (RM4.80) disini maka aku rembat satu habuan buat sendiri di rumah.


Air ni memang kena dengan cuaca panas diluar. Tak sangka campuran kiwi dan lemon boleh menjadi sebegini sedap. Awesome!


[ masakan arab perlis , jalan jalan cari makan perlis , makanan tengahari perlis ]
Share: