24 April 2009

Dengkil dan musibah



Dengkil...Jikalau disebut 2-3tahun lepas dihadapan aku perkataan dengkil,mungkin yang bermain difikiran aku ialah sejenis kuih yang berinti kelapa atau satu perasaan hasad yang lebih jahat dari dengki.Tetapi beberapa bulan lepas,apabila berpindah ke MMU cyberjaya,aku mula kenal apa itu Dengkil.Selepas keluar dari Hostel selepas hanya 2hari menginap,aku mula tercari cari dimana tapak untuk aku berteduh sepanjang pengajian aku di MMU kampus cyberjaya.Mungkin tuhan telah menentukan aku akan terdampar disini apabila Aje mengenalkan aku dengan gay partnernya,cha.

Setelah sedikit proses birokrasi,aku pun berpindah ke Pekan Dengkil.Berasal dari town Kangar,Perlis , aku tidak memerlukan banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan pekan ini memandangkan Bandar Kangar hanyalah 10x ganda sahaja kemajuannya berbanding Dengkil.Dengkil aku ibaratkan sebagai bandar yang aman damai,tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota serta asap asap hitam yang mengcengkam paru paru kita.Dengkil boleh dikatakan sebagai sebuah bandaraya antarabangsa yang didiami oleh warga India,Bangladesh,Pakistan,Myanmar,Nepal,Indonesia,Sri Lanka,Vietnam,kemboja serta banyak lagi merupakan pusat pertembungan tamadun yang pesat membangun.

Sepanjang menetap di Dengkil,aku telah melalui beberapa musibah besar yang melanda bandar Dengkil.Dengkil pernah digemparkan dengan kejadian paip pecah yang menyebabkan penduduk tidak mendapat air bersih .Hujan yang asal mencurah curah bak musim tengkujuh terus berubah menjadi musim kemarau secara tiba tiba.Sewaktu itu,kapal selam boleh dilihat bergelimpangan didalam mangkuk tandas dan bau hancing merata rata dibilik air rumah ini.Segala minuman bersih dari kedai kedai runcit berhampiran laku seperti pisang goreng sehinggakan bekalan air minuman juga terputus.'Zombie zombie' kelihatan merayau di seluruh pelusuk pekan Dengkil dan sewaktu itu juga aku pun turut terpaksa mandi sekali sehari itu pun perlu memandu hampir 15minit untuk mandi di Hostel.Kesengsaraan penduduk dengkil hanya tamat kira kira 4 hari kemudian.

Ternyata bandar Dengkil sememangnya dilaknati Dewa Air apabila beberapa bulan kemudian bekalan air bersih bertukar menjadi air teh ais.Minum,mandi,basuh berak dan semuanya terpaksa menggunakan air teh ais tersebut tanpa banyak soal kerana krisis sebelumnya telah mengajar kami erti bersyukur dengan apa yang ada.Sedangkan ketika ketiadaan air ,air bertakung dekat jalan yang berlubang pun boleh dibuat flush,apatah lagik sekadar teh ais sahaja.Sewaktu itu,orang cina sudah kelihatan seperti melayu,orang melayu sudah kelihatan seperti india dan orang india sudah agak sukar kelihatan.Ternyata penduduk Dengkil menerima musibah dengan redha.

Pada hari ini,ketika aku baru pulang dari berjudi di Funfair Asia ,aku dapat merasai sesuatu yang tidak kena ketika melalui jalan masuk ke Pekan Dengkil.Hampir 95% premis serta rumah rumah bergelap kecuali stesen minyak dan kedai seafood Ah peng.Seingat aku Earth Hour sudah tamat dan penduduk Gaza sekalipun sudah mempunyai bekalan elektrik dan mengapakah ini berlaku kepada bandar Dengkil ? Bayangan Shomba sudah berlegar legar difikiranku,apatah lagik semua bebudak rumah aku awal awal lagi telah melarikan diri ke kem pelarian berhampiran.Mau tak mau aku terpaksalah ke Hostel jugak untuk membuang masa terluang.




Share:

0 Rangsangan: