23 August 2010

Ini Soal Masa Depan


Sejak dari zaman sekolah , aku memang sentiasa menyimpan impian untuk pulang berbakti di negeri sendiri apabila sudah menamatkan pengajia.Tak terlintas langung untuk hidup atau menetap di negeri lain kelak kerana bagi aku ,Perlis mempunyai keunikan sendiri ,serta personally banyak kenangan suka dan duka di sini.Namun masih releven kah impian aku ini ?

Sesudah menamatkan pengajian di sekolah menengah ,memang aku tidak pernah menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran jauh dari negeri kesayangan aku ini.Namun pada tahun 2006 , aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Multimedia Universiti , Melaka.Kira kira 600Km dari sini.Perasaan masa itu memang mendatar,tiada rasa sedih yang teramat dan tiada rasa excited yang sangat.Mungkin kerana itu satu satunya pilihan yang aku ada.Maka aku meninggalkan Perlis untuk ke selatan tanah air.Bagi aku ,melaka merupakan sebuah negeri yang unik.Maju dari aspek ekonomi dan pembanggunan namun masih mempunyai suasana kampung yang nyaman.Selain mempunyai tapak tapak sejarah,negeri ini memang seimbang dari segenap aspek,maka tidak dapat dinafikan ia merupakan antara negeri yang terbaik di Malaysia.

Pada tahun 2008 , aku menyambung pelajaran pula di Multimedia Universiti Kampus Cyberjaya.Sebelum berpindah ke sana,banyak cerita cerita yang kurang enak mengenai tempat ni yang singgah di telinga.Ada yang kata bosan,panas ,kampus terlalu besar.Pada mulanya aku agak berat hati untuk berpindah ke sana,namun aku nekad dengan keputusan untuk memilih Cyberjaya sebagai destinasi baru aku.Sejak itu sehingga sekarang,aku bermain di Cyberjaya.Cyberjaya memang sebuah kawasan yang menampakkan suasana kerja kerana dipenuhi banggunan banggunan syarikat besar lebih daripada penempatan awam.Disana aku tinggal di sebuah pekan kecil bernama Dengkil.Dengkil (klik sini untuk entri lama Dengkil) merupakan pekan yang simple,tenang dan cukup dengan perkara perkara asas sahaja.Aku menetap di sana selama setahun bersama rakan rakan sepenyewa yang terbaik.

Selepas itu aku berpindah pula ke Equine Park,Seri kembangan.Suasana disana pula lebih kepada masyarakat berkeluarga kerana ia merupakan kawasan yang padat dengan taman perumahan yang merupakan pilihan untuk mereka yang bekerja di Putrajaya,Cyberjaya dan kawasan yang sewaktu dengannya.Untuk memulakan perjalanan,ia harus diatur rapi kerana jalan masuk ke kawasan ini akan sesak di pagi hari dan di petang hari kerana para pekerja berpusu pusu ke tempat kerja.


Pada June 2010 ,aku pulang ke Kangar,Perlis untuk menjalani latihan industri selama 4bulan.Sekarang sudah hampir 2bulan lebih aku berada disini.Dan selama 2bulan lebih ni,aku mula terfikir akan kehidupan disini.Kangar masih pada aku sebuah bandar yang tenang ,tidak padat dan masih belum terpengaruh dengan kemodenan barat.Masih mengekalkan ciri ciri bandar klasik.Namun mampu kah aku terus menetap disini selepas tamat pengajian kelak ? atau adakah anasir anasir permodenan mula mempengaruhi minda minda anak muda Perlis untuk berhijrah ? Apakah punca punca gejala penghijrahan ini ? Akan dikupas kelak dalam entri akan datang kelak.

p/s: entri di subuh hari memang perlu serius
Share:

0 Rangsangan: