- Baru baru ni aku nak bawak saudara edios bersama kakak aku,June pekena Char Kueh Teow subang namun kecewa kerana gerai tidak dibuka malam itu.Maka aku try ingat ingat balik Char yang aku jumpa dalam internet tempoh hari berdekatan area Glenmarie namun tiada data yang dapat ditemui.Last last kami buntu dan berkeliaran di area Glenmarie memikirkan masa depan makan malam kami.
- Dan seperti biasa,tidak sia sia membawa kakak aku kerana beliau mempunyai idea yang bernas iaitu pekena char di suatu kedai di area TTDI Jaya.Kami pernah lalu di kedai tersebut disiang hari semasa aku kereta aku ke kedai cat tempoh hari.Kedai yang dimaksudkan ialah Aimar Char Kueh Teow .Terletak mengadap jalan ,ia mudah dicari .
- Kedainya sangat bersih dan moden,dengan hiasan yang menarik namun kalau lepak dalam,agak panas .Char nya pula,memang terbaik seperti char char terbaik yang lain namun apa yang aku kurang suka ialah kuahnya agak pedas berbanding char char utara yang kurang pedas dan agak manis.Namun ia masih terbaik dan layak berada di kelompok puncak carta.Tidak rugi datang kesini mencuba tambah tambah jika anda peminat Char pedas.
- Char'O'Meter - 8.5/10
- Ranking Terkini Char (update 27/2/10)
- 1. Char Kampung Melayu Subang
- 2. Char Aimar ,TTDI Jaya
- 3. Char kwsp,Kangar
- 4. Char Sungai dua,Penang
- 5. Char Berasmana,Kuala Perlis
- 6. Char Gani,Jitra
- 7. Char Ketam ,Taman Kemajuan
- 8. Char Terminal, Cyber
- 9. Char Batu Dua,Kangar
- 10. Char Uptown Kota Damansara Gerai No 5
- 11. Char UM
- 12. Char Shah's Corner,DP,Melaka
- 13. Char Uptown Kota Damansara gerai No7
- P/s: Aku baru pi pekena sekali lagi tadi.Kali ni tak pedas.Memang terbaeekk!Macam nak up no1 ja ni.Tunggu aku pekena Char Subang sekali lagi.
1 Rangsangan:
dak gemok ni keja mkn ja
Post a Comment