11 August 2010

Ramadhan Tiba Lagik! ( Versi Islamik Kotemporori )

Ramadhan sekali lagi menjenguk kita .Tak sangka blog aku pun sudah lebih dari 1 tahun Islam hayatnya.Puasa kali ini berbeza dengan sebelum sebelumnya kerana hampir 4 tahun aku berpuasa selaku orang bujang di perantauan namun tahun ini dengan izin-Nya aku dapat merasai suasana berpuasa penuh dengan keluarga di kampung halaman.Sudah lama tidak merasai berpuasa di tempat sendiri kerana selama ini aku selalu balik kampung kira kira 2-3 hari sebelum raya .Maka untuk puasa kali ini tidak perlu lagi aku merancang strategi pola pemakanan sahur dan berbuka.

Dalam kesenangan yang diberikan,ada kekurangannya.Ini bermakna puasa kali ini aku tidak dapat merasai pengalaman bersahur maggi di pagi hari ,berbuka dengan roti gardinier berinti kan telur , karenah member member yang susah bangun , berbuka di atas motor kes sesat cari jalan pulang , main games beramai ramai sambil menanti azan maghrib dan banyak lagi.

Apapun semoga Ramadhan kali ini bermakna..


Share:

0 Rangsangan: