06 February 2010

Felda Residance Tekam







First time buat live update dari lokasi selain rumah aku.Sekarang aku tengah 'hang out' di cafe Felda Residance@Tekam Plantation Resort .Resort ni terletak didalam kawasan felda yang dikelilingi ladang kelapa sawit.Bebudak Rempit Felda pun ramai berkeliaran disini.Aku kesini sebagai driver menemani parents aku atas urusan kerja.Kami tiba lebih kurang pukul 6.30 ptg.Suasana sungguh sunyi melainkan suara pemuda pemuda Felda bermain sepak takraw dan tenis di court . Receptionist bertugas menyambut kami dengan penuh keterujaan,mungkin kami pengunjung pertama sejak 2-3hari lepas.

Kami menginap di family suite dibanggunan lama yang dikatakan dibina zaman Tun Abdul Razak dahulu.Pada sebelah malam kami makan di Cafe Resort yang menyediakan menu agak terhad.Macam biasa memandangkan ada Char Kueh Teaw,aku yang agak kenyang turut makan.Makanan tiba kira kira 40minit kemudian walaupun hanya kami satu satunya pelanggan pada malam itu.Mungkin waiter terpaksa call Chef yang sedang bersenang lenang dirumah ataupun mungkin abang waiter itu sendiri menjawat segala tugas di cafe dari pengambil pesanan,waiter,tukang masak dan pembancuh air.

Koteaw Goreng bertopengkan Char ?

Macam biasa, Char menghampakan.Tidak layak langsung dikategorikan didalam kategori Char.Seperti Koteaw goreng kampung.Mungkin Chef mengambil MC dan waiter terpaksa menyusup order di warung berdekatan sebab aku ada nampak lampu motor ulang alik diluar sebelum tu.Malam di Felda Residance amat suram,terasa seperti membintangi filem i'm legend.Mungkin kerana sekarang bukan musim cuti sama.Nasib baik disini dapat saluran national geographic dan wireless.Ada la sedikit hiburan.

Pada waktu pagi,kami ke Cafe semula untuk sarapan percuma yang diberi dalam pakej bilik.Namun hanya untuk 3orang sahaja namun adik aku tak kisah pun sebab dia lebih suka tidur.Setiba dicafe,terdengar bisikan waitress bertugas kepada pekerja didapur mengatakan "pssst..ada orang datang..." .Kelihatan para waitress berterabur buat buat bekerja dan kelihatan chef mengeluarkan semula makanan dari dapur.Jenis makanan yang dihidangkan agak terhad.Hanya terdapat bihun sup,roti bakar,nasi goreng,hotdog,lepat pisang dan apa nama ntah selain buah buahan 2jenis.

Sarapan

Aku menuju ketempat roti untuk pekena roti bakar.Mesin pembakar dia jenis pembakar industri ,style bakar banyak sekaligus.So aku mendapatkan bantuan waitress bertugas.Hasilnya roti bakar aku memang terbakar.Mungkin waitress itu sendiri belum pernah menggunakan pembakar roti tersebut.Cik waitress meminta maaf dan berkata akan menyediakan roti bakar baru.Second time,sama.Hangit jugak menyebabkan aku makan roti biasa sahaja akhirnya.Aku rasa tidur dibilik lebih sedap dari makan.



Gambar Internet

Gambar Aku

Overall Felda Residance ni menawarkan khidmat yang memuaskan untuk penginapan di pendalaman.Sekadar dapat tidur dengan selesa telah memadai.

---------------------------------
Bukti adik aku suka tidur

Sebelum

Selepas


Share:

1 Rangsangan:

Joe Rasau said...

hu3.... x cukup kakitangan kot....