04 October 2011

MMU : Permulaan suatu hikayat


Selepas tamat persekolahan tingkatan 5 , semua remaja Malaysia mendapat peluang untuk berehat agak panjang iaitu selama lebih kurang 6 bulan sebelum menyambung pelajaran bagi yang berminat atau menyambung rehat bagi yang tidak berminat.Sebagai remaja berwibawa pada masa itu,aku sempat bekerja seketika sebagai esekutif pencucian banggunan selama 2hari sebelum mendapat offer untuk bekerja sebagai esekutif perkantinan dan catering selama 3bulan. .

Namun masa berlalu dan akhirnya kita juga perlu melalui fasa baru iaitu fasa universiti.Setelah sekian lama menanti dan kawan kawan mula bercerita tentang tawaran sambung belajar yang mereka terima,aku sedikit demi sedikit mula cemas kerana belum menerima apa apa tawaran. Sehingga pada suatu hari ibubapa aku memaklumkan aku menerima tawaran daripada MMU. MMU merupakan singkatan yang aku penah dengar tapi tak pasti singkatan kepada apa yang aku pasti semestinya "U" terakhir untuk university dan dari apa yang aku dengar dari seorang bekas pelajar sekolah aku ,MMU ramai hot chicks.Itu sahaja.

Kerana tiada lagi apa apa panggilan ,aku terpaksa menyahut seruan ini dengan mendaftarkan diri di Multimedia Universiti Kampus Melaka.Suatu tempat yang asing dan sungguh jauh rasanya dari tempat lahir aku.Beberapa minggu selepas mendaftar ,bapa aku memaklumkan yang aku ada menerima tawaran dari Uitm Shah Alam untuk kursus IT dan juga seorang jiran kampung datang memberi surat tawaran Universiti Tenaga Nasional yang dikatakan tersilap hantar oleh posmen seminggu lalu.

Namun,mungkin ini semua ketentuan ilahi,maka,bermulalah sebuah hikayat lelaki selekeh di Multimedia University.



Share: