30 May 2009

Derma Ikhlas banggg ...


Selepas Dengkil dan Kelana Jaya,Uptown Kota Damansara merupakan rumah ke tiga ku.First time makan sini setelah diperkenalkan oleh En Taufik CPS.Koteaw Kantonis dia punya 'kick' memang tak dapat digambarkan dengan adobe photoshop sekalipun.Lepas jemu,try pulak yong tau fu uncle nyanyi2 dikedai sebelah.Serius.Setiap kali dia bercakap,mesti dalam nada lagu "kangkung berapa lorii ~~~," "tujuh ampaatt ," .. "balikk makann tiduuurr~~ ," .Walaupun suara dia tak sedap,tapi yong tau fu hasil tangan dia perggh!! Ekceli aku stop makan yong tau fu kira2 5-6tahun lepas selepas satu insiden hitam.Sejak tuh,memang persaingan menyelongkar hot dog dalam timbunan yong tau fu peringkat family aku sudah semakin suram.Rasa aja kuah yong tau fu,memang loya mengalah perempuan mengandung.Cuma tiadalah sampai mengidam buah pelam muda puncak gunung tahan.

Kuah uncle nyanyi2 memang lain dari yang lain.Bila aku makan,tiada loya loya.Kedai uncle memang selalu ramai orang.Tak payah susah2 letak patung kucing melambai lambai tuh,customer sentiasa ada.Tapi kekadang disudut benak aku,aku syak uncle nyanyi2 ni letak ganja la dalam kuah dia sebab aku dah ketagih semacam.Mungkin aku perlu bawak analisis di makmal Syah untuk maklumat lanjut.Bila 2-3 hari tak pekena yong tau fu uptown,bayangan uncle akan menjelma sambil melambai lambai dengan senyuman ,masuk seminggu tak kena memang ketar ketar mengkerekot dalam bilik.Hmm.Atau mungkinkah kerana anak uncle tuh comel?

Makanan di food court uptown damansara ni memang sedap sedap belaka tetapi yang tak berapa sedapnya bila setiap seminit .....

"boss..celita balu.. xmen,spiderman,cicakman,policeman"

"dik..nak beli kerepek pisang,kerepek ubi,kerepek strawberi ?? "

"bang..iklas singgit dua," -busker indon

"derma iklas bang...," pinta pilot orang buta

Yang aku nak fokuskan disini bukan lanun,bukan mak cik kuih dan bukan jugak busker seberang,tetapi peminta sedekah.Mereka akan datang dengan seorang orang normal yang sihat tubuh badan memimpin orang buta dengan membawa tisu dan pergi dari satu meja ke meja.Pertama kali aku kesana,memang aku kesian dan bersimpati,maka aku hulur singgit,dapat tisu.second time,aku kesian,singgit.third time,singgit.fourth time,singgit.Kalau dikira kira,aku akan datang ke uptown atleast sekali seminggu kadang kadang lebih dan setiap kali aku datang kena pow seringgit.Apa cer dah macam kena bayar wang perlindungan la pulak.Bukan berkira,sumpah aku tak berkira kalau kena gaya.Tapi lama kelamaan memerhati,aku dah mula menghidu sesuatu ke-ikan-an disini.Sebabnya ialah,peminta sedekah-peminta sedekah ini datang seakan akan ada timer,sebab aku tak penah lagi jumpa 2-3orang datang sekaligus.

Kalau lepak dalam sejam,baru akan perasan peminta sedekah lain pulak akan datang meminta sedekah seakan akan mengambil turn tapi setiap malam hampir muka muka yang sama yang datang.Bertitik tolak selepas tuh,perasaan simpati mula pudar.Kekadang kita menderma bukan sebab ikhlas sebenarnya,tapi sebab segan dengan girlpren (nak tunjuk baik konon) atau segan dengan orang sebelah tetambah kalau chicks(kedekut gila mamat sebelah gua..) .Lagipun dalam pemerhatian aku,hampir 90% populasi foodcourt akan mengeluarkan not biru seringgit sebagai derma entah ikhlas entah tidak.Jikalau satu round dapat pow singgit x 50 meja.Ni satu round beb,dalam 30minit sahaja.Satu hari 5 round,sebulan 30 hari .Congak congak pakai kakelater rm1 x 50 meja x 5 rounds x 30 hari = rm7500/sebulan .WoW! aku rasa kalau ada PHD pun belum tentu nak dapat gaji sebegini tetambah didalam ekonomi semasa ni.So dengan bermodalkan tisu dan sedikit tenaga,anda tak perlu bersusah payah mencari downline downline untuk kaya.Tak payah menyusah putar belit member join meeting MLM.

Sesungguhnya Rakyat malaysia amatlah pemurah.Banyak juga cerita pengemis menipu yang aku baca dalam akhbar mahupun internet.Ada kes berpura pura warak jual ayat Quran,tapi bila penguatkuasa tangkap,baca sepatah pun taktau.Rupa rupanya Myanmar mari.Bertitik tolak daripada situ,aku mula berfikir, kekadang aku derma bukan ikhlas pun,so daripada aku menderma tak dapat apa kepada mereka yang entah menipu entah idak,baik aku menderma kat masjid bila ada duit dan ikhlas.Maka start daripada tuh,tanpa segan silu kepada peminta sedekah,girlfren mahupun nora danish disebelah ,aku akan mengangkat tangan sahaja bila mereka lalu.Lebih baik aku bersedekah beli kerepek strawberi ,at least mak cik tuh ada usaha mencari rezeki.Lagipun orang buta tuh hanya diam,pilot dia pulak yang lebih lebih.Adakah OKU dieksploitasikan?mungkinkah mereka hanya mendapat komisen?atau mungkinkah mereka tidak buta ?Hanya Tuhan sahaja yang tahu

-----------------------------------------------------

Malam tadi aku macam biasa lepak uptown makan makan.Sebelah aku ialah couple di pertengahan usia.Aku syak baru berkenalan.Perempuannya cina,lelakinya berkulit gelap2 sedikit seperti orang samoa.

10minit pertama

"derma ikhlas bang... ,"

gua angkat tangan sahaja dengan senyuman tak berapa manis

brader samoa hulur singgit dengan penuh bergaya

20 minit

"bang..singgit duaa ikhlas ," pinta brader busker

gua angkat tangan sahaja dengan senyuman tak berapa manis

brader samoa...still macho,hulur singgit..

30 minit

"derma ikhlas encik...," pinta peminta sedekah shift seterusnya.

gua angkat tangan sahaja dengan senyuman tak berapa manis

brader samoa dah terpinga pinga usha aweknya sambil mengeluarkan dompet.

Mak cik depan gua ,dalam gelabah usha kiri kanan .. "kejap lagi boleh tak ? ,"

Erk?? getus gua .

Secebis hadis,gua mengaku gua tak hapal,google.com

Rasulullah shalallahu alaihi wasalam bersabda, “Barangsiapa dari kalian meminta-minta sementara ia memiliki uqiyyah [40 dirham atau 28 gram perak] atau seharga dengan itu berarti ia telah melakukan ilhaf [meminta terus menerus sampai diberi].” [Shahih, Malik II/199, Abu Dawud 1627, Al Baghawi 1602, dari Zaid bin Aslam dari Atha' bin Yasar secara marfu].

--------------------------------------
Sesungguhnya aku berharap agar aku tidak mengelak membantu mereka mereka yang benar didalam kesusahan dan sesungguhnya juga entri ini ditulis dalam situasi yang sangat lapar,biskut berperisa tuppaware cicah kopi pun jadilah....





Share:

0 Rangsangan: