Orang cakap ilmu ni patut dikongsi dan seseorang itu mendapat pahala apabila dimanfaatkan oleh orang lain yang telah diajar.So disebabkan otak aku masih fresh dengan ilmu ilmu yang aku hafal sebelum masuk exam managerial communication sebentar tadi,aku nak kongsi serba sedikit apa yang aku belajar dari subjek ni.Salah satu topik yang diajar ialah mengenai cara cara menyampaikan berita buruk/sedih kepada seseorang.Aspek yang paling pentang ialah cara pembukaan bicara yang merlukan teknik yang tepat dan mantap.Teknik ni saya namakan 'senyum dan tampar' sempena keadaan perasaan yang akan dialami mangsa.So pembukaan bicara yang bagus ialah dengan memberi sedikit kata kata penyedap hati atau pun dinamakan kata pancing.Rujuk contoh dibawah:-
Soalan:
Anda telah terlanggar kucing parsi kesayangan jiran anda yang amat disayanginya.Huraikan langkah lagkah senyum dan tampar untuk menyelesaikan masalah berbangkit.
Pembuka bicara :-
" Kalsom , saya tengok kucing farsi awak sungguh comel dan gebu bak tuanya.Tentu ia mendapat makanan yang mahal dan tidur di atas sofa yang mahal mahal kan.saya rasa kalau ia dikalerkan dengan warna pink tentu akan lebih membangkitkan seri wajahnya.Saya dah lama memuja cara penjagaan kucing yang awak amal amalkan sehingga ia menjadi sihat dan kuat.,"
Setelah dipuji lebih kurang,masukan pula ayat sebenarnya
" saya rasa awak tentu sungguh sayangkan kucing awak kan,saya juga sayang kucing awak dan saya rasa tuhan juga lebih menyayangi kucing awak sebab itu ia ditakdirkan 'pergi' hari ini. "
(didalam situasi ini,jika Kalsom masih berdiri statik,teruskan langkah seterusnya )
untuk menyedapkan semula hati mangsa,kita masukkan pula kata pancing penutup
" Saya pasti ia pergi dengan tenang tanpa rasa sengal kerana saya melanggar ia dalam kelajuan 180km/j dan terhumban terus diatas rumput tanpa terkena mana mana objek keras yang membahayakan.Lagipun saya hanya nampak ia menggelupur lebih kurang 10saat sahaja dan saya pasti itu masih dalam tempoh yang selamat untuk mati ,baiklah khalsom, banyak pula baju nak jemur ni,saya masuk dulu ya,A'kum "
Berikut adalah contoh menyampaikan berita buruk atau sedih kepada seseorang dan pastikan ia didalami terlebih dahulu dan lebih afdal jika pengucap meminta maaf dan melangsaikan hutang terlebih dahulu kepada saudara terdekat sebelum melakukanya.
0 Rangsangan:
Post a Comment