19 February 2010

Berita Char




Dah 2 malam berturut turut aku pekena char nih.Ekceli malam tadi aku merancang untuk pekena yong di Uptown Damansara tapi uncle yong still cuti raya ,maka aku mengubah haluan ke uptown Kota Damansara mencuba nasib char di gerai lain pula.Kali ni port pilihan ialah di kedai yang kalo mengadap gerai,dia yang first sebelah kiri dari entrance. Kenapa aku pilih kedai ni ialah kerana ia turut menjual tauhu bakar iaitu backup plan aku kalau tak kenyang.Berbalik kepada rasa Char dia,nak kata tak sedap sampai nak marah tuh tadak la.Rasanya neutral,nak kata sedap sangat tak sedap,nak kata tak sedap , ok la.So jawapan dia OK la!!!

Kod:Char Uptown Kota Damansara 1

Char O Meter - 6/10

  1. Ranking Terkini Char (update 19/2/10)

  1. 1. Char Kampung Melayu Subang

  1. 2. Char kwsp,Kangar

  1. 3. Char Sungai dua,Penang

  1. 4. Char Berasmana,Kuala Perlis

  1. 5. Char Gani,Jitra

  1. 6. Char Ketam ,Taman Kemajuan

  1. 7. Char Terminal, Cyber

  1. 8. Char Batu Dua,Kangar

  1. 9. Char Uptown Kota Damansara 1

  1. 10. Char UM

  1. 11. Char Shah's Corner,DP,Melaka

  1. 12. Char Uptown Kota Damansara 2Kiri
Share:

18 February 2010

Berita Char

Blog aku ni dah serupa hidup segan mati tak mahu.Time ada mood nak update,busy.Time free,mood pulak tadak.Nak kena gaya cukup susah.Namun apa pun aku nak ucapkan welcome kepada rakan lama,saudara Rusyidi Ashikin aka edios yang kini telah bergelar blogger .

Apapun aku nak update sikit ranking char terkini di blog aku ni.2hari lepas aku ke Uptown Kota Damansara bersama saudara edios untuk menjamu selera memandangkan disitu terdapat pelbagai jenis makanan dari gerai gerai di dalam premis uptown tersebut.Boleh dikatakan hampir setiap gerai menyediakan menu Char Kuey Teow,jadi aku hanya gamble sahaja dalam soal memilih kedai.

Char Uptown Kota Damansara 2Kiri
Aku tak ingat dengan tepat nama kedai dia namun jikalau diambil kira kedudukan,dari tengah ,dia ke dua sebelah kiri kalau kita mengadap deretan gerai.Jadi aku namakan sahaja dengan kod 'Char Uptown Kota Damansara 2Kiri' . Malam itu perut aku agak lapar jadi aku memang mengharapkan makanan yang tiba sedap dan mengenyangkan.Untuk dipendekkan cerita,Char koteaw dari kedai ni memang masin! dan indah rupa dari rasa. Kalau tak kerana lapar,memang aku dah tak makan.


Char'O'Meter - 2/10

Char UM
ketika aku tulis review ni,perut aku pun tak habis hadam lagik Char nih.Kedai Char ni terletak berhampiran stesen LRT Universiti berdekatan dengan Universiti Malaya.Beberapa hari lepas ketika melayari forum lowyat ruangan makanan,aku ada terbaca komen positif mengenai char UM nih,maka aku ditemani Nadia pun pergi mencuba.Aku ada dengar banyak review tentang kelazatan char UM ni maka dalam minda aku memang dah jangka keenakan rasa manis manis pedas Char namun mungkin dek kerana telah lewat dah tukang masak pun dah mengantuk ,char yang aku dapat rasa pedas cili bo,char nad agak kurang pedas namun bagi aku masih kureng.Ini menunjukkan tukang masak ini kurang konsistensi dan emosional. Berdasarkan maklumat,tukang masak dia orang penang yang aku rasa telah dibuang daerah dari Penang kerana memasak char tanpa tauliah.


Char'O'Meter - 5/10


Ranking Terkini Char (update 18/2/10)
1.Char Kampung Melayu Subang
2.Char kwsp,Kangar
3.Char Sungai dua,Penang
4.Char Berasmana,Kuala Perlis
5.Char Gani,Jitra
6.Char Ketam ,Taman Kemajuan
7.Char Terminal, Cyber
8.Char Batu Dua,Kangar
9.Char UM
10.Char Shah's Corner,DP,Melaka
11.Char Uptown Kota Damansara 2Kiri

Share:

08 February 2010

ARRGGGHHHH!




Malam Ahad

Cubaan ke-3 untuk pecah kereta aku.Kali ni gagal.Pencuri tak pro.Alarm bunyi pencuri lari dan bateri aku terus weak.

------------------------ -----------------------------------
Pagi Isnin

Pintu bilik aku diketuk bertalu talu oleh abang bilik bawah

"eh..kau tahu tak rumah kita kena pecah masuk sabtu lepas ,kamera DSLR dan laptop si Y ( budak bilik sebelah aku ) kena rembat"



Share:

06 February 2010

Felda Residance Tekam







First time buat live update dari lokasi selain rumah aku.Sekarang aku tengah 'hang out' di cafe Felda Residance@Tekam Plantation Resort .Resort ni terletak didalam kawasan felda yang dikelilingi ladang kelapa sawit.Bebudak Rempit Felda pun ramai berkeliaran disini.Aku kesini sebagai driver menemani parents aku atas urusan kerja.Kami tiba lebih kurang pukul 6.30 ptg.Suasana sungguh sunyi melainkan suara pemuda pemuda Felda bermain sepak takraw dan tenis di court . Receptionist bertugas menyambut kami dengan penuh keterujaan,mungkin kami pengunjung pertama sejak 2-3hari lepas.

Kami menginap di family suite dibanggunan lama yang dikatakan dibina zaman Tun Abdul Razak dahulu.Pada sebelah malam kami makan di Cafe Resort yang menyediakan menu agak terhad.Macam biasa memandangkan ada Char Kueh Teaw,aku yang agak kenyang turut makan.Makanan tiba kira kira 40minit kemudian walaupun hanya kami satu satunya pelanggan pada malam itu.Mungkin waiter terpaksa call Chef yang sedang bersenang lenang dirumah ataupun mungkin abang waiter itu sendiri menjawat segala tugas di cafe dari pengambil pesanan,waiter,tukang masak dan pembancuh air.

Koteaw Goreng bertopengkan Char ?

Macam biasa, Char menghampakan.Tidak layak langsung dikategorikan didalam kategori Char.Seperti Koteaw goreng kampung.Mungkin Chef mengambil MC dan waiter terpaksa menyusup order di warung berdekatan sebab aku ada nampak lampu motor ulang alik diluar sebelum tu.Malam di Felda Residance amat suram,terasa seperti membintangi filem i'm legend.Mungkin kerana sekarang bukan musim cuti sama.Nasib baik disini dapat saluran national geographic dan wireless.Ada la sedikit hiburan.

Pada waktu pagi,kami ke Cafe semula untuk sarapan percuma yang diberi dalam pakej bilik.Namun hanya untuk 3orang sahaja namun adik aku tak kisah pun sebab dia lebih suka tidur.Setiba dicafe,terdengar bisikan waitress bertugas kepada pekerja didapur mengatakan "pssst..ada orang datang..." .Kelihatan para waitress berterabur buat buat bekerja dan kelihatan chef mengeluarkan semula makanan dari dapur.Jenis makanan yang dihidangkan agak terhad.Hanya terdapat bihun sup,roti bakar,nasi goreng,hotdog,lepat pisang dan apa nama ntah selain buah buahan 2jenis.

Sarapan

Aku menuju ketempat roti untuk pekena roti bakar.Mesin pembakar dia jenis pembakar industri ,style bakar banyak sekaligus.So aku mendapatkan bantuan waitress bertugas.Hasilnya roti bakar aku memang terbakar.Mungkin waitress itu sendiri belum pernah menggunakan pembakar roti tersebut.Cik waitress meminta maaf dan berkata akan menyediakan roti bakar baru.Second time,sama.Hangit jugak menyebabkan aku makan roti biasa sahaja akhirnya.Aku rasa tidur dibilik lebih sedap dari makan.



Gambar Internet

Gambar Aku

Overall Felda Residance ni menawarkan khidmat yang memuaskan untuk penginapan di pendalaman.Sekadar dapat tidur dengan selesa telah memadai.

---------------------------------
Bukti adik aku suka tidur

Sebelum

Selepas


Share:

04 February 2010

Update Sejenak


Dah lama gila tak update blog aku.Bukan malas,namun kebelakangan ni macam macam menda terjadi.Mana hidup tunggang langgang,kereta pun problem memacam pulak.Tengok Char pun dah kurang selera.Baru baru ni aku ke Kelantan bawak diri follow bebudak MMU .Tunggu gambar official release baru aku nak review sikit,esok nak ke Jerantut,Pahang pulak.Dah macam menteri.
Share: