Hantu yang aku mimpi semalam ialah hantu jam.Memang,sumpah bunyi tak takut,tapi dalam mimpi memang aku menyampah.Entah macam mana,aku bermimpi yang jam loceng aku berbunyi.Kuat.Sampai aku tersedar dari tidur.Bila aku tersedar,aku pun apa lagi,tekan butang off yang tertera di belakang jam untuk mematikan sistem alarm.Tetapi yang pelik jam masih kuat berbunyi .Jadi aku pun terpaksa mencabut bateri jam tersebut.Tak berhasil.berbunyi lagi.Aku cabut dua dua bateri.Berbunyi lagi.Aku hempas jam tersebut ke dinding.Berbunyi lagi.Hairan.
Aku pun dah lelama terus menyampah nak layan hantu jam tersebut lalu beredar keluar dari bilik tidur.Yang celakanya,boleh pulak hantu jam ni berjalan follow aku.Apa motif beb.Aku bengang,aku amarah.Namun hantu jam terus menggangu aku.Mengikut aku ke mana sahaja.Sehingga aku pasrah.
------------------
Beberapa minit berlalu,aku tersedar untuk kali kedua.Memang jam dah berbunyi.Sahur Sahur...
untuk tafsiran mimpi,sila klik sini
2 Rangsangan:
best gila mimpi nih.. hahhaha
hehehe
Post a Comment