"kehkehkeh,laju sungguh kereta gua",getus hati kecil Junita,pemilik Angelina .
Bagi beliau,tak mungkin ada kenderaan lain yang mampu mencabarnya dijalan raya.Dialah raja segala Highway.Dari KESAS hingga PLUS,dari highway Guthrie hingga Highway Changlun,semua di bawah jajahannya . Bumper bergrill besarnya sungguh ganas ,seperti buaya yang menanti masa untuk mengigit mangsa mangsanya. Terdapat bisik bisik kecil dari orang kampung yang keretanya mampu memecut dari 0-100KM/h dalam masa 3.5 saat..satu saat kurang dari Bugatti Veyron,kereta terpantas di dunia.Namun jika beliau menutup penyaman udara,angka itu senang senang sahaja dicantas.Betapa agungnya Angelina
Dalam kekusyukan memandu,Junita tersentak .Kelajuannya menjunam laju. Peluh jantannya mengalir. Dahinya bekerut. Wajah ganasnya terus pucat . Beliau tidak pernah takut dengan sebarang jenis kenderaan selama ini.Namun hari ini keberaniannya goyah.Taktala satu lampu.Ini bukan lampu Highbeam biasa yang selalu cuba mencabarnya selama ini,lampu jenis ini memang tidak dijual dipasaran.Lampu jenis ini memang tak boleh melawan.Jadi beliau akur yang beliau bukanlah raja sangat dijalan raya.
0 Rangsangan:
Post a Comment