Dah lama aku kata nak tulis sikit review tentang kereta
Proton Iriz1.6 Premium yang sudah dimiliki lebih kurang 1bulan lebih ni.
Kalau ikutkan dah banyak review komprehensif dilaman web permotoran
tapi paham2 lah, mereka tuh pandu uji selama beberapa jam aja pon + kang
kritik teruk2 terus tak dijemput untuk pandu uji model seterusnya pulak
kan. So disini aku nak bagi review dari sudut pemilik.
Tak payah lah aku nak cerita satu persatu bab spesifikasi
dan features yang ada pada kereta ni, yang tuh boleh tengok dilaman web
permotoran seperti paultan. Aku akan simplekan aja review berdasarkan
The good & The Bad
THE GOOD
1. Rekabentuk
Soal rekabentuk merupakan satu soal subjektif sebenanrnya bak kata pepatah yang hampir ada kena mengena 'rambut sama hitam, hati lain' kan. Bagi aku rekabentuk Proton Iriz ni memang cun. Setanding rekabentuk jenama besar yang lain. Lagi satu Proton Iriz ni kalau tengok nampak kecil tapi bila parking sebelah kereta sedan baru nampak saiznya yang sebenarnya agak lebar.
2. Features
Bagi spec Premium, features yang ditawarkan memang banyak setaraf kereta Honda CRV full spec orang tua aku. Apa yang aku suka dan nampak berguna adalah lampu DRL, auto flip side mirror, reverse camera, keyless entry, kerusi kulit, charger USB dan GPS. Berbanding GPS kereta myvi 1.5 SE adik aku, GPS Proton lebih banyak fungsi dan nama2 tempat. Masih kureng berbanding Garmin atau Papago tapi memuaskan. Selain dari itu adalah 6 airbags, Abs, ESP sekian2 yang aku rasa orang tak amik kisah sangat pun.

3.Harga
Dengan pelbagai features bagi aku harga yang ditawarkan amat berpatutan. Cuba compare tengok kenderaan yang ada features sebegitu berapa harga dipasaran berbanding Proton Iriz ni.
Dengan pelbagai features bagi aku harga yang ditawarkan amat berpatutan. Cuba compare tengok kenderaan yang ada features sebegitu berapa harga dipasaran berbanding Proton Iriz ni.
The Bad
1. Kualiti pemasangan
Sebelum aku nak komen bab ni, anggap lah saja yang mungkin aku tak bernasib baik gamaknya. Apabila pandu keluar sahaja kereta dari showroom, aku dah perasan yang dashboard kereta ni mengeluarkan bunyi akibat vibration. Dibahagian belakang ruang tayar kiri pun turut mengeluarkan bunyi berdecit seolah bunyi batu dari jalan yang baru ditar. Pada mulanya aku ingat plastik balut seat puncanya, namun selepas siasat bunyi tuh berpunca dari ruang yang aku cakap tadi. Aku salahkan department pemasangan Proton yang bagi punca masalah diatas. Mungkin unit kereta aku ni dipasang sejam sebelum waktu rehat tuh yang pasang skru longgar sana sini.

Sewaktu servis 1000km yang pertama aku hantar
kereta ni ke Pusat Servis Proton (agen) Kangar dan melaporkan
masalah-masalah tersebut. Tindakan mereka adalah ketatkan skru dashboard manakala bunyi dibahagian belakang mereka tak tahu punca dan suruh hantar ke Proton Edar Alor Setar. Walaupun dah ketat skru, tiada beza langsung. Beberapa minggu kemudian aku bawa pulak ke Proton Edar Alor Setar. Memula ok kejap. Tiada lagi bunyi didashboard dan belakang tapi hampir nak sampai rumah terus bunyi tersebut datang balik. Adoi.. Tunggu masa nak bawak pulak. (Update 18/10/2015 - Problem setel rujuk Kesimpulan dibawah)
2. Power Engine
Walaupun didatangkan dengan enjin 1.6, terasa Kelisa 1.0 lagi power in term of pick up. Aku rasa semuanya berpunca dari gearbox CVT yang kurang memberangsangkan. Lagi satu bila nak memotong kena pepandai main minyak, bukan apa, pernah waktu memula beli tuh bila nak memotong kenderaan aku tekan minyak kuat sikit macam selalu bila drive lain2 kereta, tapi dekat IRIZ ni, hanya RPM aja naik mencanak tapi kereta tak pick up pun. Bahaya betul. Lama-lama baru faham nak potong kena bajet tekan minyak slow2. Bagi aku leceh gila. Lagi best bawak kereta auto 4speed biasa macam di MYVI.
3. Bunyi gearbox CVT
Bunyi gearbox merupakan masalah awal yang diperkatakan sewaktu pelancaran model ini. Bagi aku memang tak dapat dinafikan. Memula aku fikir ok la kot, bunyi tera mana lah sangat. Kuatkan aja volume speaker dan setel. Tapi sebenarnya tak semudah tu. Lelama rasa annoying sebab bunyi gearbox sama naik dengan bunyi radio.
Kesimpulan (update 18/10/2015 - selepas 5 bulan memandu)
Bagi aku kereta Proton Iriz merupakan kereta yang berbaloi untuk dimiliki. Cuma kalau kena masalah pemasangan yang kurang kemas macam aku, kena bersabar sikit la turun Pusat Servis. Alhamdulillah berkat kesabaran dan selepas aku suruh pomen sendiri bawak kereta aku sambil duduk ditepi dan point satu per satu bunyi, diaorang dah solvekan apa yang patut.
Bab features yang datang untuk premium specs ni, dari sehari ke sehari aku dapat rasa mudahnya kerja bila ada kemudahan ni terutama keyless entry dan reverse camera. Headunit aku kekadang tuh jadi hang@sangkut tapi selepas 5 bulan aku drive baru 3-4 kali jadi, so pejam mata dulu.
Dari segi kuasa enjin atau lebih spesifik gearbox, aku rasa menyesal tak angkat variasi manual seperti kebanyakan suggestion/review dari internet. Sebenarnya enjin 1.6 ni ada potensi, cuma tersangkut di gearbox. Kalau aku beli manual, kompom tiap bulan aku bayar installment dengan senyuman.
Bagi mereka yang ada plan nak angkat Proton Iriz, aku cadangkan angkat varian Manual. Kalau nak auto, cuba sabar kejap dengar kata Proton tengah nak tukar supplier gearbox baru. Apapun pandu uji lah sendiri dan alaminya. Lain orang lain toleransinya.
(update 17/9/2016 - selepas 1tahun 5 bulan memandu)
Seperti aku pernah sebut sebelum ni, kereta ni bini aku yang bawak aku kekadang ja bawak so kali ni aku nak tambah review sikit bab pendapat aku setelah memilikinya selama 1 tahun 6 bulan. Bunyi di dashboard muncul balik cuma yang hairan dia kekejap ada kekejap tiada. Time aku bawak servis terus hilang lepas servis kekadang muncul..maka disebabkan jarang2 muncul maka aku pon malas nak layan.
Lain-lain masih mantap. Bab gearbox CVT yang aku komen dulu aku rasa sejak aku ada anak kecik ni aku dah tak kisah dah bab ni. Sebab aku dah jarang merembat. Bawak pon slow2 ja. Haha. Maka bukan isu besar dah sekarang kecuali sekali sekala nak memotong ja aku rasa 'annoyed'. Bab bunyi gearbox kuat tuh aku rasa mungkin dah sebati dalam telinga aku. Tak rasa apa dah.
Baru-baru ni aku bawak kereta ni dari Perlis ke Kuala Lumpur. Kali ke -3 bawak kereta ni jalan jauh. Perjalanan rasa selesa dan baru aku sedar NVH kereta ni (tolak bunyi CVT) agak mantap. Kesimpulannya kereta PROTON yang terkini ni memang sedap bawak cuma sayang bab kualiti pemasangan PROTON tak tekankan. Tapi aku malas nak komen lebih sebab mungkin unit aku aja kot yang kena kes begini. Allahualam.