03 February 2017

Redah 3.0 : Sri Lanka - Day 3 Sigiriya


Masuk hari ketiga di Negombo, (sebenarnya hari kedua lah, hari pertama sekadar tiba dari Malaysia dan terus tidur ) kami masih belum pun jejak kaki ke Pantai Negombo diseberang jalan. Tunggu last day nanti aja lah kami ke sana sebab last day nanti kami akan kembali ke Negombo jugak sebelum pulang ke Malaysia.

Sebenarnya hari ini barulah pengembaraan sebenar kami di bumi Sri Lanka bermula. Seperti sedia maklum, untuk trip Redah 3.0 ini, aku dan AJ akan travel menggunakan tuktuk disini selama 5 hari. Plan perjalanan pun kami dah draftkan Cuma sekarang tinggal samada logik atau tidak aja kerana kalau diikutkan purata perjalanan kami sehari dalam 120Km dengan jarak paling jauh adalah dari Ella ke Galle yang lebih kurang 220Km. Tuktuk pulak boleh gerak dalam average 50km/h ditambah kami belum pasti kondisi jalan ke satu-satu tempat.

Pada asalnya aku dimaklumkan pejabat ClubShaLanka, syarikat yang menyewakan tuktuk ni dibuka pada jam 9.30 pagi tapi bila aku contact, Suranga owner syarikat bagitahu dia akan ke ofis pada pukul 12.00 tengah hari memandangkan hari ini hari Ahad iaitu hari cuti sepatutnya. Oklah. Kami melepak dulu di café diseberang.

Aj sarapan Piza. Aku mati-mati ingat bantal bentuk pizza. Flat semacam. Haha

Menanti tuk tuk
Selepas setel prosedur tanda tangan kontrak dan membuat pembayaran, Suranga bawak kami belajar memandu tuktuk di lorang belakang pejabat. (Berkenaan kos sewa tuktuk boleh rujuk balik post ini) Tuktuk ni ada clutch yang mana aku tak risau sangat memandangkan aku pernah bawak motor clutch dizaman merempit dulu, Cuma bab gear ditangan tuh (seperti VESPA) yang memerlukan sedikit masa untuk aku biasakan diri. Tak banyak bezanya dengan mengendalikan motor Cuma bezanya tuktuk ni ada gear reverse. Cara nak reverse kena tarik satu lever seakan handbrake kereta disebelah kanan.

Pada mulanya aku bayangkan compartment untuk letak luggage agak besar pada sebuah tuktuk, rupanya kecik aja ruangnya. Atas pada ruangan enjin. Jadi tiada safety sangat tapi atleast baik banyak dari usung naik motor.

Bajaj Re Petrol 200cc, bunyik macam laju kan? 

Lepas 30 minit sesi pembelajaran, kami pun menuju ke jalan utama dan mengucapkan selamat tanggal pada Suranga. Cuak gak memula bawak dijalan utama sebab walaupun tuktuk ni dipandu seperti motor, tapi saiznya dah nak lebih kurang sebuah PERODUA Kancil. Jadi perlu masa nak biasakan diri terutamanya bab menyelit dan memotong. Waktu ni baru aku dan AJ sedar realiti kelajuan 50km/h tuh. Huhuhu.

Simple aja papan pemuka tuk tuk ni. Di sebelah kanan ada butang hon & buka lampu,
Di sebelah kiri ada butang signal & butang lampu tinggi/rendah.
Kat bawah tangan kanan aku kelihatan lever reverse gear
AJ tak berpeluang untuk belajar memandu tadi dan aku pun tak mahu buang masa terlalu lama tunggu dia belajar pulak disebabkan timing schedule hari ni dah lari berbanding dari perancangan asal. Ikutkan plan pukul 10 pagi dah gerak, sekarang dah 1.30 tengahari. 

Plan harini adalah untuk ke Sigiriya yang terletak 140Km di bahagian utara Sri Lanka. Kalau ikutkan, masa perjalanan yang tertulis di google map adalah 3 jam 30 minit tapi berdasarkan bacaan aku di Internet, driver telah dinasihatkan untuk mengganda dua kan masa yang tertera disebabkan google map tidak mengambil kira keadaan jalan disini. Keadaan macam mana aku pun tak tahu.

Pada mulanya agak menyirap aku bila asyik dihon kenderaan lain sedangkan aku bawak bukan main perlahan di kiri jalan. Tapi disini kena ubah mindset, kerana hon di Sri Lanka lebih kepada "awas bhaiya, saya nak memotong anda"  walaupun ada masa hon yang membawa maksud "cilaka lu.." tetap ada. 

Sewaktu kami terima tuktuk tadi, minyak telah diisi separuh dan aku dimaklumkan tadi oleh Suranga yang "a full tank should be good for all day long..." tapi apa jadahnya baru 30 minit perjalanan minyak dah ditakuk E. Sini stesen minyak banyak jadi tak perlu bawak minyak dalam tong. Aku pun berhenti untuk mengisi minyak di Stesen berdekatan.

Time isi minyak baru atendan pam bagitau yang penutup minyak takda. Patut bukan main laju minyak habis, meruap jadi gas rupanya. Time ni dah cemas sikit dah. Cemana nak buat, mana nak cari benda alah tuh disini. Tapi pekerja distesen minyak tuh baik-baik belaka. Sorang pak cik ni cakap dalam 7 km ada kedai sparepart BAJAJ. Aku bertawakal jangan buat kedai tu tutup lak sebab harini Ahad. Oh ya. Sini minyak RON 92 berharga Rp117/liter. Lebih kurang RM3.10/liter. Apa macam, sayang Najib tak ?


Penutup minyak lu mana bhaiya ??
7km kemudian. Alhamdulillah bukak. Rp200 ja benda alah tu
Perjalanan melalui jalan 1 lorong yang bersuasanakan kampung memudahkan aku belajar memandu dengan lebih tenang sebab kereta tak banyak. Waktu nak keluar bandar Negombo tadi aja sesak sikit. Memasing dah start rasa lapar waktu ni. Nyesal lak tak makan siap siap di Negombo tadi. Tapi dari research, aku tengok ada ja Masjid - masjid yang terletak di tepi jalan yang akan kami akan lalui hari ni.

Tak lama kemudian kami terjumpa satu masjid dan depan masjid ada satu warung Muslim. Warung ni kalau dinilai ikut gred Kebersihan Kemeterian Kesihatan Malaysia aku rasa dapat Gred E. Lepas jenguk dalam, masih terdapat sedikit lauk pauk tapi kari pun berbuih semacam ditambah lauk pauk dibiarkan tanpa penutup. Tengok jam dah pukul 3 petang. AJ tengok aku, dan aku tengok AJ. Lalu kami ambil keputusan untuk tahan lapar dari risiko cirit birit. Aku sambung kudap roti yang dibeli kat KLIA.

Hampir sejam kemudian kami lalui satu pekan yang agak besar dan meriah. Terdapat satu masjid ditengah-tengah pekan dan beberapa kedai makan Muslim. Tapi masalahnya diaorang tengah ada pasar petang barangkali depan masjid tuh, nak cari parking bukan main susah. Bila fikir risiko kalau parking jauh dan tinggal barang-barang dalam tuktuk maka aku suh AJ tapaukan aja nasik manakala aku tunggu dalam tuktuk.

menunggu pelanggan
Dicongak-congak, sudah 3 jam lebih aku memandu (ka menunggang?) tapi sebenarnya baru cover 40% jarak perjalanan. Aku risau gak pukul berapa nak sampai didestinasi kami, Sigiriya. Kesilapan pertama kami sebab kami dah booking penginapan jadi dah sedikit terikat disitu. Mahu tak mahu kena cover la lagi 60% tuh.

Singgah makan di Pasaraya ntah kat mana
Pukul 5.30 petang ( kat sini 5.30 petang macam suasana 6.30 petang waktu Malaysia) kami sampai di Bandar Kurunegala. Agak besar bandar ni. Perjalanan masih berbaki 70 Km. Terasa pressure untuk menghabiskan baki lagi 70 km sedangkan senja dah tak lama lagi. Singgah solat di Masjid Jamek Kurunegala.

Masjid cantik, tapi toilet aku senaraikan no.3 dalam toilet paling 'ngeri' aku pernah masuk
selepas toilet stesen bas padang besar siam dan toilet stesen bas Aceh

Suasana lewat petang di Kurunegala
Di Kurunegala ni terdapat satu patung Buddha yang besar terletak diatas bukit.
Tak sempat snap sendiri sebab tengah ride jadi boleh tengok gambar yang dirembat di internet ni.
Keluar dari bandar Kurunegala menuju Sigiriya, kami melalui jalan besar seakan highway 2 lorong. Kalau naik kereta mungkin rasa gembira jumpa highway tapi bila naik tuktuk yang berkelajuan 50km/h ni, aku lebih prefer jalan kampung. Nasib baik tak lama kemudian bertemu kembali dengan jalan kampung. Siap lalu laluan berbukit dikala senja, Tapi apa nak risau, Sri Lanka takda pocong kot..haha

Rehat bontot kejap. Siang sudah melabuh tirai.
Akhirnya lebih kurang pukul 8.00 malam kami pun tiba di tempat penginapan kami di Sigiriya. Lega rasanya. Jalan masuk ke tempat ni agak gelap tadi jadi tak sure celah mana tempat ni berada. Janji ada katil aku dah malas nak fikir benda lain sebab dah letih bawak tuktuk 140km sorang-sorang.

Malam ni tidur sekatil. Aku dapati bilik queen/king bed selalu murah RM40-50
dari bilik dengan 2 katil single. Demi berjimat cermat, aku sanggup tidur berpelukan.haha

# bercuti di sri lanka # pengembaraan di sri lanka # cuti cuti sri lanka # tuk tuk sri lanka # tips ke sri lanka

Share:

25 January 2017

Redah 3.0 : Sri Lanka - Day 2 Colombo

Hari ke-2 kami mulakan dengan misi mencari simcard local. Kami dapatkan simcard local dari kedai runcit yang berdekatan. Kat sini ada lima pembekal servis perkhidmatan telekomunikasi kalau tak silap. Memandangkan yang femes adalah Dialog dan Mobitel, AJ pun pilih Dialog iaitu anak syarikat AXIATA manakala aku saja test Mobitel. Harga simcard aku beserta pakej internet 1.7GB siang dan 2GB malam adalah rp700.

Kebetulan tak jauh dari kedai runcit ada money changer, maka kami pun pakat tukar duit masing-masing. Money Changer di Negombo Beach ni turut menerima Ringgit Malaysia tapi aku tukar menggunakan US Dollar yang awal-awal aku dah tukar di Malaysia.

Suasana jalan di Negombo Beach
Penginapan kami tidak disertakan bersama breakfast, jadi misi seterusnya mencari kedai makan. Kalau diikutkan google map ada masjid berdekatan tapi selepas sampai di masjid, kami dapati takda pun kedai makan muslim berdekatan. Dengan bantuan seorang pak cik di masjid, ditahankan kami tuktuk dan dimaklumkan pemandu tuktuk untuk bawak kami ke restoran makanan Halal.

Seperti yang aku sudah sedia maklum dari pembacaan blog mereka - mereka yang telah berkunjung ke Sri Lanka, drebar tuk tuk selalunya akan promote pekhidmatan mereka untuk servis tour atau akan promote-kan servis tour orang lain dimana mereka dapat komisen. Semuanya kami tolak dengan alasan belum bersarapan sedangkan sekarang dah pukul 12.00 tengah hari.

Tuk tuk ride pertama dan terakhir bersama driver di Sri Lanka
Kami minta pak cik tuk tuk ni bawak kami ke restoran yang berdekatan dengan stesen bas, jadi nanti senang kami nak naik bas sebab plan nak ke Colombo selepas makan. Kami dibawa ke Restoran Raheemiya Hotel & Bakery. (sini hotel bermaksud restoran)

Brayani Chiken, Rp350 aka RM10. Brayani Malaysia win lagi cuma portion boleh makan untuk 2 orang.
Sudah makan, kami pun keluar nak menapak ke stesen bas yang terletak tak sampai 50 meter dari restoran. Kebetulan, time baru keluar ada sebuah bas yang sedang bergerak nak ke Colombo, jadi kami terus tahan dan naik. 

Terasa suasana 70-an. Terdapat 2 jenis bas di sini. Satu bas kerajaan yang macam kami naik ni dan satu lagi bas syarikat swasta yang mempunyai aircond.




Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Negombo ke Colombo. Kami bernasib baik dapat duduk disepanjang perjalanan sebab kalau waktu puncak, memang ada yang terpaksa berdiri. Angin sepoi-sepoi membuatkan mata terasa berat tambahan lepas pekena sepinggan brayani.

Kami hanya tahu kata sudah sampai di Colombo selepas melihat semua penumpang turun dan konduktor datang bagi isyarat sudah sampai. Bukan apa, tak nampak pun stesen bas melainkan nampak banyak gak bas melepak kat tepi jalan. Jadi aku tak pasti samada ini adalah stesen bas utama Colombo atau apa.

Tempat kami diturunkan
Dari situ, kami panggil Uber untuk ke National Museum of Colombo. Sebenarnya kami pun takda plan sangat pun nak kemana mana di Colombo ni. Main petik aja kata nak ke muzium bila tiba sebentar tadi.  

Inilah National Museum of Colombo, dibuka sepanjang tahun kecuali cuti umum. Nak jadi cerita hari ni rupanya cuti umum. Adeh.
Memandangkan muzium tutup, kami menapak aja ke taman reakreasi berhadapan dengan muzium. Namanya Viharamahadewi Park. Ramai gak orang tempatan tengah melepak ditaman menikmati cuti FestivalPongal, Hari Menuai Tamil. Kat Malaysia pun disambut perayaan ni oleh orang Tamil.

Yang bekerluaga sibuk melayan karenah anak, yang bujang sibuk menung atau baring tidur, yang berpasangan pulak tengah sibuk memintal rambut pasangan atau bercumbu-cumbuan. Terkejut gak aku bila tengok diaorang slumber berpelakuan sebegitu di tempat awam.

Merendek

Bukan buah, bukan tanglung, tetapi kelawar. Spesies apa gue tak tahu
Sempat lelap 5 minit sebelum kena gigit semut
Lepas menghabiskan masa hampir 30 minit disini, AJ mengajak aku lepak ngeteh di Cafe berdekatan. Katanya cafe tuh ada tersenarai dalam laman TripAdvisor dengan rating yang bagus. Kebetulan cuaca pun tengah panas, sedap gak kalau dapat pekena air ais. Aku pun setuju. Cafe tuh terletak lebih kurang 400 meter dari Viharamahadewi Park.

Town house. Pejabat Majlis Perbandaran Colombo dan juga merupakan Pejabat Datuk Bandar. Terletak diseberang Taman.
Suasana sekitar Colombo 10. Bandar Colombo terbahagi kepada beberapa bahagian.
Cafe Coco Veranda ni terletak berdekatan kawasan yang agak elit dimana berhampiran pejabat - pejabat kedutaan. Maka tak hairanlah bila dicongak darab harga secawan kopi ais bermula dari Rm20 dan keatas. Errr... Sekurang-kurangnya lebih murah dari kopi airport Aj. Yang lepak situ pun muka-muka ada kerlas.

Kedai kopi orang ada - ada
Lepas minum kami dah takda idea nak kemana. Memang datang ke Colombo pun tak dirancang sebab pada awalnya bajet nak ke Colombo sewaktu hari-hari terakhir tapi disebabkan takut tak sempat, maka kami dahulukan.

Lepas tengok jam yang dah agak petang, kami decide untuk pulang ke Negombo. Tapi instead of naik bas, kami pilih balik dengan kereta api kali ni. Dengan khidmat Uber yang mudah dan efisen, kami berangkat ke stesen kereta api Fort Railway yang terletak lebih kurang 3 km dari sini.

Train bertolak pada pukul 5.15 petang, ada lagi 30 minit, kami menapak ke masjid berdekatan melalui Pettah Market.
Nampak seakan akan Jalan Tunku Abdul Rahman di Kelompo. Suasana lenggang sebab cuti.
Singgah sembahyang di Masjid Jamek Ul Alfar aka Masjid Merah
Agak kelam kabut jugak kami menapak ke stesen kereta api semula sebab masa ada lebih kurang 10 minit lagi sebelum bertolak. Tapi aku tak expect kereta api di Sri Lanka tepat masanya seperti di Jepun. Moga-moga.

Selamat tiba 5 minit sebelum waktu bertolak. Kami diberitahu penjaga stesen yang train ke Negombo di platform No.2 . Tiket train berharga 75rupee bersamaan Rm2.30.

Stesen kereta api sesak dengan orang ramai yang pulang dari kerja ditambah budak-budak sekolah yang turut baru pulang dari sekolah. Memula aku rasa bertuah sebab dapat duduk didalam train, tetapi tengah duduk menunggu train bergerak, kedengaran satu pengumuman dibuat dalam bahasa tempatan sebelum 98% penumpang kereta api di platform 2 turun menuju ke platform 3.

Memandangkan boleh dikatakan semua orang turun, kami pun buat-buat faham ikut serta menuju ke Platform 3. Waktu ni train baru tiba di platform 3. Sini boleh nampak standard negara maju atau negara kurang maju. Bukan main berebut nak naik gerabak sedangkan masih ramai penumpang yang nak turun.

5 minit kemudian train bergerak. Aku dan AJ ambil terpaksa berdiri sebab tempat duduk dah penuh. Tapi waktu ni keadaan masih terkawal. Takda la macam dalam tin sardin. Dalam dibuai angin sepoi-sepoi bahasa dari pintu train yang terbuka, masih timbul rasa sangsi disebabkan masih ada baki penumpang yang kekal berada dalam gerabak di Platform 2 tadi.

Lepas hampir 30 minit bergerak, aku pon bagi isyarat kepada AJ untuk turun di next station. Memang sah kami silap naik train selepas aku monitor pergerakan train dari google map. Adeh. Yang nasibnya, kami baru terlajak 2 stesyen dari arah yang sepatutnya.

Tersadai di Stesen Battuwata menanti train ke arah Colombo semula. Tapi kami hanya perlu turun di stesen Regama sebelum tukar semula naik train menuju ke Negombo. Ala-ala stesen transit.
Suasana train ke Negombo. Agak terkejut apabila aku dapati tiada bau hapak atau hamis. Sri Lankan wangi-wangi semua. Cuma wangi diaorang takda la sama flavour dengan wangi kita. Hehe.
Kebetulan ada pasar malam di stesen kereta api Negombo. Tiada apa menarik dimata aku.
Pekena dinner seround di Restoran Raheemiya. Ini namanya Chicken Kottu. Sebenarnya ala-ala Maggi Goreng. Pedas dan kena dengan lidah melayu.
Selepas dinner kami call uber dan pulang ke bilik. Berakhir hari kedua..... Bersambung

# bercuti di sri lanka # pengembaraan di sri lanka # cuti cuti sri lanka # tuk tuk sri lanka # tips ke sri lanka
Share:

22 January 2017

Redah 3.0 : Sri Lanka - Day 1 Negombo


Aku bertolak ke KLIA menaiki aerobus dari Paradigm Mall. Tak jauh dari rumah aku di Lembah Subang. Pukul 5 petang aku dah gerak sebab bajet nak lepak dengan AJ dulu di KLIA2 (tiket Malindo Air aku naik di KLIA manakala tiket Airasia Aj naik di KLIA2 ). Tiket bas aku beli online dan kalau tak silap aku beli online Rm11 berbanding Rm12 dikaunter. Apapun jauh lebih murah dari ERL yang berharga Rm55. Kalau nak beli online perlu dibeli 24 jam sebelum masa bertolak. Kalau tak, beli ja dikaunter.

Sampai KLIA2 aku pun call AJ tanya dimana sebelum AJ cakap dia pergi Cimb jap tukar kad bank. Aku pon ok kan aja dan suruh jumpa depan OldTown White Coffee. Lama gak aku tunggu Aj tak sampai2, jadi aku call Aj cakap yang aku nak ke Maybank kejap. Tak lama kemudian AJ call aku cakap dia ada Maybank tapi aku dimana. Aku pun cakap di Maybank tapi tak nampak lak budak AJ ni. Jadi atas firasat AJ ke Maybank yang lain, aku set suruh jumpa depan Oldtown semula.

Sampai kat Oldtown, aku call AJ tanya dimana. Dia jawab depan Oldtown. Aku pon cari sekeliling dan tak jumpa batang hidung budak AJ. Pulak. Aku pun try ingat mungkin ada Oldtown lain di KLIA2 ni tapi tak perasan langsung dimana. Ntah macam mana aku teringat nak tanya “Hang kat airport mana ni AJ” Dia jawab “KLIA”. Hampeh. Patut tak berjumpa. Dia kat Oldtown KLIA yang aku kat Oldtown KLIA2. Rupanya dia ada whatapps aku sebelum tuh cakap dia nak pergi KLIA kat aku.

Berapa kerat ja Malaysian
Aku berlepas dari KLIA pada pukul 11.40 malam selepas delay kira-kira sejam. AJ sudah berlepas 2 jam sebelum tu. Alhamdulillah rezeki dapat duduk di seat paling hadapan selepas ruangan business class dimana ruang kakinya lebih luas. Lagi best seat sebelah aku kosong jadi bertambah selesa perjalanan aku. Dalam flight ada 5-6 orang ja aku rasa Malaysian, yang lain majoritinya orang sana dan beberapa kerat mat salleh.

Antara dua kasta
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3jam 30 minit tak terasa dengan aku menghabiskan masa menonton filem Indon “ Ketika Tuhan Jatuh Cinta”. Best gak cerita indon ni. Boleh nampak beza kualiti jalan cerita filem dan skrip mereka berbanding filem Malaysia yang terlalu tipikal. Lagipun aku suka aktor dia yang turut berlakon filem Habibie & Ainun.

Jam 11.40 malam waktu tempatan (sini lewat 2jam 30minit dari Malaysia) aku pon tiba di Bandaranaike International Airport. Kesian AJ yang dah 2 jam menanti aku. Patutnya dia tunggu aku barang sejam sahaja tapi dah flight aku delay makan jadi lah 2 jam.

Nak lagi kesian, dia bagitau aku yang dia kena game dengan cashier café di airport. Dia cakap dia masih blur pasal tukaran matawang dan bayar guna Usd manakala cashier pulangkan semula pakai Sri Lankan Rupee.  Lepas dia kira congak semula baru dia sedar dia kena overcharge.

Jadi aku tanya berapa yang dia kena charge untuk secawan kopi. Dia cakap RM80. WTFF ?????!! Tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan pujuk dia dengan mengatakan mungkin dia ter-order kopi Luwok kot.

Bandaranaike International Airport
Mujurlah di Sri Lanka sudah wujud servis Uber, maka kami naik Uber aja dari airport ke tempat peningapan kami selama 2 hari di Negombo iaitu King Fish Guest house. Untuk pengetahuan, airport antarabangsa Sri Lanka terletak di Negombo, kira-kira 40 Km dari ibu Negara Sri Lanka, Colombo. Uber lak hanya beroperasi di bandar Negombo dan Colombo sahaja. Di Negombo pun ada dalam 4-5 buah yang beroperasi.

# bercuti di sri lanka # pengembaraan di sri lanka # cuti cuti sri lanka # tuk tuk sri lanka # tips ke sri lanka

Share:

Redah 3.0 : Sri Lanka - Overview

Tiket untuk ke Sri Lanka aku dah beli kira-kira 4 bulan sebelum masa bertolak. Macam trip-trip sebelum ni, aku main beli aja tiket sewaktu promosi sebelum gamble kalau kena gaya, aku akan pergi. Yang pasti aku pilih ke sana pada bulan Januari sebab ia bukan musim hujan. Aku pilih ke sana selama 9 hari iaitu dari 13hb Januari 2017 sehingga 21 Januari 2017. Sebenarnya aku main ambik aja 9 hari sebab jenis aku, beli dulu baru plan kemudian. Haha. 

Kenapa Sri Lanka? Antaranya sebab sudah tentu kerana tiket yang kena dengan bajet, kedua kerana aku baca ada agak ramai penduduk Muslim di sana bermakna senang nak dapat makanan Halal dan ketiga kerana aku baru tahu akan kewujudan komuniti Melayu disana. Selain itu sudah pasti kerana Sri Lanka mempunyai tempat tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati.Btw, aku peminat subjek Sejarah.

Sepatutnya seperti trip Redah 1.0 dan Redah 2.0 aku sebelum ni, aku plan travel disana secara solo namun last minute, member aku budak AJ cakap nak join maka jadilah trip berduo. Bagus gak berduo ni, atleast ada teman bergembira dan berduka kalau apa2. Haha. Untuk pengetahuan, kami pernah berbackpacking berdua sebelum ni time trip Siem Reap-Bangkok.

Disebabkan AJ beli tiket 2 minggu sebelum bertolak, maka kami naik flight berasingan tetapi masa lebih kurang. Aku ambik Malindo Air yang bertolak yang pada jam 10.25 malam manakala AJ ambik AirAsia yang gerak jam 9.00 malam.

Untuk ke Sri Lanka, warganegara Malaysia memerlukan visa. Visanya boleh apply online dengan kadar $30 dan hanya mengambil masa tak sampai 30 minit untuk diluluskan. Kalau yang terlupa tuh tara hal. Boleh apply visa on arrival tapi makan masa la nak beratur dan harga pun dah lain.
Sebenarnya selepas berpengalaman menyewa motosikal di Indonesia sewaktu Redah 2.0 dan trip ke Bandung yang lepas, aku rasa lebih seronok dan mudah pula untuk travel secara bermotosikal berbanding menggunakan kenderaan awam. Jadi sebelum membeli tiket ke Sri Lanka, aku dah research dan confirm-kan kebarangkalian menyewa kenderaan disana.

Pada mulanya memang aku plan untuk menyewa motosikal tapi bila AJ cakap nak join, maka aku melihat pada pilihan yang lebih unik untuk mengembara bumi Sri Lanka iaitu dengan menyewa sebuah tuk tuk.  Untuk pengetahuan, tuk tuk merupakan kenderaan kebanyakan rakyat marhaen Sri Lanka, bukan sekadar pengangkutan awam, maka untuk menyewa satu adalah possible.

Setelah research serba sedikit akan syarikat - syarikat sewa kenderaan di sana, aku pun menghubungi salah satu syarikat sewa kenderaan iaitu ClubShaLanka. Di TripAdvisor ada reaksi pelbagai berkenaan syarikat ni tapi aku gamble aja sebab aku dapati ulasan positif lebih banyak dari negatif.

Selepas bertukar email, maka aku dimaklumkan tiada masalah untuk aku menyewa sebuah tuktuk. Apa yang aku perlukan adalah lesen memandu antarabangsa dan surat kelulusan Automobile Association Ceylon (lebih kurang AAM di Malaysia). Tuh ja. Dan berkenaan lesen memandu lak, memang lesen memandu Malaysia B2 sudah cukup untuk membenarkan kita memandu sebuah motosikal roda tiga aka Tuk tuk.

Ni lesen memandu antarabangsa aku yang ada B2 dan D. Aj berlesen B2 jugak tapi takda cop
NOT EXCEEDING 250cc tuh maka ada kemungkinan boleh bedal bawak lebih 250cc.

Tetapi bagi mereka yang nak menyewa, lihat juga jenis tuktuk yang anda nak sewa sebab ada sesetengah tuktuk modelnya bersesaran lebih dari 250cc jadi kemungkinan anda memerlukan lesen B Full. Macam aku, pihak ClubShaLanka dah maklumkan tuktuk mereka adalah model Bajaj Re petrol yang berkapasiti 200cc.(kalau model bajaj Re Dieasel berkapasiti 400ccc)

Bagi kos sewa pulak, sebuah tuktuk disewakan pada kadar usd20 sehari dengan jarak batuan terhad kepada 100km sehari. Lebihan jarak perbatuan dikira dengan kadar 20 rupee per Km. Deposit pula adalah sebanyak usd200.

Kos kelulusan AA Ceylon tuh adalah usd35 jika diuruskan oleh pihak ClubShaLanka tetapi kalau kita pergi buat sendiri tak silap aku dalam usd15. Tetapi sebenarnya aku rasa benda ni macam tak perlu pun berdasarkan pembacaan aku di internet. Kalau pihak penyewa anda tak suruh buat, aku syorkan tak payah la buat memandangkan dari pengalaman forumer TripAdvisor dan pengalaman aku sendiri ketika ditahan polis sana, mereka tak mintak tengok pun. Banyak tuh Usd35!

Apapun try bagi confirm agar jika berlaku kemalangan atau apa-apa tiada masalah berbangkit terutamanya dari segi tuntutan insurans. Untuk Insurans peribadi, aku ambik dari etiqa takaful travel plan secara online. ( kalau yang Muslim tuh ambik lah insurans takaful, bukan konvesional )

Mula mula Suranga, pemilik ClubShaLanka mintak aku poskan wang pemprosesan AA Ceylon pakai WesternUnion namun kebetulan WesternUnion kat sini tengah server down hampir seminggu maka dia cakap dia caya kat aku dan suruh bayar time ambil kenderaan nanti. Jimat Rm50 untuk kos  transfer di  WesternUnion
.
Sebenarnya aku hanya menjalankan research tentang itinerary Redah 3.0 ni kira-kira 3 hari sebelum bertolak walaupun tiket dah beli berbulan awal. Dari segi sewa kenderaan aku deal sebulan sebelum bertolak. Lagipun jenis aku, kalau terlalu over research pun tak best jugak sebab semua benda dah boleh di jangka.

Map perjalanan kami dalam Redah 3.0

Masa berganti masa, maka hari dinantikan pun tiba………… bersambung

# bercuti di sri lanka # pengembaraan di sri lanka # cuti cuti sri lanka # tuk tuk sri lanka # tips ke sri lanka

Share:

24 November 2016

Redah Bandung 2016

Kalau dicampur tolak ini merupakan kali ketiga aku ke Bandung. Pertama kali datang sebagai turis bersama keluarga, kali kedua sebagai solo backpackers dan kali ni sebagai separa pelancong separa backpackers bersama isteri.

Kalau dulu sewaktu backpackers aku menginap di Chez Bon Hostel Braga, kali ni berdua up sikit ke Favehotel Braga. Nak kata best sangat Braga pon tak juga cuma kali ni aku still pilih Braga kerana nak ke Pasar Baru yang berdekatan.

Day 1 

Kesilapan pertama aku dalam trip kali ni adalah untuk overnight di KLIA2. Aku sangka mudah nak bergelimpangan macam zaman LCCT dulu rupanya makin moden Airport makin susah nak buat perangai cenggitu. Flight pukul 6.00 pagi maka tidurnya hanya sempat lelap time dalam flight setelah hampir 24jam tak tidur.

Sepanjang kami disana, menjelang petang saja hujan lebat mula akan turun sehingga ke malam
Alhamdulillah sampai Bandung terasa segar pulak. Lepas check in terus menapak ke Pasar Baru. Tujuan hanya untuk recce aja tengok suasana dan hafal kedai sebelum balik qada tidur. Lepas asar kami keluar dinner di Restoran Braga Punya Cerita diseberang Hotel. Kedai cantik dan yang penting harganya masih murah. Kebetulan hujan turun, maka mahu tak mahu kena sambar payung di Indomaret. Lepas dinner kami naik Grabcar ke Factory Outlet(FO) Jalan Dago. Memandangkan hujan harga Grab jadi mahal Rp40,000 berbanding waktu balik yang hanya kos Rp11,000. Masuk kali ketiga datang dah tak berapa excited lak masuk FO.

Salah satu makanan spesel kat bandung adalah "apam balik". Yang ni versi nipis dan rangup.
Sedap gila. Dah lupa nama kedai.
DAY 2

Pukul 8.00 pagi aku berjumpa dengan Mas Irwandi dari RentalJuara.com yang sudah siap terpacak depan hotel. Kat sini aku sewa motor dengan kos Rp210,000 untuk 2 hari. Mas Irwandin ada bagitau yang kalau parking ditempat yang ada 'penjaga' tuh kasi la upah dalam rp1000 atau rp2000.
Awalnya aku plan nak terus ke FO Cihampelas tapi menurut Mas Irwandi masih terlalu awal dan cadangkan aku ke tempat perlancongan alam, Dusun Bambu.

Pada mulanya aku nak ke tempat cenggitu petang sikit tapi tepat sekali pilihan untuk kesana pada waktu pagi sebab trend cuaca sepanjang aku datang bandung petang dan malam selalu hujan.

DUSUN BAMBU

Dusun Bambu terletak kira kia 18 km dari Kota Bandung. On the way ke sana terjumpa sebuah kedai makan yang meriah maka singgah sebentar untuk sarapan pagi.

Lontong, Bubur ayam dan sate apa nama ntah, yang rupanya sate lemak ayam.Err.
Setiap inci jalan ke Dusun Bambu meriah dengan kedai kedai dan rumah orang maka takda la lalu hutan atau pemandangan memukau.

Tiket masuk dusun Bambu beharga rp20,000 seorang dan free air mineral ketika pulang. Suasana di Dusun Bambu tersangatlah tenang dan nyaman dan landskap yang memukau. Aku rasa kalau dulu aku study week disini confirm, score 4flat.

Salah satu seksyen dalam Dusun Bambu
Dusun Bambu ni taklah luas mana boleh menapak aja ke beberapa lokasi disini. Tak banyak aktiviti disini melainkan makan dan menikmati landskap. Sesuai untuk merasa merehatkan minda.

CIHAMPELAS

Selepas puas menikmati pemandangan di Dusun Bambu, kami bergerak ke Cihampelas. Terdapat banyak kawasan FO di Bandung dan Cihampelas salah satunya. Bagi aku, aku lebih suka FO di sekitar Dago kerana lebih menarik berbanding Cihampelas yang agak old skool. Kebetulan Jalan Cihampelas tengah di renovate maka memang berdebu sikit.

Macet di Jalan Cihampelas
PENIAGA JALANAN

Di Cihampelas agak 'semak' dengan peniaga jalanan yang kerja muncul menjual pelbagai jenis barang seperti keychain dan fridge magnet. Takpalah diaorang sekurang kurang mencari rezeki yang halal dan tidak memaksa. Dalam banyak banyak peniaga, aku tak boleh terima bila ada seorang brader ni datang jual raket badminton. Haha. Macam tak kena ja barang yang nak jual dekat turis. Barangkali dia perlu ikuti seminar 'Dr' Azizan.

Lain dari CihampelaS, di Pasar Baru peniaga jalanannya lebih memaksa. walau dikata tidak mahu mereka tetap akan memujuk dan mengambil masa untuk blah. Memang agak annoying terutamanya bila kita tengah bernego dengan peniaga kedai mereka ni datang menyelit hulur itu ini. Aku ada gak beli air dari bebudak ni cuma tak pasal mineral yang kat luar dalam rp3000 jadi rp10,000 disini.
Malam hari kedua kami hanya berjalan disekitar Braga memandangkan isteri aku tak berapa sedap perut. Lepak dinner di gerai food truck berhadapan hotel xxx . Makanan yang dijual semua jenis western. Harga dah macam sama naik dengan cafe.

Day 3

BUKIT MOKO / PUNCAK BINTANG

Aku tahu Tentang kewujudan tempat ni dari rancangan travel Indonesia, Jalan Jalan Men. Sebenarnya sewaktu kali ke 2 ke Bandung dulu lagi aku dah teringin nak kesana, tapi memandangkan tiada servis public transport untuk ke sana maka aku batalkan niat. Ia terletak lebih kurang km dari Kota Bandung. Pada asalnya plan nak layan sunset disini tetapi selepas melihat trend hujan dipetang hari maka kami ambil keputusan ke sana pada waktu pagi.


Perjalanan pada mulanya bersuasanakan kawasan pekan sebelum melalui kawasan kejiranan dan akhirnya melalui kampung-kampung kecil. Boleh dikatakan jalan dia banyak lurus mendaki 45darjah berbanding jalan je Dusun Bambu yang berbengkang bengkok.

Sejuk sampai ke tulang
Dalam perjalanan kami berselisih dengan ramai geng-geng basikal yang mengayuh menuju ke sana. Respek aku pada mereka sebab motor kami pun dah semput nak naik bukit yang curam tuh apatah lagi nak mengayuh.

Di Puncak Bukit Moko terdapat warung - warung makanan maka tak perlu risau kalau perut lapar. Kami bersarapan disana pada pagi itu. Bagi aku, yang menarik disini adalah view kawasan tanah tinggi dan view hutannya. dikhabarkan yang tempat ini dibuka 24 jam dan pelawat boleh berkhemah disini. Selain itu perjalanan yang sedikit adventure untuk ke sini turut memberi kepuasan. Bagi aku part naik ok, cuma bila part nak turun yang jenuh nak tarik brek sebab laluan lurus curam ja. Kebetulan brek belakang motor sewaan ni tak berapa nak makan, memang kena extra berhati hati.

Dah sampai puncak. Even kereta pun boleh sampai tapi jalan sempit dan
berlubang tetambah bila nak dekat2 puncak
Suasana hutan di Bukit Moko. Boleh tengok #bukitmoko #puncakbintang untuk gambar sempoi

View dari kedai makan. Port orang bergambar di sana
Pemandangan Kota Bandung dari Bukit Moko, 1140m dari paras laut

PASAR BARU

Pulang dari Bukit Moko kami terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu pasar baru. Disebabkan hari pertama kami dah recce sikit-sikit tempat ni maka tugasan membeli belah hari ni jadi makin mudah.

Bagi aku mungkin berkat pengalaman travel ni membuatkan aku mudah nak hafal balik laluan kedai-kedai. Bagi mereka yang ada tourist guide memang mudah part ni sebab dari pengalaman pembacaan aku mengatakan tourist guide disini dah mahir selok belok kedai yang menawarkan harga terendah. Macam kami memang main terjah dan tawar menawar seperti biasa aja lah.

Neraka bagi lelaki, syurga bagi wanita
Hasil pemerhatian aku memang barang disini murah walaupun harga sebelum diskaun. Haha. Jadi bila nak diskaun pon aku tak berkira nak push sangat. 

KARTIKA SARI

Selepas pasar baru kami pulang ke hotel berehat dan membersihkan diri. Dah masam semacam dengan bau asap kenderaan campur peluh menapak turun naik pasar baru. Next destination adalah Kartika Sari. Sesetengah orang kata kalau tak ke Kartika Sari macam tak sah ja datang Bandung. Kalau di Sarawak ada kek lapis Sarawak, kat sini Kartika Sari lah simbol kota Bandung. 

Aku sebenarnya tak minat sangat nak makan kek2 lapis atau apa ni cuma waktu trip kali ke 2 dulu aku pernah ke sini dan beli kek dia maka terus teringat sampai sekarang. Cuma kali ni aku dah lupa kek yang mana satu aku beli dulu.

Yang aku hangin sikit sini adalah bila jurujual dikaunter jawab secara sembereno aja bila ditanya bab suggestion dan harga. Maka aku bantai ambik dan salah faham bab harga. Rupanya kek ala2 kek lapis tuh harganya rp160,000 bukan rp58,000 macam aku paham. Maka terlopong lah time cashier hulur tangan mintak duit. Yang frustnya rupanya kek yang aku suka tuh cheese brownies dia yang hanya berharga rp58,000 tuh. Nasib badan.

MENUNGGANG MOTOSIKAL DI BANDUNG

Kalau tak kerana aku bawak bini aku mungkin aku pilih untuk menapak berbanding menyewa motor tapi pada akhirnya bagi aku, ia adalah satu pilhan yang tepat. Dengan menyewa motor membuatkan kebanyakan destinasi mudah dicapai dan lebih fleksibel dalam mengatur perjalanan selain lebih mudah untuk meneroka Kota Bandung. Dengan tersilap jalan telah membawa kepada penemuan tempat tempt makan dan cafe yang awesome.

Dari segi sikap pemandu kat sini, pada mulanya agak serabut dengan kereta dan motor yang banyak namun pemandu disini agak berhemah dan bertoleransi tinggi. Cuma yang aku tak berapa nak paham part traffic light. Kekadang boleh dikatakan semua traffic light hijau serentak. Haha. Apapun aku main follow aja penunggang lain. Bagi yang risau isu ni bagi aku takdalah bahaya sangat cuma perlu sentiasa peka.

JALAN SULTAN AGUNG

Sebenarnya tujuan utama aku Bandung adalah nak shopping pakaian local brand streetwear yang terletak di Jalan Sultan Agung ni. Aku tahu tempat ni lepas tengok rancangan Destinasi Bajet yang dihoskan Qi Razali. 

Sewaktu trip kali ke2 dulu aku dah borong sakan disini maka trip kali ni sebenarnya sambungan acara penborongan tersebut. Tapi nak jadi cerita, duit aku pon dah makin nipis entah kemana ditambah hujan lebat dan tangan pon dah penuh dengan plastik berisi kek Kartika Sari maka shopping aku tak berapa nak meriah. Menyesal pon ada bila fikir balik tak kesini awal2 time Day 1 aritu.

Time aku pergi tuh dah malam ditambah hujan agak lebat, maka aku tempek gambar
yang aku tangkap tahun 2014 dulu sewaktu REDAH 2.0

Day 4

Flight kami harini pada pukul 11 pagi jadi tiada apa sangat aktiviti hari ni melainkan bersarapan dan terus pulang ke hotel untuk check out. Till we meet again Bandung.

Sarapan jalanan


Share: