Kalau dicampur tolak ini merupakan kali ketiga aku ke
Bandung. Pertama kali datang sebagai turis bersama keluarga, kali kedua
sebagai solo backpackers dan kali ni sebagai separa pelancong separa
backpackers bersama isteri.
Kalau dulu sewaktu backpackers aku menginap di Chez Bon
Hostel Braga, kali ni berdua up sikit ke Favehotel Braga. Nak kata best
sangat Braga pon tak juga cuma kali ni aku still pilih Braga kerana nak
ke Pasar Baru yang berdekatan.
Day 1
Kesilapan pertama aku dalam trip kali ni adalah untuk overnight di KLIA2. Aku sangka mudah nak bergelimpangan macam zaman LCCT dulu rupanya makin moden Airport makin susah nak buat perangai cenggitu. Flight pukul 6.00 pagi maka tidurnya hanya sempat lelap time dalam flight setelah hampir 24jam tak tidur.
Sepanjang kami disana, menjelang petang saja hujan lebat mula akan turun sehingga ke malam |
Salah satu makanan spesel kat bandung adalah "apam balik". Yang ni versi nipis dan rangup. Sedap gila. Dah lupa nama kedai. |
Pukul 8.00 pagi aku berjumpa dengan Mas Irwandi dari
RentalJuara.com yang sudah siap terpacak depan hotel. Kat sini aku sewa
motor dengan kos Rp210,000 untuk 2 hari. Mas Irwandin ada bagitau yang
kalau parking ditempat yang ada 'penjaga' tuh kasi la upah dalam rp1000
atau rp2000.
Awalnya aku plan nak terus ke FO Cihampelas tapi
menurut Mas Irwandi masih terlalu awal dan cadangkan aku ke tempat
perlancongan alam, Dusun Bambu.
Pada mulanya aku nak ke tempat cenggitu petang sikit tapi
tepat sekali pilihan untuk kesana pada waktu pagi sebab trend cuaca
sepanjang aku datang bandung petang dan malam selalu hujan.
DUSUN BAMBU
Dusun Bambu terletak kira kia 18 km dari Kota Bandung. On the way ke
sana terjumpa sebuah kedai makan yang meriah maka singgah sebentar untuk
sarapan pagi.
Setiap inci jalan ke Dusun Bambu meriah dengan kedai kedai dan rumah orang maka takda la lalu hutan atau pemandangan memukau.
Lontong, Bubur ayam dan sate apa nama ntah, yang rupanya sate lemak ayam.Err. |
Tiket masuk dusun Bambu beharga rp20,000 seorang dan free
air mineral ketika pulang. Suasana di Dusun Bambu tersangatlah tenang
dan nyaman dan landskap yang memukau. Aku rasa kalau dulu aku study week
disini confirm, score 4flat.
Dusun Bambu ni taklah luas mana boleh menapak aja ke
beberapa lokasi disini. Tak banyak aktiviti disini melainkan makan dan
menikmati landskap. Sesuai untuk merasa merehatkan minda.
Salah satu seksyen dalam Dusun Bambu |
CIHAMPELAS
Selepas puas menikmati pemandangan di Dusun Bambu, kami
bergerak ke Cihampelas. Terdapat banyak kawasan FO di Bandung dan
Cihampelas salah satunya. Bagi aku, aku lebih suka FO di sekitar Dago kerana lebih
menarik berbanding Cihampelas yang agak old skool. Kebetulan Jalan
Cihampelas tengah di renovate maka memang berdebu sikit.
Macet di Jalan Cihampelas |
PENIAGA JALANAN
Di Cihampelas agak 'semak' dengan peniaga jalanan yang
kerja muncul menjual pelbagai jenis barang seperti keychain dan fridge
magnet. Takpalah diaorang sekurang kurang mencari rezeki yang halal dan
tidak memaksa. Dalam banyak banyak peniaga, aku tak boleh terima bila
ada seorang brader ni datang jual raket badminton. Haha. Macam tak kena
ja barang yang nak jual dekat turis. Barangkali dia perlu ikuti seminar
'Dr' Azizan.
Lain dari CihampelaS, di Pasar Baru peniaga jalanannya
lebih memaksa. walau dikata tidak mahu mereka tetap akan memujuk dan
mengambil masa untuk blah. Memang agak annoying terutamanya bila kita
tengah bernego dengan peniaga kedai mereka ni datang menyelit hulur itu
ini. Aku ada gak beli air dari bebudak ni cuma tak pasal mineral yang
kat luar dalam rp3000 jadi rp10,000 disini.
Malam hari kedua kami hanya berjalan disekitar Braga
memandangkan isteri aku tak berapa sedap perut. Lepak dinner di gerai
food truck berhadapan hotel xxx . Makanan yang dijual semua jenis
western. Harga dah macam sama naik dengan cafe.
Day 3
BUKIT MOKO / PUNCAK BINTANG
Aku tahu Tentang kewujudan tempat ni dari rancangan travel
Indonesia, Jalan Jalan Men. Sebenarnya sewaktu kali ke 2 ke Bandung dulu
lagi aku dah teringin nak kesana, tapi memandangkan tiada servis public
transport untuk ke sana maka aku batalkan niat. Ia terletak lebih kurang km dari Kota Bandung. Pada asalnya
plan nak layan sunset disini tetapi selepas melihat trend hujan
dipetang hari maka kami ambil keputusan ke sana pada waktu pagi.
Perjalanan pada mulanya bersuasanakan kawasan pekan sebelum
melalui kawasan kejiranan dan akhirnya melalui kampung-kampung kecil.
Boleh dikatakan jalan dia banyak lurus mendaki 45darjah berbanding jalan
je Dusun Bambu yang berbengkang bengkok.
Sejuk sampai ke tulang |
Di Puncak Bukit Moko terdapat warung - warung makanan maka
tak perlu risau kalau perut lapar. Kami bersarapan disana pada pagi itu. Bagi aku, yang menarik disini adalah view kawasan tanah
tinggi dan view hutannya. dikhabarkan yang tempat ini dibuka 24 jam dan
pelawat boleh berkhemah disini. Selain itu perjalanan yang sedikit
adventure untuk ke sini turut memberi kepuasan. Bagi aku part naik ok, cuma bila part nak turun yang jenuh
nak tarik brek sebab laluan lurus curam ja. Kebetulan brek belakang
motor sewaan ni tak berapa nak makan, memang kena extra berhati hati.
Dah sampai puncak. Even kereta pun boleh sampai tapi jalan sempit dan berlubang tetambah bila nak dekat2 puncak |
Suasana hutan di Bukit Moko. Boleh tengok #bukitmoko #puncakbintang untuk gambar sempoi |
View dari kedai makan. Port orang bergambar di sana |
Pemandangan Kota Bandung dari Bukit Moko, 1140m dari paras laut |
PASAR BARU
Pulang dari Bukit Moko kami terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu pasar baru. Disebabkan hari pertama kami dah recce sikit-sikit tempat ni maka tugasan membeli belah hari ni jadi makin mudah.
Bagi aku mungkin berkat pengalaman travel ni membuatkan aku
mudah nak hafal balik laluan kedai-kedai. Bagi mereka yang ada tourist
guide memang mudah part ni sebab dari pengalaman pembacaan aku
mengatakan tourist guide disini dah mahir selok belok kedai yang
menawarkan harga terendah. Macam kami memang main terjah dan tawar
menawar seperti biasa aja lah.
Hasil pemerhatian aku memang barang disini murah walaupun
harga sebelum diskaun. Haha. Jadi bila nak diskaun pon aku tak berkira
nak push sangat.
Neraka bagi lelaki, syurga bagi wanita |
KARTIKA SARI
Selepas pasar baru kami pulang ke hotel berehat dan
membersihkan diri. Dah masam semacam dengan bau asap kenderaan campur
peluh menapak turun naik pasar baru. Next destination adalah Kartika Sari. Sesetengah orang kata
kalau tak ke Kartika Sari macam tak sah ja datang Bandung. Kalau di
Sarawak ada kek lapis Sarawak, kat sini Kartika Sari lah simbol kota
Bandung.
Aku sebenarnya tak minat sangat nak makan kek2 lapis atau
apa ni cuma waktu trip kali ke 2 dulu aku pernah ke sini dan beli kek
dia maka terus teringat sampai sekarang. Cuma kali ni aku dah lupa kek
yang mana satu aku beli dulu.
Yang aku hangin sikit sini adalah bila jurujual dikaunter
jawab secara sembereno aja bila ditanya bab suggestion dan harga. Maka
aku bantai ambik dan salah faham bab harga. Rupanya kek ala2 kek lapis
tuh harganya rp160,000 bukan rp58,000 macam aku paham. Maka terlopong
lah time cashier hulur tangan mintak duit. Yang frustnya rupanya kek
yang aku suka tuh cheese brownies dia yang hanya berharga rp58,000 tuh.
Nasib badan.
MENUNGGANG MOTOSIKAL DI BANDUNG
Kalau tak kerana aku bawak bini aku mungkin aku pilih untuk menapak berbanding menyewa motor tapi pada akhirnya bagi aku, ia adalah satu pilhan yang tepat. Dengan menyewa motor membuatkan kebanyakan destinasi mudah dicapai dan lebih fleksibel dalam mengatur perjalanan selain lebih mudah untuk meneroka Kota Bandung. Dengan tersilap jalan telah membawa kepada penemuan tempat tempt makan dan cafe yang awesome.
Dari segi sikap pemandu kat sini, pada mulanya agak serabut dengan kereta dan motor yang banyak namun pemandu disini agak berhemah dan bertoleransi tinggi. Cuma yang aku tak berapa nak paham part traffic light. Kekadang boleh dikatakan semua traffic light hijau serentak. Haha. Apapun aku main follow aja penunggang lain. Bagi yang risau isu ni bagi aku takdalah bahaya sangat cuma perlu sentiasa peka.
MENUNGGANG MOTOSIKAL DI BANDUNG
Kalau tak kerana aku bawak bini aku mungkin aku pilih untuk menapak berbanding menyewa motor tapi pada akhirnya bagi aku, ia adalah satu pilhan yang tepat. Dengan menyewa motor membuatkan kebanyakan destinasi mudah dicapai dan lebih fleksibel dalam mengatur perjalanan selain lebih mudah untuk meneroka Kota Bandung. Dengan tersilap jalan telah membawa kepada penemuan tempat tempt makan dan cafe yang awesome.
Dari segi sikap pemandu kat sini, pada mulanya agak serabut dengan kereta dan motor yang banyak namun pemandu disini agak berhemah dan bertoleransi tinggi. Cuma yang aku tak berapa nak paham part traffic light. Kekadang boleh dikatakan semua traffic light hijau serentak. Haha. Apapun aku main follow aja penunggang lain. Bagi yang risau isu ni bagi aku takdalah bahaya sangat cuma perlu sentiasa peka.
JALAN SULTAN AGUNG
Sebenarnya tujuan utama aku Bandung adalah nak shopping
pakaian local brand streetwear yang terletak di Jalan Sultan Agung ni.
Aku tahu tempat ni lepas tengok rancangan Destinasi Bajet yang dihoskan
Qi Razali.
Sewaktu trip kali ke2 dulu aku dah borong sakan disini maka
trip kali ni sebenarnya sambungan acara penborongan tersebut. Tapi nak
jadi cerita, duit aku pon dah makin nipis entah kemana ditambah hujan
lebat dan tangan pon dah penuh dengan plastik berisi kek Kartika Sari
maka shopping aku tak berapa nak meriah. Menyesal pon ada bila fikir
balik tak kesini awal2 time Day 1 aritu.
Day 4
Flight kami harini pada pukul 11 pagi jadi tiada apa sangat aktiviti hari ni melainkan bersarapan dan terus pulang ke hotel untuk check out. Till we meet again Bandung.
Time aku pergi tuh dah malam ditambah hujan agak lebat, maka aku tempek gambar yang aku tangkap tahun 2014 dulu sewaktu REDAH 2.0 |
Day 4
Flight kami harini pada pukul 11 pagi jadi tiada apa sangat aktiviti hari ni melainkan bersarapan dan terus pulang ke hotel untuk check out. Till we meet again Bandung.
Sarapan jalanan |
0 Rangsangan:
Post a Comment