22 February 2010

Malam Yang Panas


Cuaca sekarang memang panas mengalahkan negara teluk.Atleast mereka digurun sejuk gigil gigil malam malam kerana tiada awan untuk menebat haba (kalau tak silap kecik2 dulu tengok NG) .Tapi kat malaysia ni lain,siang panas,malam masih terasa bahang.Cuti seminggu buat aku terasa rindukan kelas.Bukan apa,bila balik rumah sewa aku Seri Kembangan,memang bilik aku panas.Tuh sedap lagi pergi ke kelas duduk aircond dari duduk rumah.

Sudah seminggu aku tak balik rumah sewa.Last sekali tinggal memang semak,excited nak cuti punya celebration.Dah nampak baju baju nak kena pungut,semut semut nak kena spray,barang barang berselerak atas katil nak kena tolak tepi.Memang malas.Seminggu tak balik,seri kembangan masih sama.Nasib baik lopak lopak yang diturap masih kukuh.Mungkin kontraktor kali ni jenis tak makan rasuah.Rumah aku pun dah tak berapa nak perasan,hampir hampir saja aku nak masuk rumah orang lain.Aku perasan umah aku pun kes ada pokok seketul depan tuh.Entah bila pulak umah jiran aku tanam pokok sama.

Malam ini agak panas,bertambah panas bila rumah sewa dipasang lock atau pedai ayam baru dan aku tak diberi update pulak.Selingan sikit,kenapa lock orang bagi nama pedai ayam?ada bentuk macam pedal ayam ka?aku try google pedal ayam tengok.Yang dapat pun gambar ni.



Berbalik kepada rumah aku tuh,mungkin kerana kes pecah umah tempoh hari menyebabkan bebudak umah aku menambah satu stage lagi untuk cabaran para pencuri.Tapi yang panas nya aku takda kunci .Check handset ,no bebudak rumah aku sekor pun takda.Bertambah panas.Nasib baik brader Y (aku pun tak pasti ni nama dia) buka tingkap bilik dia.Aku pon menjerit jerit panggil dengan harapan dia dengar.Tapi yang celakanya,anjing rumah sebelah boleh menyalak melolong lebih dari aku.Serupa dia pulak yang terkunci.Panas.Nasib baik si Y ni dengar,tuh pun lepas aku sepak anjing tuh sedas.Menyampuk lagi.

Share:

0 Rangsangan: