12 July 2010

Urusan Kerajaan


Bagaimanakah jikalau satu hari anda memiliki kereta yang bergaya.Rim besar,ekjos terbabooo,spoiler penyidai,bumper garang,dan juga tinted segelap hati firaun.Dan apabila tidak semena mena, anda kelihatan seperti ikan di dalam akuarium? usah risau.Di sini aku akan memberikan tips berurusan dengan salah satu jabatan kerajaan iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan atau nama gangsternya JPJ .

Ikuti pengalaman saya menemani seorang pesalah trafik ,Junita bt Harun (bukan nama sebenar) menyelesaikan masalahnya.

Apabila ditahan JPJ..anda akan diberi notis pemeriksaan kenderaan di JPJ terdekat yang perlu dijalan kan dalam tempoh seminggu atau saman akan dijatuhkan.Seperti contoh kes kita kali ini,pesalah telah di beri surat atas kesalahan memasang cermin gelap yang menyalahi undang undang negara.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengubah suai semula mengikut spesifikasi asal kenderaan atau mengikut garis panduan undang undang.Dalam kes ini ,ia disebut KOYAK!!!


selesai sahaja proses ini,anda perlu membawa kereta anda ke mana mana JPJ berdekatan.Kemudian ,pegawai teknikal JPJ akan memeriksa kenderaan anda dari pelbagai sudut seperti no chasis,no enjin,lampu brek,signal dan segala macam .


Apabila LULUS ujian , pegawai tersebut akan memberikan anda surat yang menyatakan kereta anda telah lulus ujian dan anda perlu membawa surat tersebut ke dalam opis mereka untuk proses 'pemutihan'.maka selesai lah sudah.Tiada saman yang dikeluarkan.Maka dengan duit lebih anda,pasangkan semula tinted gelap di kedai aksesori berdekatan
Share:

4 Rangsangan:

pesalah trafik said...

click "like"

Anep said...

good..! i like it too ..

FixX said...

tips dari pengganas jalan KL, pastikan anda mempunyai "cable" dlm JPJ sebelum anda teringin membuat modifikasi yg extreme kt atas jentera kesayangan anda..sekian

edios said...

wei..awat hang tak suruh brader jpj tu wat thumbs up lepas check.hahaha!