02 July 2010

Siri Anip Sudah Dewasa : Padang Besar Thai Revisiting




Siri penjelajahan ini dinamakan sedemikian rupa sebagai tribute kepada lagenda pejuang kebebasan dari kawalan ibubapa ,Ernesto Che Syudi Guava yang terkenal dengan quote quotenya yang membakar semangat kita.Salah satunya merupakan "syudi sudah dewasa!"

Didalam kesibukan bekerja,aku sempat melawat padang besar di Bahagian Thailand yang memerlukan seseorang warga Malaysia melalui 2 sekatan UPP dan Polis ,dan 2 Kaunter yang perlu di cop .Kepada mereka yang lahir di Perlis,Kedah,Perak dan Kelantan atau dalam erti kata negeri negeri yang bersempadan dengan Thailand,mereka diberi kelonggaran untuk kesana dengan menggunakan border pass yang tahan selama 6 bulan .

Untuk kesana kita perlu dapatkan satu cop di sebelah imigresen Malaysia dan sekali di Imigresen Thailand.Namun di imigresen Thailand kita akan dikenakan bayaran rm1 yang sememangnya bukan atas arahan kerajaan Abishit.Untuk melalui sekatan oleh Pihak Polis,anda dinasihatkan membuat muka tenang dan pastikan power window anda tidak rosak kerana mereka akan me'ycho' anda .

Aku kesana untuk membeli hotdog gemuk atau lokcin yang amat murah disana berbanding di sebelah Malaysia.Lepas membeli belah lokcin aku berkesempatan melepak di Adam's Corner.Boleh tahan suasana petang petang disini.

Dadih susu blender

Somtam betik

Kerabu Maggi mau tak silap

Market baru Padang Besar Thai


Share:

0 Rangsangan: