Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

25 September 2014

Movie Review Ringkas #1

Sebelum ni aku bukanlah kaki wayang mahupun movie sangat. Namun sebagai penuntut MMU, agak sukar untuk tidak menjadi peminat movie memandangkan terdapat laman torrent local network yang tersedia untuk student berkongsi filem. Kalau di Melaka dulu bukan setakat movie biasa-biasa, yang "luar biasa" pun dikongsi sama. Yang kelakornyee bebudak dapat detect ip rumah warden tengah muat turun movie "luar biasa" terbabit.Ngeh3.

Genre movie yang aku layan lebih kepada cerita based on true story, dokumentari, aksi,komedi dan kekadang layan jugak genre romance habuan asah skill.Haha. Cerita Melayu sori cakap aku memang kurang sangat-sangat layan kerana susah nak dapat jalan cerita yang berkualiti kecuali cerita-cerita arahan Mamat Khalid.

Sebagai weekend husband, weekdays bujang, pada waktu malam kalau tiada apa-apa plan, aku akan duduk dirumah menonton movie. Movie pulak bukanlah yang latest sebab selalunya movie yang latest aku akan tonton di wayang. Lebih berbaloi tengok kat skrin besar. Semua movie aku download berdasarkan carian tajuk random atau yang related di IMDB.

Disini aku nak senaraikan sedikit movie-movie yang aku layan baru-baru ni. Selalunya dalam seminggu lebih kurang tiga movie aku layan. Disebabkan George Clooney merupakan antara aktor peberet aku, maka banyak movie nya yang aku download dan tonton baru-baru ni.


My Rating : 7/10
Filem ni mengenai bidang pekerjaan yang jarang orang tahu wujud. Kebanyakan masa beliau dihabiskan diatas pesawat. Menarik untuk ditonton sebab aku yang seminggu atau dua minggu sekali fly ke KL pun dah terasa muak dan penat, tetambah kehidupan watak utama ni yang hari-hari.

My Rating : 6/10
Cerita bersifat kekeluargaan dimana si bapa cuba rapat dengan anak-anak setelah ex-wifenya meninggal. Boleh la sekali sekala layan cerita macam ni walaupun aku bukan seorang bapa. Atleast dapat memahami macam mana perasaan anak-anak yang dibesarkan oleh single parent.

My Rating : 7/10
Zaman sekarang semua orang nak join politik. Dari politik amatur hinggalah menjadi ahli politik merangkap pemimpin. Filem ni berkisar tentang usaha melobi dalam menjadi Presiden US. Sebenarnya dimana-mana pun macam ni lah dibelakang tabir. Boleh la serba sedikit membuka mata kita akan kekejian sesetengah ahli politik yang kononnya suci jekk dalam Tv.

My Rating : 2/10
Serius aku tak paham langsung motif yang nak disampaikan dalam cerita ni. Aku cuba fokus sefokusnya namun makin lama makin tak paham. Hampas.

My Rating : 3/10
Satu lagi cerita hampas yang aku tonton. Rating di IMDB tinggi dan cerita pulak bergenre komedi jadi tampak menarik bagi aku. Namun lepas tonton, aku tak gelak langsung. Bagi aku setiap orang ada perspektif tersendiri tentang komedi dan komedi jenis ni tak masuk dengan jiwa aku.

My Rating :  3/10
Cerita ni pon aku tak paham. Entah apa yang nak disampaikan.



Share:

12 October 2009

Aku Dan Hiburan

Dah lama aku tak review movie sebab aku tak berapa nak ada mood nak tulis merapu panjang panjang

Sekilas rating movie hampir terbaru aku tengok

Gamer - 5/10
Aksi memang tiptop tapi jalan cerita hancur.Cemana boleh lari dari dunia games tuh pun taktau dan klimaks pun entah hapa hapa.

Perfect Gateaway - 6/10
Cerita bergenre mystery/thriller .Jalan cerita agak baik dan tidak dijangka namun tengah baru suspen trus masuk klimaks membuatkan tak puas suspen.

G-Force - 5/10
Aku start layan cerita budak budak start lepas tengok madagascar 2 dan jalan cerita ni tak menarik bagi aku.

Where Got Ghost ? - 5/10
cerita lawak seram but tak lawak dan tak seram.Sepanjang movie ada 2 parts ja kot aku gelak.Tuh pun dah majoriti gelak.

Bagi aku movie terbaek yang aku layan sepanjang hampir 2-3 bulan dan mungkin setahun ini ialah movie percuma yang ditayangkan di TV2 bertajuk Hot Shots yang diarahkan oleh direktor scary movie.Memula aku dah bosan ,saja bukak tv2.Tahap lawak dia memang buat aku tak berenti gelak.Kepada mereka yang meminati lawak lawak bangang seperti scary movie,memang ni movie yang tepat.Confirm hilang tekanan lepas tengok cerita ni.

Hot Shots!


Cerita ni berkisar tentang pilot jet pejuang dan berkisar mengenai filem TopGun.Senang cerita TopGun dalam versi humor.

Rating : 9.5/10

Hot Shots Part Deux


Ni sekuel HotShots! dan boleh dikira part 2 .Movie dia pulak berkisar tentang ala2 Rambo.Still lawak macam bangang!!!

Rating : 9/10

Boleh didapati di isohunt.com
Share:

18 August 2009

District-9


Lepas terbaca yang filem District 9 ni mencatatkan kutipan sebanyak rm131 juta dalam masa seminggu mengalahkan filem yang aku dengar katanya best,Gi Joe : The Rise Of Cobra Rm80 Juta ,aku tertanya tanya tentang taste penduduk bumi.Filem District 9 ni mengisahkan tentang alien yang tersadai dibumi selepas kapal angkasa mereka gagal berfungsi mungkin akibat tidak diservis mengikut jadual.Selepas diselamatkan.pihak manusia memberi mereka kawasan penempatan tersendiri namun mereka bebas ke bandar bandar manusia.Ini menyebabkan sentiasa berlaku kofantrasi diantara dua dua pihak.

Secara kasar bagi aku,filem ni nampak berbajet murah dah dilakonkan oleh pelakon yang kurang terkenal.Permulaan cerita yang agak bosan dengan imej video camera dan liputan tv memanjang.Jalan cerita pulak kurang menarik,aksi aksi kurang menarik yang menarik bagi aku hanyalah Toyota Hilux yang dimake up ala-security car pihak MNU.Aku pun tak dengar filem ni ada promosi besar,yang tahu tetiba ada poster aja kat GSC tuh.Aku tengok pon kes dah tak da cerita sangat dah.Overall,aku bagi 5 bintang aja daripada 10 dan nasihatkan tak payah la tengok.


Share:

23 April 2009

Find Me Gulity

Cerita ni berdasarkan kisah benar mengenai seorang ahli mafia Jack Dinorscio yang menjerumuskan satu 'famili' mafia nya ke makhamah akibat dikhianati sepupunya sendiri.Maka satu famili mafia ni dibawa ke makhamah untuk diadili.Ramai la peguam yang mewakili boss boss mafia ni tetapi jack Dinorscio yang tiada pengetahuan langsung dalam bidang guaman memilih untuk menjadi peguam untuk dirinya sendiri yang secara tidak langsung akan mempengaruhi nasib 'famili'nya.

Jack Dinorscio yang sungguh taat dengan 'famili'nya memegang prinsip tidak akan belot walau apa terjadi walaupun bossnya agak bengang dengannya.Maka bermula la pembicaraan yang memakan masa selama 21bulan yang tercatat sebagai kes perbicaraan mafia yang terpanjang didunia.Bagi mereka yang amik law,filem ni mungkin menari tetapi bagi yang tak amik law,mungkin agak bosan kerana filem ni hanya berlegar sekitar makhamah dan penjara.Tetapi agak menarik melihat gelagat Jack yang cuba membela diri dengan caranya.

IMDB bagi rate 7.1/10 ,dan aku setuju la.Sesuai ditonton kepada mereka yang sesuai.
Share:

Snatch (2000)

Filem ni diarahkan oleh ex-husband Madonna,Guy Ritchie dan dibintangi brad pitt,jason statham dan banyak lagi pelakon kurang ternama.Aku memang salute dengan pengarah filem ni sebab aku tak dapat nak fikir cemana dia boleh terbayang nak wat cerita ni.Cerita ni agak berbelit untuk mengaitkan watak watak dalam filem ni yang akhirnya semua mempunyai keinginan yang satu,menjejak berlian yang dirompak untuk kepentingan masing masing.

Ketua gangster,perompak amatur,jurulatih tinju,perompak berlian,penjual senjata semua bersaing sesama sendiri untuk memiliki berlian tersebut.Dalam filem ni nanti akan menceritakan bagaimana mereka semua akan saling tersempak didalam proses mencari berlian tersebut.Jalan cerita dia memang kreatif dan lucu.Dekat IMDB filem ni meraih 8.2/10 daripada 138,929 votes dan aku tak hairan mau dapat 10/10 pun.Berbaloi untuk ditonton.
Share:

16 April 2009

Pantas Dan Garang 4

Sudahkah anda menonton filem ini?bagi mereka yang berminat dengan scene scene kereta ni,mesti tidak akan melepaskan peluang menonton filem ini dan aku merupakan salah sorang yang tak terkecuali.Overall,aku rasa filem ni merupakan sekuel Fast n Furious yang paling tak best jika dibandingkan dengan sebelumnya.Pertama sekali aku tak suka kerana filem ni banyak memaparkan old school muscle car US,aku kurang berminat dengan kereta muscle car klasik ni sebab aku nampak macam kereta Datsun sahaja.Mungkin ramai yang bercanggah pendapat dengan aku tetapi aku lebih cenderung kepada kereta jepun yang lebih stylish tetapi tak dinafikan juga,aku suka Muscle car zaman moden yang cantik menarik belaka dan kelihatan mantap.

Kedua,jalan cerita filem ni agak sikit merapu dan tak ada logika kerana Encik encik Polis kelihatan begitu rileks dengan aktiviti aktiviti lumba haram ni.Dari segi ranking,aku kelaskan filem ni seperti dibawah dari segi terbaik hingga tak best bagi siri fast & furious.

1. Fast n Furious : Tokyo Drift (ni memang best sampai aku rasa nak drift aja honda tua ijad)
2. Fast n Furious
3. 2 Fast 2Furious
4. Fast n Furious 4

Malas nak bising bising lagik,aku nak sertakan sedikit info tentang GTR r34 biru yang diguna pakai dalam filem terbaru ni.





Spec-
'07 Kaizo GT-R
"The hero car"
Name: Daryl Alison
Age: 43
Hometown: Torrance, CA
Occupation: Owner, Justdriven.Com
Hobbies: Vehicle Restoration, Track Karting, Collecting
Build Time: Five Months
Feedback: Madd417@Aol.Com
Quote: "It's not a Skyline; it's a kaizo. It's still all Nissan, but it's a kaizo."

Output: N/A

Engine: Nismo NE-1 exhaust; Turbonetics front-mount intercooler and plumbing


Drivetrain: Stock

Suspension: Nismo lowering springs; custom roll cage; ARC titanium strut tower bar

Wheels/Tires: 19x11 Volk Racing RE30 wheels; Continental tires

Brakes: Rotora big brake conversion, front and rear

Exterior: Nismo Version II front bumper, side skirts; Sunline Auto carbon fiber hood

Interior: Rear seat delete; Momo steering wheel; Nismo V-Spec Nur pedals; custom heads-up display for dash-mounted PC; MFD Xenarc gauges; Sony head unit.

Fakta:-
  • Semuanya ada 7 bijik kereta skyline kaizo ni
  • Dalam 7 bijik,6 musnah time pengembaraan majoriti time scene race dengan vin diesel tuh
  • Semua 6 bijik yang musnah ni merupakan jenis skyline Er34 N/A RWD GT-Ts dan bukannya versi GTR .Cuma telah diconvertkan bodykit nya agar kelihatan seperti GTR.
  • Direktor filem ni dan pelakon watak polis underground,paul walker berkeras mahu ia kelihatan solid dan simple tanpa corak entah hapa² walaupun dibantah produser
  • Skyline GTR biru ini dibeli dari Japan dan tidak disponsor seperti Subaru Impreza hitam
Share: