Showing posts with label Cambodia-Thai. Show all posts
Showing posts with label Cambodia-Thai. Show all posts

07 March 2013

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog; Part 7

Kami bangun tak berapa nak awal pagi tuh memandangkan sedap betul aircond Asok Montri Hostel ni. Memula terasa sungguh tak beraspirasi traveler bila bangun lewat time melancong begini, tapi rupa-rupanya roomate kami yang lagi 5 orang pun semua masih enak diulit mimpi tetambah budak Jepun di bawah katil AJ yang tidur dengan senyum lebar. Mimpi Maria ozawa barangkali. Asok Montri turut menyediakan sarapan simple iaitu roti jem dan kopi 3in1. Memandangkan roti aku ada sikit lagi, maka aku bersarapan aja roti yang ada. Boleh tahan jugak roti Malaysia ni berjalan. Setelah siap wangi-wangi, kami pun bergerak ke BTS stesen untuk menaiki train ke stesen BTS Chit Lom memandangkan aku bercadang nak usha-usha baju ka seluar sehelai dua di Platinium Mall. Lagipun tengahari nanti AJ dah nak balik ke Malaysia sebab esok Jumaat dia kerja.   So bagi la dia peluang shopping jugak sebelum balik. Aku pun tak pernah lagi sampai Platinium mall ni tapi berdasarkan bacaan di internet orang cakap sini kedai pakaian ibarat Jatujak Market tapi versi Mall.


Sebelum pergi Platinium Mall, kami singgah dulu ke Pratnum Market. Pratnum market ni adalah market macam pekan rabu cuma satu tingkat sahaja. Tak besar sangat dan sungguh tak awesome untuk anak-anak muda macam kami. Fesyen pakaian di sini pun nampak tak uptodate tapi mungkin heaven bagi makcik-makcik. 


Fesyen anak muda yang paling uptodate pun barangkali hanyalah tshirt  gangnam style.
Selepas 15 minit pusing dalam Pratnum Mall, aku pun ajak AJ chow pergi Platinium Fashion Mall yang terletak kira-kira 100 meter di seberang jalan. 

Aku tak tahu samada isu ini telah dibangkitkan atau belum di Parlimen Thailand, cuma ternyata Platinium Fashion Mall mengamalkan diskirimasi gender secara terang - terangan. Cuba tengok sendiri direktori area pakaian lelaki dan wanita di dalam Platinium Fashion Mall ni. Dalam banyak-banyak tingkat, bahagian lelaki separuh level 4 ja beb dari Mall yang besar gedabak ni. Tak patut ....
Kalau aku adalah perempuan, mesti aku akan berlari - lari dengan ketawa riang sambil medepakan tangan di lorong ini. Kepada kaum lelaki pula,Aku nasihatkan, sila drop sahaja bini anda di sini dan blah balik sambung tidur di hotel. Sehari pun belum tentu habis mereka tawaf. Tapi disini banyak kedai berkonsep borong macam GM Klang. Sehelai pun jual cuma lagi banyak kuantiti yang di beli lebih murah harga per pakaian. See, aku tak pandai bab nak menerang macam cikgu ni. Muka-muka Malaysia pun ramai di sini. Aku cam pun sebab cara pemakaian tudung wanita Thailand, Malaysia dan Indonesia menampakkan perbezaan yang agak ketara.
In the end aku dan AJ hanya masing-masing membeli sehelai t shirt seorang sebelum kami naik lunch di foodcourt level 6 yang ada satu kedai makanan Halal. Aku tau pun sebab tanya seorang akak penjaga kedai bertudung litup ni.  Aku order nasik beriani ayam yang beharga 110bhat untuk mendapatkan tenaga yang jitu manakala AJ hanya cukup dengan 2biji Tika dan puree yang berharga 180bhat.
Selepas makan merupakan detik sedikit menyedihkan sebab AJ dah nak blah dan tinggal lah aku sorang - sorang meneruskan adventure ini. Apakan daya, dia kena kerja hari Jumaat yang tak berapa jam aja tuh. Selepas bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, AJ pun blah pulang mengambil barang perkakasnya di Asok Montri sebelum ke Airport manakala aku pula bercadang nak ke next mall pula memandangkan jam baru pukul 1.00 tengah hari.

Aku pun berjalan sorang- sorang ke Central World yang terletak tak jauh dari Platinium Mall. Area ni shopping mall memang dekat antara satu sama lain. Nak tau sila tengok google map. Jam di Bangkok tak jauh beza dari Kuala Lumpur.
Sampai di Central world, kelihatan ada satu event yang meriah di luar sebab aku tengok ada pentas dan muzik dah macam konsert sure heboh. Orang pun ramai situ. Maka aku dengan segak bergaya bawak kamera DSLR pun buat-buat gaya wartawan terjah tengok event yang berlangsung. Benda pertama aku jumpa adalah brader-brader kat bawah ni tengah bertanding acara memandu ikut trek kon ni..kira autokhana versi motor la..

Kemudian aku pun berjalan menuju ke pentas tempat pengacara berpung-pang2 cakap Thai yang sudah semestinya aku tak paham. Lepas tengok motor Honda merata-rata aku pun assume Honda buat pelancaran model baru motosikal mereka la kot. Siap ada model tuh, dan dari situ baru lah aku tahu yang bila anda bawak DSLR, automatik para model akan posing untuk anda. Hahaha. Aku pun apa lagi, berlakon la gaya wartawan konon tekan amik gambar padahal setting apa semua berterabur. Maklum lah, semua dah tak stabil time ni.Kahkah.
Dah puas pusing kat luar tengok show dari Honda ni, aku pun masuk ke dalam Central World Mall untuk meneruskan niat sebenar iaitu nak usha barang sikit - sikit.

Masuk aja dalam Central World, dah terasa macam masuk muzium motor, Rupa-rupanya, sedang berlangsung Bangkok 5th Bike Festival 2013 yang bermula dari 30 Januari sehingga 5 Januari. kira time aku pergi ni baru hari ke-3 festival berlangsung.


Selain motosikal berkuasa tinggi, segala macam aksesori turut di jual. Sebagai bekas mat rempit yang telah kembali ke pangkal jalan, memang perasaan teruja tuh ada tapi ya lah, nak usha lebih - lebih pun serupa duit aku banyak sangat. Hahaha. Tapi sempat jugak aku beli merchandise dari booth organizer. 

Waktu ni juga aku mula mencungkil minat baru dalam seni fotografi. Kehkeh. Patut la ada sorang member aku ni, sejak start amik gambar model di autoshow terus sampai sekarang tak berhenti memburu gambar model. Maklumlah, yang jadi model rupa dah macam Miss World, pastu muka senyum sokmo sambil posing seksi. Time ni bila aku renung-renung aku rasa ada hikmah juga AJ dah blah, satu, aku tau dia memang tak minat motor, lagi satu aku pun tak pasti samada dia minat perempuan. Tapi Alhamdulillah sepanjang duduk dengan aku takda perkara buruk menimpa. Lagipun aku dah prepare pepper spray. Hahaha.

Selesai sudah dengan soal duniawi, aku pun bergerak ke Masjid Darul Aman untuk menunaikan solat jamak. Untuk ke sana kena naik train di stesen BTS Siam yang terletak kira - kira 200 meter dari Central World dan perlu turun di stesen BTS Ratchathewi. Ala..1 stesen ja beza, tapi nak jalan mengah jugak la dengan kaki aku dah mula sakit sebab melecet. Dari stesen BTS Ratchathewi, aku pun menapak kira - kira 500 meter sebelum mula nampak beberapa restoran makanan Islam. Dari situ aku dah pasti yang Masjid Darul Aman sudah pasti tak jauh . Masjid Darul Aman ni terletak di Soi 7 Phetchaburi. Segan-segan jugak aku nak masuk masjid ni memula sebab aku pakai seluar pendek tiga suku. Pakcik janggut atas motor di gambar bawah jeling semacam ja bila aku masuk. Mungkinkah dia ada ternampak kegiatan sumbang aku di Cental World tadi? Huh

Soi 7 ni bagi aku lebih pada lorong daripada jalan sebab jalan dia kecil aja. Di sepanjang jalan ini terdapat warung - warung serta gerai menjual makanan halal. Terasa aman sikit hati bila di kelilingi saudara seagama .
Sempat jugak aku pekena hot dog bakar di sini. Komunikasi agak mudah memandangkan sesetengah mereka boleh bertutur bahasa Melayu seperti Mak Cik jual hot dog bakar ni. Boleh pulak aku pi tanya Halal ka tak walhal mak cik tuh pakai tudung. Dalam keadaan tersengih dan mungkin sedang mengata " apa bangang sangat budak....." dalam hati, mak cik tuh pun menjawab "Halal2"... Hahaha.
Disebabkan tiada meja atau kerusi di sediakan, aku pun duduklah bertenggek di tangga 7E bersebelahan. Berdekatan aku ada beberapa orang makcik-makcik yang tengah sibuk bergosip barang kali. Anak-anak kecil mereka pula sedang aktif bermain kejar sana sini. Sesekali mereka di hon motor yang lalu lalang. Terasa meriah suasana di sini. 

Kenyang sudah, aku pun menuju ke stesen train BTS Ratchathewi semula untuk ke Stesen BTS Jatujak pulak. Niat aku hanya sekadar nak melepak ambil feel di Jatujak park. Petang - petang ramai orang lepak bersantai tepi tasik di Jatujak Park sambil ada peniaga datang menjual makanan burung dan ikan selain tikar yang turut boleh di sewa.

Bila dah mahgrib aku pun pulang ke Asok Montri Hostel untuk membersihkan diri dan berehat. Traveler yang menginap di sini kebanyakan belum balik lagi. Sempat juga aku bersembang dengan sorang roomate aku dari Jepun. Lupa pulak apa nama dia yang pasti bukan Sunio. Muda lagi orangnya. Dia cakap dia datang dengan 3 orang lagi rakan dan menghabiskan masa selama sebulan untuk tour satu Thailand dan mereka bercadang singgah di Bangkok selama seminggu. Jeles aku tengok semangat mengembara mereka.

Agak kekeringan idea untuk aku menjalankan aktiviti malam secara solo. Nak sewa escort girl pun tak mampu plak. Haha. Maka menapak aja aku ke area Nana yang semalam aku dah pergi dengan AJ. Demi sebiji kebab.

Kalau ikutkan badan ni dah letih sebab menapak sana sini hari ni tapi aku perlu menyiapkan plan dan research serba sedikit untuk esok. Masa ni lah nak mengasah balik bakat membaca map macam zaman pengakap dulu-dulu.

Share:

24 February 2013

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog: Part 6

Ni lah rupa bilik dorm yang kami sewa di Asok Montri Hostel dengan kadar 300bhat (rm30) satu malam. Satu bilik menempatkan enam orang. Mula - mula aku bajet nak tinggal di SUK11 Hostel yang dah pernah aku duduk tahun lepas time turun Bangkok namun lepas mengambil kira faktor new experience, faktor partner aku AJ akan balik Malaysia tinggal aku esok dan yang paling penting faktor bajet, maka Asok Montri Hostel menjadi pilihan. AJ booking bilik ni melalui agoda.com untuk memastikan tempat terjamin dan hasil reviews di trip advisor juga menunjukkan ia mendapat rating yang tinggi.Time kami check in masuk tiada kelibat penghuni lain yang mungkin sedah sibuk menjelajah bandaraya Bangkok. Kami pun yang dari pagi tadi hanya makan makanan ringan bagi mengalas perut pun segera bersiap untuk keluar makan.

Asok Montri Hostel terletak tak sampai 100 meter dari shopping complex terminal 21 dan didepan shopping complex tersebut terdapat brader-brader taxi motosikal melepak menanti penumpang. AJ yang baru 2minggu lepas ke Bangkok mengajak aku ke restoran Usman menggunakan khidmat taxi motosikal ni memandangkan jarak yang tak jauh mana. Kami kena charge 40bhat untuk satu hala.

Restoran Usman yang terletak di 259/9 Sukhumvit 22 merupakan restoran Indonesia tetapi menawarkan masakan - masakan Thai. Aku boleh tahu pun sebab tengok ownernya petah berbicara bahasa indonesia dengan sekumpulan pelanggan Indonesia. Baru terasa ada suasana di Malaysia sedikit bila dengar orang cakap bahasa Melayu walaupun versi Indonesia.

Aku order nasi daging berlada manakala AJ nasi goreng dan juga Tom Yam campur. Bil untuk segala makanan diatas adalah 335 bhat. Kena la harga dengan restoran aircond. Setelah kenyang, kami pun pulang semula ke area Asok (Asok adalah nama tempat dan Asok montri nama bersempena nama tempat) dengan niat nak jalan-jalan dalam shopping complex Terminal 21. Time balik kami naik taxi motosikal sekali lagi dan kali ni di charge hanya 300bhat. Harga boleh dirunding sebenarnya.

Terminal 21 adalah sebuah pusat membeli belah yang unik di mana ia bertemakan sebuah airport dan sebuah journey. Sudah menjadi kelaziman bagi setiap pusat membeli belah di Thailand meletakkan pengawal atau polis di pintu utama yang akan memeriksa pengunjung yang nak masuk. Disini, pengawal pun pakai baju macam pilot. Tak payah susah-susah nak apply AIRASIA. Gambar diatas menunjukan ciri-ciri ke-airport-an. Bab aku kata journey pulak, setiap level mempunya tema mengikut negara. 

Yang atas ni mini replika jambatan golden gate San Francisco, Amerika. Level Amerika ni menempatkan kedai-kedai menjual barangan IT. Aku pun mengambil kesempatan mengunjungi kedai telekomunikasi AIS untuk membeli simcard . Adalah lebih afdal untuk membeli simcard local bagi menghubungi Malaysia berbanding roaming guna nombor Malaysia. Simcard berharga 100bhat dalam tuh ada credit 50bhat dan aku topup lagi 300bhat menjadikan ia 400bhat kesemuanya. Bukan apa, sebab aku nak melanggan pakej data plan  1GB yang berharga 350bhat. So bolehlah guna whatsapp dan call guna software LINE aja. Memang jimat banyak. Sampai hari nak balik last-last aku guna 100mb lebih aja.

Dalam banyak-banyak tempat, kat level Jepun ni jugak perut aku buat hal. Time ni dah tak peduli mana AJ sebab aku dah ada telepon yang function. Mau dekat 15minit aku godek-godek keypad tepi jamban Jepun yang canggih tuh untuk memastikan fuction pancutan air ada. Punyalah lama last-last baru aku tau menda alah ni akan berfungsi bila ada pressure orang duduk. Aku bukan apa takmau test duduk, sekali dah duduk kompom barai punya. Tak sanggup aku nak guna tisu kalau takda air sebab tuh aku test dulu untuk kepastian. Tapi dia punya pancutan air bawah tuh memang tahap pancutan pili  bomba pecah. Sampai harlem shake jugak lah aku atas jamban tuh. Hahaha.

Ni rupa bukan Tandas area bertemakan Jepun. Tapi takdalah semua kedai jual kimono. Tshirt fesyen universal.

Bila lepak level 1 terasa macam kat Rome pun ada kecuali muka siam di keliling. So perhaps gambaran kota Rome jika ditakluki empayar Siam satu masa dahulu.

Bila dah sudah tawaf didalam Terminal 21, kami pun keluar berjalan usha kedai-kedai jualan di kaki lima. Deretan kedai ni dari stesen BTS Asok hinggalah stesen BTS Nana yang sejauh hampir 500 meter kalau tak silap.


Nak ala-ala pasar malam Batu Feringhi Penang pun ada cuma ni dideretan kaki lima kedai dalam bandar. Macam - macam jenis barang dijual di sini dari selipar,cenderamata sehinggalah adult toy dan DVD X-rated. Walaupun aku dah kategori adult tapi aku dah tak main toy dah. Hahaha. Bila dah sampai area BTS Nana dah terasa macam duduk Arab. Sini tak silap orang panggil arab street. Kedai makanan arab memang bersepah tapi harga taraf Arab jugak la. SUK11 Hostel terletak kat area ni. Kat sini ada satu kedai Kebab jual tepi jalan, memang sedap. 60bhat ja.


Sudah puas meronda, kami pun berjalan pulang ke area Asok. Sempat jugak lalu Soi Cowboy. Soi Cowboy ni takda Cowboy pun, ladyboy banyak. Hahaha. Kepada mereka berhidung belang, belalang, belangkas dan seangkatan dengannya, sini la tempat sesuai untuk anda. Aku lalu ja dengan AJ laju-laju. AJ dah berdarah hidung time ni. Memandangkan AJ dah lemah lutut, aku pun memapahnya pulang ke Asok Montri. Sampai tempat penginapan, budak-budak yang stay situ tengah melepak di lobi. Ada omputih, jepun dan sebagainya. Aku terus naik bilik charge henpon manakala AJ duduk melepak buat perangai ramahnya di lobi dengan penghuni lain.

Bersambung.... 





Share:

20 February 2013

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog Part 5

Pada hari ketiga di Siem Reap, kami bangun awal pagi untuk bersiap dan mengemas barang memandangkan van ke Bangkok akan bertolak pada pukul 6 pagi. Harga tiket untuk van ke Bangkok adalah $15 seorang berbanding bus yang berharga $10 seorang. Kenapa kami memilih van berbanding bus ialah waktu bertolak pada awal pagi serta masa perjalanan yang lebih singkat. Itu yang diberitahu oleh pekerja Tanei Guesthouse memandangkan kami booking tiket melalui mereka. Ekceli sebelum ni aku agak risau bab nak bergerak ke Bangkok dari sini sebab aku dah baca banyak reviews negatif tentang transportation dari Siem Reap ke Bangkok seperti ditipu ulat tiket, dapat bas buruk, masa perjalanan yang lama dan banyak lagi lah. Tapi sebab aku yakin Tanei Guesthouse tak akan merosakkan reputasi mereka dengan memilih travel agen yang hampeh, maka aku lebih yakin booking tiket melalui mereka berbanding beli sendiri di pekan. Harga pun tak berbeza berbanding harga tiket di pekan.

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, amoi penjaga kaunter Tanei yang semalam dah set untuk mengejutkan kami di bilik datang mengetuk-ngetuk pintu. Maka AJ dengan wajah berseri seri baru lepas mandi segera membuka pintu dengan sekuntum senyuman manis. Tapi malangnya, amoi itu bukan setakat datang kejutkan kami, malah turut membawa berita terkejut di mana van yang patut kami naiki dah penuh! Nak marah tak sampai hati dek kecomelan amoi tersebut, maka dengan pasrahnya kami terpaksa amik bas next trip pukul 8 pagi. Nak tak nak, kami pun sambung tidur semula yang mana sebenarnya agak nikmat.

Pukul 8am, bas yang patut datang amik depan Tanei belum muncul tapi pekerja kaunter Tanei menyuruh kami tunggu memandangkan katanya bas sedang mengambil penumpang - penumpang lain yang turut nak ke Bangkok di serata ceruk pekan. Memandangkan macam banyak masa senggang, maka aku pun memutuskan untuk pergi ke toilet lobi bagi membuang apa yang patut sebelum memulakan perjalanan jauh. Nasib tampak tak menyebelahi aku, baru aja aku nak get ready, AJ datang mengetuk pintu dengan suara gelabah cakap "dah sampai". Adeh, dengan berat hati aku pun cepat-cepat keluar dan mengusung beg galas ke depan Tanei. Di depan Tanei, batang arm bas pun tak nampak bayang,yang ada hanyalah tuktuk.Aku dah pelik tapi pekerja kaunter Tanei mengarahkan kami naik tuktuk untuk dihantar ke bas yang sedang menunggu di stesen. Pulak. Kami pun ikut saja.


Aku tak nampak stesen bas mahupun bas bila kami diberhentikan di tepi jalan oleh drebar tuktuk tersebut, yang ada ialah seorang pak cik tengah memunggah beg satu coupe mat salleh ni masuk ke dalam but kereta. Kemudian drebar tuktuk tuh pun menyuruh kami juga memasukkan beg ke dalam but. Aku time ni terfikir mungkin kami akan di bawa ke stesen bas menaiki kereta tersebut.Tanpa banyak soal kami pun naik join couple mat salleh tadi yang sudah get ready dikerusi penumpang belakang.


Couple omputih yang duduk di belakang bersama AJ cuba untuk membuka bicara dengan menanyakan serba sedikit soalan kepada AJ namun AJ yang mungkin masih trauma di pow mamat Cambodia angkara ramah tak bertempat hanya menjawab sepatah dua sebelum masing-masing mendiamkan diri.Hahaha.Pak cik drebar yang kelihatan penuh misteri bertopengkan separa muka juga turut tidak mengeluarkan sepatah kata. Dia hanya  khusyuk memandu sambil sesekali sibuk menampar 2-3 ekor nyamuk yang berterbangan di dalam kereta. Marah sungguh gaya Pak cik ini pada nyamuk. Sehinggakan nyamuk yang terbang di kaki pun dia cuba pijak. Ada sekali tuh seekor nyamuk yang dia cuba tampar terbang kucar-kacir sebelum hinggap di atas lutut aku. Aku dah telan air liur sambil pandang pak cik tuh dengan hujung mata takut- takut di'smash'nya sekali kepala lutut aku.

Mungkin undang undang Cambodia mempunyai klausa yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak diwajibkan memakai topi keledar melainkan semasa berada di atas bumbung kenderaan.

Khinzir itu masih hidup tau dan meronta - ronta tanda excited barangkali. Mungkin tuan khinzir sedang membawa khinzir peliharaan bersiar-siar sambil menghilangkan stress setelah sekian lama terperap di dalam kandang.

Tanda ini menunjukan bahawa anda akan keluar dari daerah tersebut. Dah macam tanda "anti" something.

Bak kata pepatah Khmer, " thông minh thông minh như sóc nhảy cuối cùng rÆ¡i xuống mặt đất gì " yang bermaksud "sepandai pandai orang Khmer memandu motosikal, akhirnya accident juga". 

Bila dah masuk 30 minit perjalanan, aku dah mula terasa pelik sebab tadi pekerja Tanei cakap tuktuk nak hantar ke bas tapi kereta ni macam dah menghala jauh keluar pekan. Pak cik ni pun steady aja tengok depan tanpa cuba berbicara. Bila dah rasa lama, aku pun memejamkan mata join para penumpang di belakang yang dah lama pitam.

3 jam kemudian, kami pun sampai di pekan Poipet yang terletak di border Cambodia-Thailand.

Sampai sahaja berhampiran pintu sempadan, kelihatan para porter menunggu untuk memberi servis mengangkat barang. Berkurumunlah mereka di belakang bonet kereta kami naiki dengan harapan dapat upah membawa barang namun semua hampa kerana kami berempat masing-masing hanya membawa beg galas sebuah.


Kemudian seorang lelaki cambodia yang merupakan travel agen syarikat yang kami langgan ni datang memeriksa tiket serta melekatkan pelekat berwarna di baju kami. Time ni aku masih blur dan layan sahaja. dia mengarahkan kami pergi cop passport dan bergerak ke sebelah Thailand di mana sudah ada agen mereka disana menanti kami. Risau jugak aku takut-takut kena tipu.

Selepas cop passport di imigresen Cambodia, kami pun berjalan masuk ke Thailand. Pintu gerbang berseni ukir Thai di atas menandakan kami akan memasuki wilayah Thailand tapi sebelum nak masuk kawasan Thailand, ada banggunan hotel dan Casino moden terletak di antara sempadan kedua - dua negara.


Hampir sejam jugak kami beratur di pejabat imigresen Thailand memandangkan ramai pelancong serta pekerja Cambodia yang bekerja di Thailand beratur bersama-sama kami untuk mendapatkan cop di kaunter. Selesai semua urusan tersebut, kami pun berjalan menuju pintu keluar dan secara rasminya berada di pekan Aranyaphat,Thailand sebelum seorang mamat Thailand memperkenalkan diri sebagai agen syarikat agensi Travel yang kami langgan. Dia menyuruh kami tunggu di bawah khemah bersama berpuluh lagi pelancong lain. Rupanya sticker bewarna yang dilekatkan di badan kami tadi dijadikan penanda. Lain warna lain syarikat travel agensi. Pekan Aranyaphat ni terkenal sebagai tempat nak borong barang-barang dengan harga murah. Dia punya besar pasar untuk beli-belah tuh sehinggakan perlu menyewa motosikal kalau nak betul-betul pusing. Google untuk lebih lanjut. Kira-kira 30 minit kemudian sebuah van Toyota Commuter  pun tiba dan agen tadi mengarahkan kami dan beberapa pelancong lain naik yang mana lebih kurang 14 orang kesemuanya. Besar van ni, dan macam minibus pun ada.

Di dalam van, pelancong-pelancong omputih dari pelbagai negara ni dah awal-awal cakap mereka taknak berhenti mana-mana dan nak terus ke Bangkok. Berdasarkan research di internet, aku ada terbaca yang sesetengah drebar van dan bas ni mempunyai link dengan restoran atau pusat jualan di sepanjang perjalanan ke Bangkok dan mereka akan berhenti di setiap tempat-tempat tersebut. Benda-benda cenggini la yang membuatkan perjalanan jadi lebih lama. 

Kami bernasib baik sebab drebar van ni ok dan hanya berhenti bagi mengisi minyak di stesen minyak. Dia juga agak ramah walaupun tak fasih berbahasa Inggeris.

Cangkerik dan ulat goreng turut di jual dekat stesen minyak yang kami singgah ni.

Bagi Muslim macam kami, biskut berperisa ayam pun sudah besar tuah bagi menghilangkan kelaparan. Dah masuk Thailand makanan Halal sudah agak mudah didapati di pasaraya memandangkan Thailand mempunyai Majlis Agama Islam mereka sendiri yang mengeluarkan sijil halal. Lagi satu harga barang di sini dah murah berbanding harga di Siem Reap yang mengalahkan bandar Tokyo.


Perjalanan dari sempadan Cambodia ke Bangkok mengambil masa hampir 5jam dengan dua kali berhenti isi minyak sebelum kami di turunkan di Stesen BTS Phaya Thai (BTS ni macam RapidKL LRT). Dari Stesen ini, kami mengambil train terus ke stesen Asok dan berjalan lebih kurang 100 meter sebelum tiba di Asok Montri Hostel, tempat kami akan menginap semasa di Bangkok.

Bersambung....
Share:

18 February 2013

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog : Part 4


Kami tiba di kedai sewa basikal pada pukul 7 malam dengan lapar dan letih ya amat. Nak makan pun tak sempat nak berhenti sebab terkejar - kejar masa pemulangan basikal. Kalau lebih masa takut kena extra charge lagi sehari. Aku sempat juga makan 2 biji bun time mengayuh tadi. Aku agak hairan macam mana AJ boleh survive dengan makan breakfast roti dan sebiji bun kat Ta Prhom petang tadi. Selesai urusan penghantaran, kami berjalan pulang ke Tanei Guesthouse untuk menyucikan badan yang dah seharian berpeluh. Lapar memang lapar, tapi kami bertekad nak menikmati makan malam dengan bau wangi.

Saat pahit berpisah dengan Fiona. Sesapa nak sewa, aku sangat rekemen Fiona yang tiptop  ber no.71
On the way berjalan balik melalui lorong berdebu ke Tanei Guesthouse, kami melalui sebuah rumah yang di jadikan kelas tuisyen mengajar bahasa Inggeris kepada kanak - kanak Cambodia secara percuma. Di sini, kemajuan ekonomi mereka banyak disumbangkan oleh sektor perlancongan dengan Angkor Wat sebagai tarikan utama.Maka untuk survive mereka terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris untuk bertutur dengan para pelancong bagi menjual produk - produk mereka.. Tak hairanlah di sini kadar celik Bahasa Inggeris bagi kanak - kanak sangat tinggi. Part ni aku sungguh kagum.  

Apabila keadaan mendesak, tiada yang mustahil. Kanak-kanak di Malaysia terlalu dimanjakan.
Sampai sahaja Tanei, kami tak cakap banyak, terus mandi dan bersiap untuk keluar makan. Masing - masing bersetuju untuk ke Restoran yang diusahakan anak Malaysia iaitu D'Wau. Dari alamat rasmi yang kami dapat, memang tak dapat nak detect dengan tepat di Google Map. Tak kisah sangat sebab malam ni kami menggunakan khidmat tuktuk.Maka dengan alamat di tangan, kami pun turun bawah dan menuju ke drebar tuktuk yang sentiasa ada di depan Tanei. Tapi drebar malam ni bukan drebar yang pick up kami di airport hari tuh. Setelah menunjukkan alamat yang dicatat, drebar tuktuk yang pada hemat aku baya lebih kurang kami terus mengerutkan dahi sambil berulang kami terkumat kamit menyebut nama jalan yang kami tunjukkan dengan harapan dapat mengingati dimana. Lama jugak kami try bagi clue tempat - tempat sekitar D'Wau yang kami dapat info dari internet namun hampa. Aku dah mula nak ajak AJ blah cari drebar tuktuk lain yang bersepah di jalan besar namun brader ni bersungguh - sunguh try tanya orang Tanei dan member - membernya di talifon sebelum dengan perasaan kurang pasti, beliau mengajak kami naik tuktuk dengan charge yang dipersetujui $3. Rm9 untuk perjalanan dalam pengiraan aku tak sampai 10km.

Kami pun layan sahaja journey biar brader tuh setel sendiri hala tuju. Yang penting kami nak sampai dan makan. Dalam masa 10 minit kami pun tiba di alamat yang dinyatakan dalam web. Sah betul walaupun brader tuh berkali - kali jugak memusing sebelum nak jumpa. Tapi masalah kedua mula timbul apabila kedai tersebut tutup namun yng peliknya signboard pun takda. Setelah menyoal siasat awek hotel sebelah, baru lah kami tahu yang D'Wau dah hampir 3 bulan berpindah lokasi dan dia memberikan aku alamat baru D'wau yang bertempat di Angkor Shopping Arcade , # E09 National Road No.6. Adoi, sungguh kecewa dalam keadaan lapar camnih dan yang lagi kecewa, drebar tuktuk ni mula balik sindrom tak tau jalan. Hampeh! Kalau alamat pelik- pelik aku tak marah sangat, ni terang - terang tulis shopping arcade takkan tak tau kot. Selepas call sana sini tanya, dia berpaling kearah kami dan nak tambah charge extra jadi $5. WTF..rm15 untuk tuktuk sahaja. Dalam keadaan lapar dan bengang, kami nego sampai jadi $4 dan dia pun bergerak ke desitinasi. Hampir 45 minit jugak kami melilau dari awal tadi sebelum tiba di restoran D'wau .Tuh pun selepas sesat sana sini sebelum nak sampai. 
Akhirnya, D'Wau Restaurant.
Selepas meneliti menu yang diberi, memang tak salah ni restoran Malaysia sebab menunya semua makanan Malaysia dan sebagai traveler yang baru 2 hari sampai disini, sudah tentu kami nak rasa masakan tempatan. Selepas tanya waiter yang bertugas, beliau menunjukkan Nasi Goreng Lolack yang merupakan satu - satunya menu tempatan. Kalau bahasa utara Malaysia Loqlaq yang bunyi sama macam nasi goreng ni bermaksud tak senonoh.

Nasi Goreng Lolack $3 dan minuman $1. Rasa sungguh enak bagi musafir kelaparan seperti kami.

Terasa macam berbuka puasa pun ada lahapnya sehinggakan salad - salad pun aku sapu. Kalau boleh Sekali  dengan bunga-bunga hiasan atas meja tuh pun aku nak telan. Kami berehat seketika melepaskan mengah sambil layan WIFI D'wau .Di sini boleh dikatakan majoriti restoran ber WIFI. Restoran bukan warung. Selepas ini kami plan nak jejalan ronda pekan Siem Reap tengok suasana malam sebelum esok pagi nak bergerak ke Bangkok. Oh ya, tadi time kami balik mandi kami sempat booking tiket ke Bangkok melalui Tanei Guesthouse. Masalah kelaparan dah selesai, sekarang masalah nak cari tuktuk balik ke area pekan pulak. Maklumlah kawasan D'wau ni agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong so tuktuk tak berapa nak kelihatan.

Keluar sahaja dari Restoran D'wau, kami di sapa oleh seorang brader yang tengah melepak dengan 2 orang lagi lelaki di meja luar restoran. "nak kemana lepas ni bro ? " 

"nak pergi Old Market" jawab aku pantas yang masih janggal rasa bercakap melayu dengan orang selain Aj.

"Oh...Jom saya hantar...." offer brader tersebut sebelum bangun mendapatkan kereta di parking.

Aku time ni dah agak penat dengan taktik orang Cambodia nak pow traveler macam kami ni pun pasrah naik aja selepas melihat brader tuh bersungguh - sungguh offer suruh naik. Dalam perjalanan, brader tuh pun membuka bicara dengan kami dan dari situ baru la aku tahu yang brader ni orang Johor, patut lah boleh cakap melayu walaupun dah slang semacam orang Siam Pattani dah dan yang paling mengejutkan ialah rupa - rupanya dia adalah owner D'wau.Huh! Muda lagi beb, baru 20-an. Dia pun menceritakan pada kami yang dia dulu selalu travel  secara bagpacker dan dari pengalaman tersebut dia nampak potensi restoran makanan Halal di Siem Reap memandangkan time tuh memang susah pelancong Muslim nak dapat makanan halal disini. Setelah balik berbincang dengan parents, maka tertubuhnya D'wau Restoran Siem Reap pada tahun 2006. Sekarang mereka ada cawangan di Pnom Peh yang diusahakan oleh parentsnya. Banyak lagi soalan yang aku nak tanya brader ni tapi memandangkan perjalanan yang singkat, maka kami pun berjabat tangan sambil mengucapkan ribuan terima kasih sebab susah - susah hantar kami ke old market.Thanks Bro!

Sebenarnya kami bukan nak ke old market yang macam pasar aku tunjuk dalam post lepas, tapi ke night market berdekatan. Tak jauh pun, dalam 500meter aja. Sini ada dua night market, satu night market baru yang brader D'wau tuh cakap baru dibina semula selepas insiden kebakaran dan satu lagi original night market yang mana night market lama tapi telah dinaik taraf keadaanya. Kata brader D'wau lagi, ia di design oleh orang Malaysia.

Night Market baru
Dalam berjalan usha-usha night market baru, perut aku memulas semacam dan dipinta pintanya untuk mendapatkan toilet. Try usha kat night market takda toilet, nak balik guesthouse berjalan memang mau bersepah tepi jalan, nak naik tuktuk macam tak logik sebab tak sampai 1km. Alternatif terakhir ialah  pinjam toilet restoran.Maka terima kasih diucapkan kepada AJ kerana dia sudi duduk minum di  restoran ABABA Curry house sambil aku memerut di toilet. Haha..Berak punya pasal kena minum $1.75 sorang. Tapi better dari AJ yang kena pow $1 dengan orang Cambodia angkara ramah tak bertempat (aku malas cerita kisah ni.hahaha) .ABABA curry house ni pada firasat aku baru dibuka dan turut tertulis menyediakan hidangan Halal. Time aku ke jamban nampak jugak perempuan bertudung di dapur so Halal la kot. Ia terletak di jalan menuju ke original night market. Dari night market baru, anda dapat lihat ada satu signboard anak panah menunjukkan arah ke original night market.

Jalan atau lorong ke origanal night market. Pintu gerbang hujung tuh la pintu masuk ke
 original night market.Ababa curry house terletak di sini.
Old Market Original
Lebih tenang 

dan susunan kedai yang cantik
Lepas seharian penat berjalan, maka memang la afdal ke pusat massage. Part ni AJ beriya - iya ajak konon lenguh kaki, maka aku pun turut aja serta sebagai balasan dia teman aku berak tadi. Rupa - rupanya AJ dah recce awal bab massage ni dan dia ajak aku ke Lemongrass Garden Spa berdasarkan reviews yang baik di TripAdvisor.com .Di usahakan oleh orangKami amik pakej khmer massage yang berharga $10 sejam.Dia punya sedap kena urut sampai tertidur lah wa cakap lu... macam takmau balik pun ada..

Recommended. Kami kesini berdasarkan review di Trip advisor. 



Share: