Shah's Corner,Dataran Pahlawan ,Melaka
Harituh singgah melaka on the way balik KL dari Muar dengan parents aku.Melaka tumpuan utama dia sudah semestinya area bandar hilir tempat terletaknya a famosa.Orang tua tua biasalah tempat tarikan mereka hanyalah barang barang hiasan rumah.Aku bawak parents aku ke arked berhadapan muzium kapal tuh.Dulu kecik kecik kalau menonton di kaca televisyen rupa kota A famosa rasa teringin sangat nak melawat.Macam cantik.Bila dah duduk di Melaka,kota A famosa pandang tak pandang aja.Serupa tiang lampu.
Selepas borong cencaluk dan cenderamata serba sedikit,kami pekena makan di food court dataran pahlawan.Macam biasa,aku cukup pantang dicabar tetambah dengan perkataan char kueh teow ni.Kedai nama shah's corner kalau tak silap.pelanggan boleh tahan ramai.Siap masuk paper kedai dia.Macam meyakinkan.Komen aku untuk char dia , mamee kari berapi 10 kali sedap!!!!
--------------------------------------------------------------------------------
KWSP
Sambil sembahyang maghrib dimasjid,fikiran aku mula mengatur perancangan malam ni.Autopilot solat di ON kan.Badan bergerak ikut tertib,mulut kumat kamit.Fikiran pula terarah ke char kueh teow KWSP ni.Sepanjang balik 3minggu ni,aku tak melawat lagi kedai dia.Maka mau tak mau ,aku perlu juga serba sedikit update taste terbarunya.Macam biasa,rasa dia tak berubah.Sama.Namun lidah aku dah semacam berubah.Entah kenapa aku rasa Char KWSP ni sudah tak layak mengungguli tangga teratas carta.
----------------------------------------------------------------------------------
Char Stesen Bas Kuala Perlis
Satu malam,aku saja ke Kuala melepak bersama gay partner ku.Nak dijadikan cerita aku lalu dihadapan stesen bas Kuala Perlis yang ibarat hidup segan mati tak mahu ni.Bilangan bas lebih banyak dari penumpang.Dalam perjalanan,aku ternampak sorang brader ni melintas jalan.Dari rupaparas,aku cam brader ni seorang penggoreng char koteaw antara top di scene char kangar di era 90-an.Dulu masa aku sekolah tahun 2003 bapak aku selalu bawak aku pekena char dia selepas melawat tapak projek.Char dia bermazhab kering,jadi aku kurang into sangat.
Namun dek kerana nostalgia,aku try pergi kesana petang tadi untuk memastikan samada gerainya masih wujud.Dan amazingly gerai dia masih wujud,sama kedudukan dan dekorasinya ,tukang masaknya tetap sama tak hensem dan rasanya tetap sama.Tak berubah langsung.Musykil juga aku kalau duit baki bertukar menjadi daun kering namun buat masa sekarang ok lagik.Memandangkan ia jenis kering,maka tidak sesuailah ia dimasukkan dalam carta.
Sudah makan baru teringat nak amik gambar.layan saja sisa sisa ni.
Ranking Terkini Char (update 15/1/10)1.Char Kampung Melayu Subang2.Char kwsp,Kangar3.Char Sungai dua,Penang4.Char Berasmana,Kuala Perlis5.Char Gani,Jitra6.Char Ketam ,Taman Kemajuan7.Char Terminal, Cyber8.Char Batu Dua,Kangar9.Char Shah's Corner,DP,Melaka
0 Rangsangan:
Post a Comment