04 August 2012

Perlis Dan Malam


Remaja Perlis dilarang keluar selepas 12 malam
ARKIB : 09/09/2005KANGAR 8 Sept. - Kerajaan Perlis akan menguatkuasakan larangan keluar rumah selepas pukul 12 tengah malam kepada remaja bagi menangani masalah sosial di kalangan mereka.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, usaha seumpama itu perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah sosial remaja di negeri ini semakin serius.
``Usaha murni ini tidak akan berjaya jika dilakukan secara bersendirian sebaliknya memerlukan sokongan semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jafperi Othman (BN-Mata Ayer) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Shahidan berkata, pada tahun lalu, kerajaan negeri pernah mencadangkan untuk menguatkuasakan larangan keluar rumah selepas pukul 10 malam kepada remaja tetapi mendapat bantahan pelbagai pihak.
``Meskipun dibantah, kerajaan negeri tidak pernah membatalkan hasrat itu dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan remaja,'' jelasnya.

Suatu ketika dulu , Menteri Besar Perlis pada ketika itu pernah mencadangkan agar remaja dilarang keluar rumah selepas pukul 12 malam. Berita tersebut telah menimbulkan kekecohan dan isu besar bukan setakat pada scene mat rempit , malah turut merungsingkan scene bebudak tuisyen .Apa jadah balik Tuisyen pun kena cekup Polis.Namun , ada baiknya juga waktu itu jika undang undang ini dilaksanakan kerana pada ketika itu scene mat rempit berada pada tahap kemuncaknya di Perlis.Namun entah mengapa ,undang undang itu tidak menjadi kenyataan.

Perlis 2012 , jikalau undang undang ini diguna pakai pada tahun ini , ternyata ia harus di perluaskan lagi sehingga ke alam jin kerana kebarangkalian untuk menangkap remaja manusia pada pukul 12 malam amatlah kurang.Scene mat rempit telah berkubur.Bebudak tuisyen pulak dah banyak balik awal.Yang tinggal hanyalah pegawai ronda syarikat sekuriti yang meronda guard di malam hari.Ya,itu saya.
Share:

Peristiwa Satu Malam

Jam menunjukkan pukul 12 malam.Kelihatan sayup sayup kedengaran bunyi sebuah motosikal automatik berkuasa 115cc memecah keheningan malam di bandar Kangar .Pemuda itu bukan mat rempit apatah lagi anggota Rela.Beliau hanyalah pemuda biasa yang bekerja kais pagi makan pagi ,kais malam makan malam. Beliau baru pulang dari perjumpaan sosial pemuda pemuda nasionalis.Deruan angin menerjah muka pemuda tersebut disusuli embun mula tampak membasahi cermin penghadang helmetnya.Pemuda itu menunggang dengan penuh berhemah memandangkan usianya yang sudah hampir mencapai status perlu atau mampu berkahwin.Dilaluinya setiap selekoh dengan tenang , tanpa sedikit goyang kerana beliau pernah merasai pengalaman sebagai mat motor pada zaman kegemilangan Valentino Rossi dahulu.

Namun , taktala mengambil salah satu selekoh , pemuda itu kelihat kaget , lampu biru berkelip kelip menghiasi pemandangan hadapan pemuda tersebut.Kelihatan manusia berkulit vest pantul cahaya memenuhi jalan.Lantas pemuda itu tiada pilihan melainkan menyerah ke sisi jalan.

"lesen dengan IC encik .."
"ni dia tuan"
"ermm..." sambil menyuluh lesen tersebut ke arah lampu motorsikal pemuda tersebut . " tak berapa nampak ,nak kena pakai cermin mata ni.." sengih pak cik Polis itu.
"tidak mengapa..take ur time tuan"
"haaaa..ok..pi kat meja sana sat bagi nama"
"errr...untuk apa tuan...?"
"saja .... survey" balas Pak Cik Polis itu lagi 
"fuhhh.."

Damn! bikin gua kaget sahaja.
Share: