24 April 2009

Berita Dari Kangar

Perlis bakal lokasi filem Hindustan

KANGAR 22 April - Sebuah syarikat produksi filem dari India akan menjadikan Perlis sebagai lokasi penggambaran filem Hindustan tidak lama lagi.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, syarikat perfileman itu telah mengemukakan permohonan berkenaan kepada kerajaan negeri awal tahun ini.

"Baru-baru ini ada syarikat produksi filem India menyatakan keinginannya untuk membuat penggambaran filem di sekitar Batu Pahat, Kangar.

"Saya telah memanjangkan hasrat syarikat itu untuk tindakan lanjut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar, Ahmad Bakri Ali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Cenderawasih Coffee House, Eagle Park Resort di sini malam tadi.

Md. Isa memberitahu, syarikat produksi itu berminat membuat penggambaran filem di sini kerana sekitar Batu Pahat memiliki beberapa aset pelancongan yang sesuai dengan tema filemnya.

Kata beliau, antara aset pelancongan yang dinyatakan sesuai untuk dimuatkan dalam filem berkenaan termasuklah ladang anggur dan taman ular.

"Selain itu, di sekitar Batu Pahat juga memiliki pusat herba, ladang mempelam harumanis, gelanggang sukan berkuda, sawah padi dan padang golf 18 lubang," jelasnya.

--------------------------------------------------------------------------

Aku tak boleh bayangkan produksi filem tamil mana la yang nak buat pengambaraan kat Perlis ni sedangkan produksi kat Malaysia pun kurang melakukan pengambaraan di Perlis.Aku bukan nak memperkecilkan tempat lahir aku sendiri,tetapi itu realiti apabila aku melawat bandar bandar lain di Malaysia,aku terasa betapa kerdilnya bandar Kangar,Aku tak salahkan kerajaan baru di Perlis kerana mereka memerlukan masa.Cuma aku tak boleh bayang macam mana kerajaan sebelumnya boleh dengan tidak segan silu memperkenalkan ' 7 keindahan Perlis ' yang bagi aku satu pun tak menarik tetapi serius teknologi telah berjaya membuatkan gambar kelihatan menarik.

Pembukaan Cenderawasih Coffee House telah menunjukkan citarasa penduduk perlis semakin tinggi yang pada sebelum ini hanya banyak melepak di kedai kopi Kin too dan aku harap perniagaan ini akan maju tidak seperti 2 bijik kedai mamak yang telah gulung tikar tak dapat survive di Perlis.Tak salahkan penduduk Perlis jugak kerana taraf hidup disini rendah yang mamak tuh satu,bagi harga makanan rate Kelompo,mau tak tutup. Kejayaan KFC 24hours survive di Kangar untuk hampir setahun juga telah membuktikan penduduk Perlis mengorak setapak lagi kearah kemajuan.Aku mengharapkan bandar Kangar akan maju tetapi ketenangan,keselesaan dan keselamatan kekal di tahap sekarang yang membuatkan aku sentiasa merindui kehidupan sederhana disana.

Share:

0 Rangsangan: