21 May 2009

Jawapan untuk tohmahan tohmahan ke atas aku

Berikutan tohmahan tohmahan tidak berasas yang dikeluarkan oleh saudara bobo di http://bobobuatblog.blogspot.com/2009/05/sedikit-tentang-seorang-anip.html ,14 laporan polis telah dibuat oleh aku di setiap IPD negeri dan 34 saman fitnah telah dikeluarkan oleh badan badan bukan kerajaan selaku bantahan terhadap tohmahan tohmahan tersebut.Disini aku mengambil kesempatan menjawab segala tuduhan tersebut.

SALIN/TAMPAL dari bobobuatblog
Sedikit Tentang Seorang ANIP

1. Apabila Anip cuba keluar malam dari rumah beliau melebihi pukul 1900. Emaknya secara automatis akan berkata 'NO' . Anip kemudian akan menggunakan ayat power beliau 'nak p rumah bobo stadi ramai-ramai' walhal beliau akan terus ke cyber cafe untuk main counter strike. Peristiwa ini berakhir apabila emak beliau call bobo dan bertanya 'anip ada situ'? lantas dijawab 'saya dekat kedai makan ni makcik, anip dah lama tak mai'.

2. Sewaktu darjah satu beliau datang ke majlis hari jadi bobo dan report
mak bobo ,bobo pinjam dia 50sen/5kupang.

3. Dulu mempunyai scooter berekzos ala-ala Che Lat Naga dan bunyi seperti Ducati 1098.

4. Hidung beliau sudah tidak asli lagi.

5. Dahulu beliau adalah Ketua Geng Anti-Bunga,beliau juga bertanggungjawab membubarkan geng ini dengan ada awek.

6. Anak murid kesayangan Cikgu N. Cikgu N sayang beliau.

Banyak lagi fakta-fakta beliau yang akan didedahkan. Ini sekadar tip of the iceberg sahaja.

Komen saya

1. hahaha..yang nih ada sedikit asasnya. Sehinggakan aku perlu membuat operasi sulit ala2 SAS,PASKAL,Komando 69 untuk mengubah no telefeon bobo secara senyap senyap dalam phonebook handset mak aku ke nombor yang sudah tiada dalam talian agar rancangan rancangan aku tidak tergendala.Tetapi itu semua dulu dulu beb,tapi kenapa sampai sekarang bobo masih berlari lari pulang ke rumah ala cenderalela sebelum pukul 12am ??
2. Sebagai seorang bakal usahawan berjaya,aku telah diajar dari kecil untuk membuat buku akaun.Cemana aku nak cover 'short' 50sen tuh dalam buku akaun ? baki debit kredit dah lari tuh beb..sifat amanah tuh penting
3. Sebagai seseorang yang tidak mampu memandu ducati seperti bobo,aku hanya dapat membuat bunyi ducati sahaja walaupun perginya saing saing dengan basikal racing 'west macleran ' bobo sahaja.
4. Aku memang pernah menjalani pembedahan tetapi sampai sekarang tak pernah mendedahkan sebabnya kepada umum demi menjaga maruah seseorang.(hahahaha..)Yang boleh aku bagitau ialah masalah hidung aku berpunca dari satu kejadian hitam sewaktu aku di darjah satu.Kesan dan trauma sampai sekarang aku alami.Untuk maklumat lanjut hanya bobo yang mengetahuinya.
5. Memang aku ialah Presiden Kehormat Persatuan anti-Bunga dan bobo sememangnya sudah disingkir kerana mempunyai girlpren diusia 12 tahun lagi yang secara terangnya melanggar hukum syarak persatuan sendiri.Sewaktu presiden dan ahli ahli lain masih bermain lari peluk peluk tiang sewaktu rehat atau jentik jentik getah pemadam,bobo akan hilang memadu kasih di tempat tempat tersorok.
6. Aku memang telah direkrut untuk oleh cikgu N untuk menjadi spy yang menyalurkan maklumat maklumat sulit aktiviti para pelajar tetapi walaupun aku di'torture' seperti rambo kena rendam dalam kolam ada lintah,aku masih menyimpan rahsia rahsia sulit rakan rakan.

berikut adalah serba sedikit komen dari saya.Sekian.
Share:

6 Rangsangan:

lexy said...

patut idong ang nampak macam fake

BaWaNg_mErAh_JaMbU said...

wkaakakakak aku habaq kat mama ang tukaq no phone dlm phone book....
p.s:mcm ni la adik kakak hahhahahha

Anep said...

@lexy,hidung fake..bwh real.

@bawang hangit
hahahha..syyhhhh...

kerepek said...

hahaha. tak boleh bla tipu mak bapak. dosa

iman said...

mmg budak nakal la..........

Anep said...

@kerepek uniten
biasala ..hang pon dok tipu mak hg gak tak mau blk umah time cuti sem..hahaha

@iman
biasala..zmn muda remaja..heheh