Blog aku ni dah serupa hidup segan mati tak mahu.Time ada mood nak update,busy.Time free,mood pulak tadak.Nak kena gaya cukup susah.Namun apa pun aku nak ucapkan welcome kepada rakan lama,saudara Rusyidi Ashikin aka edios yang kini telah bergelar blogger .
Apapun aku nak update sikit ranking char terkini di blog aku ni.2hari lepas aku ke Uptown Kota Damansara bersama saudara edios untuk menjamu selera memandangkan disitu terdapat pelbagai jenis makanan dari gerai gerai di dalam premis uptown tersebut.Boleh dikatakan hampir setiap gerai menyediakan menu Char Kuey Teow,jadi aku hanya gamble sahaja dalam soal memilih kedai.
Char Uptown Kota Damansara 2Kiri
Aku tak ingat dengan tepat nama kedai dia namun jikalau diambil kira kedudukan,dari tengah ,dia ke dua sebelah kiri kalau kita mengadap deretan gerai.Jadi aku namakan sahaja dengan kod 'Char Uptown Kota Damansara 2Kiri' . Malam itu perut aku agak lapar jadi aku memang mengharapkan makanan yang tiba sedap dan mengenyangkan.Untuk dipendekkan cerita,Char koteaw dari kedai ni memang masin! dan indah rupa dari rasa. Kalau tak kerana lapar,memang aku dah tak makan.
Char'O'Meter - 2/10
Char UM
ketika aku tulis review ni,perut aku pun tak habis hadam lagik Char nih.Kedai Char ni terletak berhampiran stesen LRT Universiti berdekatan dengan Universiti Malaya.Beberapa hari lepas ketika melayari forum lowyat ruangan makanan,aku ada terbaca komen positif mengenai char UM nih,maka aku ditemani Nadia pun pergi mencuba.Aku ada dengar banyak review tentang kelazatan char UM ni maka dalam minda aku memang dah jangka keenakan rasa manis manis pedas Char namun mungkin dek kerana telah lewat dah tukang masak pun dah mengantuk ,char yang aku dapat rasa pedas cili bo,char nad agak kurang pedas namun bagi aku masih kureng.Ini menunjukkan tukang masak ini kurang konsistensi dan emosional. Berdasarkan maklumat,tukang masak dia orang penang yang aku rasa telah dibuang daerah dari Penang kerana memasak char tanpa tauliah.
Ranking Terkini Char (update 18/2/10)
1.Char Kampung Melayu Subang
2.Char kwsp,Kangar
3.Char Sungai dua,Penang
4.Char Berasmana,Kuala Perlis
5.Char Gani,Jitra
6.Char Ketam ,Taman Kemajuan
7.Char Terminal, Cyber
8.Char Batu Dua,Kangar
9.Char UM
10.Char Shah's Corner,DP,Melaka
11.Char Uptown Kota Damansara 2Kiri
0 Rangsangan:
Post a Comment