Showing posts with label Pung Pang Pung Pang. Show all posts
Showing posts with label Pung Pang Pung Pang. Show all posts

25 November 2009

Surat Khabar Itu Tulus ???

Membaca surat khabar merupakan ibadah rutin pertama aku setiap hari dan sebagai seorang pelajar,jarang sangat aku nak beli surat khabar memandangkan bajet seorang pelajar itu lebih terarah kepada industri hiburan tanah air.Kalau ditanya mengenai harga surat surat khabar,kompom aku tak boleh jawab memandangkan aku lebih membaca berita di internet melalui Utusan Online dan sebagainya.Surat khabar sejak zaman berzaman merupakan satu bahan yang penting untuk masyarakat tak kira sebagai bahan berita,pembalut nasik lemak,pembalut hadiah mahupun sebagai tanglung dimusim perayaan.

Selalunya kita digembar gemburkan surat khabar dan tidak kiralah berita di televisyen sekalipun sebagai tulus ,ikhlas,neutral,suci dan nurani.Namun tuluskah mereka? Aku bukan nak memihak kepada mana mana pihak,namun sepanjang menjadi pelanggan percuma di Utusan Online,aku dapati dan aku rasa budak sekolah pun dapat menilai yang surat khabar Utusan secara terang terangan memanipulasikan berita untuk memberi gambaran positif mengenai kerajaan.Secara jujur aku bukanlah penyokong pembangkang , namun aku dapat melihat propaganda propaganda yang dimainkan kerajaan untuk mempengaruhi rakyat.

Aku lebih suka kerajaan sekarang memerintah walaupun terdapat banyak penyelewengan namun mereka perlu sedar dan beragak agak lah dalam memanipulasikan berita.Zaman sekarang orang kampung pun dah makin cerdik.Maka tidak perlulah lagi cuba menipu dan memutarbelitkan fakta.Seperti yang terpampang diberita hari ini,Utusan hangat mempermainkan isu PAS yang dilihat sedang kucar kacir dan berbalah sesama sendiri seolah olah menunggu masa nak potong!potong!potong! Padahal mereka tidak pula cuba memberi liputan meluas tentang perbalahan parti komponen BN sendiri.MIC tak habis habis dengan Samy.PAP pun dah tak menentu sapa presiden.MCA berebut nak jadi ketua.Selain itu,Utusan memainkan isu pelantikan dan penarikan semula pelantikan sedara Nik Aziz sebagai mencerminkan ketidaktentuan Nik Aziz padahal sewaktu di era pemerintahan Pak Lah,tak berbunyi pun bila Pak Lah buat keputusan sorong papan tarik papan.Sudah terang lagi tersuluh.

Kalau diberi liputan sekalipun,bunyinya sungguh enak didengar seperti makan goreng pisang.Tapi macam manapun aku rasa aku masih boleh baca UTUSAN daripada HARAKAH.HARAKAH lagilah melampau putar belitnya.Sampai boleh buat aku tersenyum dengan hanya membaca surat khabar.Entah kenapa tetiba rasa nak komen bab politik.Dah2.Aku bukan pandai sangat.Untuk ulasan lanjut kita tunggu sahajalah dari orang yang lebih arif.Apa pendapat anda MH PUTEH ?ka dah masuk ISA ?
Share:

09 November 2009

Pandangan Politik Saya


Dari kecil lagi aku dan aku pasti juga mereka mereka yang lain mesti selalu terdengar pak cik pakcik berborak tentang politik selain pak cik Amid (bukan nama sebenar ) yang hanya tahu berborak tentang siam dan wanita disana.Entah apa yang digila gilakannya.Cerita dari awal bukan main patriotik.Apa merdeka...Apa komunis.Tapi ending dah masuk cerita dangdut. Samada di gerai mahupun hotel terkemuka,subjek politik memang tidak dapat lari dari mulut mulut orang melayu.Bak kata pepatah,cina meniaga,melayu berpolitik...India?

Bagi aku,untuk naik menjadi pemimpin dimasa hadapan,seseorang itu perlu mempunyai rekod yang bersih dari berumur 12 tahun dan keatas.Diantara rakan rakan aku,bobo dapat dilihat mempunyai ciri ciri kempimpinan diktaktor yang tinggi sejak kecil lagi,namun dengan sejarah sejarah animal instinct nya,agak sukar untuk beliau menjadi ahli politik .
Pandangan aku pada parti parti politik di Malaysia pula ialah

UMNO - Parti Melayu untuk pemimpin Melayu
MCA - Parti Cina untuk orang orang Cina
MIC - Parti Orang India untuk Samy Vellu
PAS - Parti yang memperjuangkan Islam yang kelihatan tidak mampu memajukan negara
DAP - Parti campur untuk orang bukan Bumiputera
PKR - Parti bermajoritikan melayu untuk orang bukan Melayu.

Jadi siapakah yang patut aku undi di pilihan raya akan datang? Jikalau makcik Maimun bertanding di kawasan aku, boleh juga aku pangkah beliau.


Apa yang pasti,jikalau aku menjadi perdana menteri Malaysia,tanpa rasa ragu ragu aku akan melantik Syeikh Rusyidi Al-Ghafur sebagai Mufti Negara


Update 12/11/09




Baru aku perasan video ni dan aku tengok..
"maimun binti yusuf....parlimen terengganu...aaaa..P.....P....... *org bisik P36* aaa..P36..tok cadang nak buat sekolah kanak kanak,sekolah melayu,sekolah arab,sekolah agama dan sekolah inggeris..dan tuuu pejabat pejabat yang mana rosak kita baiki"

komen saya:-
Tok Maimun kelihatan lupa dibahagian parlimen mana beliau bertanding.Mungkin beliau turut bertanding untuk gabenor california,datuk bandar rome dan juga bandaraya bandaraya lain sehingga lupa mana satu.Selain itu tok Maimun seperti mempunyai sebuah kerajaan dikampungnya yang mampu menyalurkan dana yang besar untuk membina semua jenis sekolah.

Cemana ni,mak cik maimun pun macam dah takleh nak pakai ni...
Share:

14 April 2009

Oh negeriku

Shahidan syor Muhyiddin terajui Umno Perlis

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mengesyorkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis bagi menyelesaikan kemelut Umno di negeri itu.

Merujuk cadangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, supaya menteri besar dan ketua menteri sepatutnya dilantik menjadi pengerusi badan perhubungan Umno negeri, beliau berkata itu bukannya penyelesaian yang baik.

Shahidan berkata jika beliau tidak lagi diperlukan untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, adalah lebih sesuai jika Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno mengambil alih jawatan itu.

Merujuk kenyataan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang menyokong cadangan Mohd Ali, Shahidan berkata:

"Kalau dia kata semua menteri besar dan ketua menteri layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, saya pula beranggapan bahawa semua Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri layak jadi menteri besar."

Shahidan berkata, beliau merasa malu kerana terdapat masalah politik dalam sebuah negeri kecil sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai kenyataannya bahawa beliau terkilan kerana tiada wakil dari Perlis dilantik menganggotai barisan Kabinet yang dibentuk Datuk Seri Najib Razak, Shahidan berkata perasaan itu hanya terasa untuk seminggu sahaja.

"Saya menyokong Kabinet baru itu tetapi saya tetap akan merayu supaya akan ada wakil dari Perlis menganggotai Kabinet selepas ini," katanya.

Beliau berkata, Perlis adalah negeri yang menang besar pada pilihan raya umum lalu dan wajar ada wakil daripada negeri itu. - Bernama


-nampak sangat la desperate gila nak jadi sangat MB.Cukup2 la Datuk Seri oii, 3penggal merapu dekat perlis tanpa sedikit pun kemajuan .Dari aku kecik sampai la aku dah layak mengundi,Perlis mundur macam tuh jugak.Banyak projek siap guna pakai 2-3 hari,pastuh lingkup,gulung tikar macam kat timah tasoh.Aku respek gila MB baru sekarang yang low profile dan mesra rakyat.Bekas MB terengganu yang kena singkir tempoh hari pon rileks aja terima qada dan qadar.Geli gua baca press statement lu..Haihh..

Share: