03 July 2010

Sabtu Berdarah


Penunjuk perasaan memenuhi perkarangan The store

Ibu negeri perlis,Kangar telah dibanjiri kira kira 15 000 penunjuk perasaan yang berkumpul dihadapan The Store Kangar untuk meluahkan ketidak puas hatian dengan monopoli The Store yang disifatkan merupakan satu satunya pusat membeli belah di Kangar selain K-ceria . Penunjuk perasaan melaung laungkan kata kata Anti The Store dan terdapat juga sebahagian yang turut menyelar Pak Din ,peniaga tosai di medan kerana menyediakan air kosong yang penuh dengan bahan asing.Pihak Tentera telah diletakkan dalam keadaan berjaga jaga agar perhimpunan ini terkawal dan tidak merebak ke seluruh negeri terutamanya segitiga emas Sempering.

Seorang remaja perempuan lari ketakutan

Terdapat juga desas desus mengatakan perarakan ini ditaja oleh C-Mart dalam usaha menjatuhkan monopoli The Store yang telah menerajui industri membeli belah di Kangar selama hampir 12 Tahun. Ketua Polis Kangar ketika dihubungi mengatakan situasi terkawal dengan 17 penunjuk perasaan ditahan atas kesalahan menyertai perarakan tanpa kebenaran penjaga serta tuduhan meletakan kenderaan di garisan kuning.
Share:

3 Rangsangan:

mat nan said...

terok gila perlis

edios said...

hahaha! nice one la bro

Anep said...

@mat nan
teruk2 pun aku suka dok sini..aman damai

@edios
mau tau la kawan..haha