15 January 2010

Sejenak Di Masjid

Kalau ikutkan ,memang hampir hari hari aku ke masjid.Memula memang aku ke masjid bukan kerana tuhan,tetapi sebab tidak tahan dek segala jenis panahan berbisa,berapi,berduri yang lebih dasyat dari apoclypto daripada mak aku.Tapi lama lama Alhamdulillah aku terasa semacam kalau tak ke masjid time maghrib atau Isyak.Seronok tengok gelagat orang orang tua melepak dan dengar mereka sembang.Boleh gelak berdekah dekah dengar lawak lawak mereka ni.

Masjid Sempering selalunya mengadakan majlis majlis ilmu di antara gap sembahyang maghrib dan isyak .Selalunya aku pulang sahaja layan facebook tak pun tengok haiwan liar di national geographic 80-an di TV1.Namun hari ni terbuka sedikit hidayah untuk stay di masjid.Memula aku terasa yang sejam melepak di masjid sudah pasti tidak sama sejam hu ha hu ha di TM corner.Namun ekceli masa terasa sungguh bermakna sepanjang disana.Seperti dalam Dragonball dimana tempat goku berlatih dikayangan sebelum fight dengan majin bu.

Saja aku nak kongsi serba sedikit ilmu yang aku dapat :-
1. kat syurga sana nanti setiap orang ada ruang masing masing.Bak kata omputih ,myspace.Dan besarnya bergantung kepada amalan seseorang.Serupa macam farmville cuma disana anda tidak perlu risau menghitung jam.Hanya melepak sahaja dengan bidadari.
2. Ada seorang pemuda Mekah meraung raung menangis di hadapan Kaabah.Apabila ditanya,dia mengatakan yang dia termimpikan bidadari semalam dan dia terlalu merinduinya.Keesokan kalau tak silap dia mati kot.Sebab sangap ka tak makan ka aku tak pasti.Namun moralnya,betapa cunnya bidadari di surga kelak .So bobo,rileks..takda awek kat dunia pun takpa,hang sembahyang cukup cukup,bagi besar syurga hang,decorate sikit dengan pokok pokok,pastuh enjoy minum wain dengan bidadari. (ayat penyedap hati)
3. Kita time susah kena banyak banyak mintak tolong kat tuhan.Ni ada masalah pi mengadu kat memba,bank,kucing,pokok dan benda hidup lain walhal yang mampu memberi pertolongan ialah Allah swt.

tuh la antara point point yang terlekat serba sedikit dalam minda aku,biasalah,penapis pon dah koyak sana sini.Banyak yang terlepas.Fakta fakta diatas diceritakan oleh ustaz tuh,ada sesetengah aku tambah.Renung renungkan.
Share:

2 Rangsangan:

::FAIZ:: said...

Gua sangat suka ini entri, suka betul... Thanks....

Anep said...

Thanks..selamat beramal.. ngeh3