13 April 2009

Stuck In Malacca part 1

Memandangkan sejak aku berpindah ke kampus cyberjaya,aku belum berpeluang untuk turun melakukan pertemuan muhibah dengan rakan rakan lama,maka pada weekend lepas,aku dan aje telah melakukan tindakan nekad untuk turun ke melaka bandaraya bersejarah.
DAY 1
Kami telah bertolak ke melaka pada pukul 8.00 malam dari bandaraya Dengkil memandangkan masa tersebut merupakan masa ang paling afdal bagi pemandu yang inginkan ketenangan,kelancaran serta kedinginan di lebuhraya.Masa masa sebegitu merupakan masa puncak untuk aku mengganas di lebuh raya.Tetapi sebelum mengganas,minyak perlu diisi dahulu maka kami singgah sebentar di Shell Salak Selatan


Perjalanan sangat lancar apabila melalui bandar nilai memandangkan itu merupakan exit highway berdekatan.Hujan renyai renyai mula turun seakan akan menangisi pemergian kami ke Melaka.Belum pun sempat bergerak jauh,aje mula dah buat songeh nak ke tandas.Maka aku selaku pilot yang berjiwa murni menunaikan impian aje untuk berhenti di perhentian sebalah Pedas-Linggi

Perjalanan diteruskan agak lancar sehinggalah selepas melepasi susur keluar Seremban apabila sebuah lori treler mengalami kemalangan dengan sebuah kereta.Tapi nasib menyebelahi kami memandangkan hanya mengambil masa lebih kurang 10minit sahaja untuk memboloskan diri dari kawasan kemalangan.

Pada pukul 9.20 malam,kami telah tiba Ayer Keroh dengan perasaan rindu yang membuak buak pada tempat yang telah dihuni kami hampir setahun setengah.Tanpa perlu berjalan panjang,aku telah berjaya melihat satu perubahan di Ayer keroh iaitu dah ada MYDIN bapak beso di area berhampiran MITC.

Setibanya di Melaka,kami tanpa berfikir panjang terus menuju ke Bukit Beruang dimana lokasi tapak peninggalan warisan yang telah kami tinggalkan disana.Banyak perubahan telah berlaku di Emerald Park,tempat tinggal kami dahulu.Sudah ada kedai mamak 24jam yang beroperasi dibawah premis tempat tinggal pelajar.Setelah melakukan rondaan disekitar Emerald Park,kami pun bergerak ke tempat penginapan kami di 'hotel konkod' caw. bukit beruang.Setinggi penghargaan kepada Achik,Sifu dan Abu yang telah mengofferkan tempat tinggal.Kami disambut dengan penuh mesra oleh 'Achik yang merupakan ex-classmate aku dahulu dialam foundation dan juga sifu housematenya.Tempat penginapan kami mungkin hanya bertaraf 0.3 Bintang tetapi fasalitinya lebih hebat dari hotel 5 bintang beb!


Setelah berbual bual tanya khabar dan membersihkan diri serba sedikit,Achik dan Sifu membawa kami ke Andalas untuk dinner.Dinner pada malam itu dah macam cina makan besar,memacam lauk dan hidangan telah diorder pakar pemakanan kami iaitu achik.Semuanya memakan kos rm85 dan terima kasih sekali lagi kepada Achik yang meng'open table'.Kenyangnya memang tak payah cerita la,makanan sedap sedap belaka walaupun agak lambat memandangkan boleh tahan ramai customer malam tuh.Pulang aja ke rumah,kami lepak² sembang lagik sambil layan movie the matrix HD di Tv tuan besar Abu.

Day 2
Pada hari ke 2,bangun pun dah tengahari,maka kami bergerak ke kedai Nasi Ayam spesial .Aku penah pergi sekali tempat ni dahulu dan selepas setahun,masih sama dan sedap seperti biasa.Setelah makan tengahari,Achik terpaksa mengundurkan diri sebab perlu mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada malam hari kelak.Maka tinggal aku,aje dan sifu bergerak ke Dataran Pahlawan(DP).Banyak perubahan yang dapat disaksikan sepanjang 1tahun setengah pemergian kami.Sekarang dah ada banggunan besar carrefour dan GSC di DP.Time aku menetap disini,semua tuh masih dalam pembinaan.Sungguh pantas pembanggunan di Bandar Melaka jika dibandingkan dengan hometown aku,kangar yang hanya boleh di'spot' dalam 10tahun sekali.Kalau nak ada pun hanya sebatang dua pokok ditebang yang memberi perasaan berbeza.Kangar oh kangar.

Kami 'memarking' kan kereta di Mahkota Parade (MP),bekas simbol pusat shopping terbesar dimelaka yang sudah dimamah usia.Tidak ada perbezaan ketara dengan mahkota parade.Lif pun dah macam lif flat.


Kami bergerak ke DP untuk membeli tiket wayang midnite untuk malam ini,tiada filem khusus yang ingin ditonton,main terjah aja.Didalam DP,sudah banyak kedai kedai sudah dibuka dan suasana amat fresh berbanding di Mahkota Parade mungkin disebabkan ia masih baru.Dahulu DP baru dibuka dan kedai kedai masih banyak belum dibuka.Setelah membeli tiket filem k20,kami bertiga melepak di kedai apa ntah di tepi banggunan carrefour DP.View dari tempat tersebut sungguh menarik seperti yang dikatakan sifu.Sambil berborak tentang perubahan di Melaka sehingga kelab dangdut berdekatan,kami menikmati suasana dibandar melaka.

Setelah puas,kami ke parking kereta dibawah MP untuk bertolak pulang.Thanks kepada sifu kerana open air yang lazar.Aku juga dengan murah hatinya mempelawa untuk membayar tiket parking.Setelah beratur,sampai lah giliran aku,maka aku memasukkan wang kertas rm1 X 2,setelah memasukkan wang kertas rm2,mesin tidak memberi sebarang tindak balas,erk!orang belakang aku ada dalam 7-8 orang beratur.Try masuk duit dah xmo,tekan cancel takda respond,tekan bantuan dia senyap aja,aku dah berpeluh,Aje dah muka gelabah,sifu pulak dah cepat² chiow mintak bantuan.Aku dah hilang akal,terus blah lepak tepi tengok orang ramai terpinga pinga cuba membayar tiket parking mereka.Akhirnya sifu berjaya mendapatkan tiket baru dan kami bergerak pulang.On the way balik,2 kali jugak satria abu mati enjin,adakah ini satu petanda??tak kisahlah.kami terus bertolak pulang ke bukit beruang,aku dah buat temujanji dengan housemates lama kami diEmerald Park (EP) dahulu.

Setiba dirumah,aku dan aje membersihkan diri dan bergerak pula melepak di mapley emerald Park dengan amy,poi dan doni.Kami berborak panjang bertanyakan khabar dan cerita cerita terkini di Emerald Park.Aku dan aje kemudian mengikuti mereka pulang ke rumah lama untuk menyedut serba sedikit movie-movie baik.Nak masuk Ep pun dah macam nak melawat penjara teluk guantanamo,kena isi borang sana sini.Siap guard tak habis² pesan suruh blah sebelum pukul 10.

Rumah kami still seperti dahulu,tiada tv lcd 42inci mahupun mesin basuh canggih yang mampu menanggalkan kotoran kari cheese nan Fadhinya,yang ada hanyalah penghuni penghuni yang serabai.Memang benar kata kata mereka ,industri perfileman dan AV EP sudah malap ,tidk seperti zaman kemuncaknya dimana ada rakan² sanggup tak keluar makan dengan member2 semata mata ingin 'bersendiri'.Kami turut melawat salah sorang orang lamo MMU,mr Abu (28tahun dah),katanya kompom sem ni last sambil tangan menekan mouse mengawak karakter WOW(World of Warcraft)nya.

Setelah melepaskan rindu serba sedikit,kami bertolak pulang ke hotel konkod untuk mengambil sifu dan terus ke GSC Dataran Pahlawan untuk menonton filem.Kami tiba awal 10minit dan membeli pop corn dan apa yang patut. 11.20,masa tanyangan,skrin masih memamaparkan iklan iklan yang menyemak selama hampir 15minit.Setelah tamat iklan,tayangan dimulakan,terpapar gambar belon panas dan rupanya nasib malang aku hari ini belum tamat,secara tiba tiba..suupp..skrin gelap ...(bunyi cangkerik kedengaran)..kami menunggu dengan tekun sambil mengunyah pop corn.Lebih kurang 30min kemudian,pop corn pon dh habis makan,seorang pekerja GSC masuk dan memaklumkan tayangan dibatalkan sebab projektor rosak.pulok! Dan bukan senang nak dapat peluang ke kaunter GSC dan mereka menghulurkan duit kepada anda dan bukan sebaliknya.

Kami tak kisah sangat,so terus carik port makan,ta lain tak bukan port dulu²,D'nangka.Nak kata makanan makin enak,tak juga,makin sedikit ada la.Dah penat sangat,kami pulang dan layan movie dirumah sahaja.Percuma.

Bersambung..

Share:

0 Rangsangan: