14 April 2009

Oh negeriku

Shahidan syor Muhyiddin terajui Umno Perlis

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mengesyorkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis bagi menyelesaikan kemelut Umno di negeri itu.

Merujuk cadangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, supaya menteri besar dan ketua menteri sepatutnya dilantik menjadi pengerusi badan perhubungan Umno negeri, beliau berkata itu bukannya penyelesaian yang baik.

Shahidan berkata jika beliau tidak lagi diperlukan untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, adalah lebih sesuai jika Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno mengambil alih jawatan itu.

Merujuk kenyataan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang menyokong cadangan Mohd Ali, Shahidan berkata:

"Kalau dia kata semua menteri besar dan ketua menteri layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, saya pula beranggapan bahawa semua Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri layak jadi menteri besar."

Shahidan berkata, beliau merasa malu kerana terdapat masalah politik dalam sebuah negeri kecil sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai kenyataannya bahawa beliau terkilan kerana tiada wakil dari Perlis dilantik menganggotai barisan Kabinet yang dibentuk Datuk Seri Najib Razak, Shahidan berkata perasaan itu hanya terasa untuk seminggu sahaja.

"Saya menyokong Kabinet baru itu tetapi saya tetap akan merayu supaya akan ada wakil dari Perlis menganggotai Kabinet selepas ini," katanya.

Beliau berkata, Perlis adalah negeri yang menang besar pada pilihan raya umum lalu dan wajar ada wakil daripada negeri itu. - Bernama


-nampak sangat la desperate gila nak jadi sangat MB.Cukup2 la Datuk Seri oii, 3penggal merapu dekat perlis tanpa sedikit pun kemajuan .Dari aku kecik sampai la aku dah layak mengundi,Perlis mundur macam tuh jugak.Banyak projek siap guna pakai 2-3 hari,pastuh lingkup,gulung tikar macam kat timah tasoh.Aku respek gila MB baru sekarang yang low profile dan mesra rakyat.Bekas MB terengganu yang kena singkir tempoh hari pon rileks aja terima qada dan qadar.Geli gua baca press statement lu..Haihh..

Share:

0 Rangsangan: