Hari
ke-2 kami mulakan dengan misi mencari simcard local. Kami dapatkan
simcard local dari kedai runcit yang berdekatan. Kat sini ada lima
pembekal servis perkhidmatan telekomunikasi kalau tak silap.
Memandangkan yang femes adalah Dialog dan Mobitel, AJ pun pilih Dialog
iaitu anak syarikat AXIATA manakala aku saja test Mobitel. Harga simcard
aku beserta pakej internet 1.7GB siang dan 2GB malam adalah rp700.
Kebetulan
tak jauh dari kedai runcit ada money changer, maka kami pun pakat tukar
duit masing-masing. Money Changer di Negombo Beach ni turut menerima
Ringgit Malaysia tapi aku tukar menggunakan US Dollar yang awal-awal aku
dah tukar di Malaysia.
|
Suasana jalan di Negombo Beach |
Penginapan
kami tidak disertakan bersama breakfast, jadi misi seterusnya mencari
kedai makan. Kalau diikutkan google map ada masjid berdekatan tapi
selepas sampai di masjid, kami dapati takda pun kedai makan muslim
berdekatan. Dengan bantuan seorang pak cik di masjid, ditahankan kami
tuktuk dan dimaklumkan pemandu tuktuk untuk bawak kami ke restoran
makanan Halal.
Seperti
yang aku sudah sedia maklum dari pembacaan blog mereka - mereka yang
telah berkunjung ke Sri Lanka, drebar tuk tuk selalunya akan promote
pekhidmatan mereka untuk servis tour atau akan promote-kan servis tour
orang lain dimana mereka dapat komisen. Semuanya kami tolak dengan
alasan belum bersarapan sedangkan sekarang dah pukul 12.00 tengah hari.
|
Tuk tuk ride pertama dan terakhir bersama driver di Sri Lanka |
Kami
minta pak cik tuk tuk ni bawak kami ke restoran yang berdekatan dengan
stesen bas, jadi nanti senang kami nak naik bas sebab plan nak ke
Colombo selepas makan. Kami dibawa ke Restoran Raheemiya Hotel &
Bakery. (sini hotel bermaksud restoran)
|
Brayani Chiken, Rp350 aka RM10. Brayani Malaysia win lagi cuma portion boleh makan untuk 2 orang. |
Sudah makan, kami pun keluar nak menapak ke stesen
bas yang terletak tak sampai 50 meter dari restoran. Kebetulan, time
baru keluar ada sebuah bas yang sedang bergerak nak ke Colombo, jadi
kami terus tahan dan naik.
|
Terasa
suasana 70-an. Terdapat 2 jenis bas di sini. Satu bas kerajaan yang
macam kami naik ni dan satu lagi bas syarikat swasta yang mempunyai
aircond. |
|
|
|
|
|
Perjalanan
mengambil masa lebih kurang sejam dari Negombo ke Colombo. Kami
bernasib baik dapat duduk disepanjang perjalanan sebab kalau waktu
puncak, memang ada yang terpaksa berdiri. Angin sepoi-sepoi membuatkan
mata terasa berat tambahan lepas pekena sepinggan brayani.
Kami
hanya tahu kata sudah sampai di Colombo selepas melihat semua penumpang
turun dan konduktor datang bagi isyarat sudah sampai. Bukan apa, tak
nampak pun stesen bas melainkan nampak banyak gak bas melepak kat tepi
jalan. Jadi aku tak pasti samada ini adalah stesen bas utama Colombo
atau apa.
|
Tempat kami diturunkan |
Dari situ, kami panggil Uber untuk ke National Museum
of Colombo. Sebenarnya kami pun takda plan sangat pun nak kemana mana
di Colombo ni. Main petik aja kata nak ke muzium bila tiba sebentar
tadi.
|
Inilah National Museum of Colombo, dibuka sepanjang tahun kecuali cuti umum. Nak jadi cerita hari ni rupanya cuti umum. Adeh. |
Memandangkan
muzium tutup, kami menapak aja ke taman reakreasi berhadapan dengan
muzium. Namanya Viharamahadewi Park. Ramai gak orang tempatan tengah
melepak ditaman menikmati cuti FestivalPongal, Hari Menuai Tamil. Kat
Malaysia pun disambut perayaan ni oleh orang Tamil.
Yang
bekerluaga sibuk melayan karenah anak, yang bujang sibuk menung atau
baring tidur, yang berpasangan pulak tengah sibuk memintal rambut
pasangan atau bercumbu-cumbuan. Terkejut gak aku bila tengok diaorang
slumber berpelakuan sebegitu di tempat awam.
|
Merendek |
|
Bukan buah, bukan tanglung, tetapi kelawar. Spesies apa gue tak tahu |
|
Sempat lelap 5 minit sebelum kena gigit semut |
Lepas menghabiskan masa hampir 30 minit disini, AJ
mengajak aku lepak ngeteh di Cafe berdekatan. Katanya cafe tuh ada
tersenarai dalam laman TripAdvisor dengan rating yang bagus. Kebetulan
cuaca pun tengah panas, sedap gak kalau dapat pekena air ais. Aku pun
setuju. Cafe tuh terletak lebih kurang 400 meter dari Viharamahadewi
Park.
|
Town house. Pejabat Majlis Perbandaran Colombo dan juga merupakan Pejabat Datuk Bandar. Terletak diseberang Taman. |
|
Suasana sekitar Colombo 10. Bandar Colombo terbahagi kepada beberapa bahagian. |
Cafe
Coco Veranda ni terletak berdekatan kawasan yang agak elit dimana
berhampiran pejabat - pejabat kedutaan. Maka tak hairanlah bila dicongak
darab harga secawan kopi ais bermula dari Rm20 dan keatas. Errr...
Sekurang-kurangnya lebih murah dari kopi airport Aj. Yang lepak situ pun
muka-muka ada kerlas.
|
Kedai kopi orang ada - ada |
Lepas minum kami dah takda idea nak kemana. Memang
datang ke Colombo pun tak dirancang sebab pada awalnya bajet nak ke
Colombo sewaktu hari-hari terakhir tapi disebabkan takut tak sempat,
maka kami dahulukan.
Lepas tengok jam yang dah agak
petang, kami decide untuk pulang ke Negombo. Tapi instead of naik bas,
kami pilih balik dengan kereta api kali ni. Dengan khidmat Uber yang
mudah dan efisen, kami berangkat ke stesen kereta api Fort Railway yang
terletak lebih kurang 3 km dari sini.
|
Selamat
tiba 5 minit sebelum waktu bertolak. Kami diberitahu penjaga stesen
yang train ke Negombo di platform No.2 . Tiket train berharga 75rupee
bersamaan Rm2.30. |
Stesen kereta api sesak dengan orang ramai
yang pulang dari kerja ditambah budak-budak sekolah yang turut baru
pulang dari sekolah. Memula aku rasa bertuah sebab dapat duduk didalam
train, tetapi tengah duduk menunggu train bergerak, kedengaran satu
pengumuman dibuat dalam bahasa tempatan sebelum 98% penumpang kereta api
di platform 2 turun menuju ke platform 3.
Memandangkan
boleh dikatakan semua orang turun, kami pun buat-buat faham ikut serta
menuju ke Platform 3. Waktu ni train baru tiba di platform 3. Sini boleh
nampak standard negara maju atau negara kurang maju. Bukan main berebut
nak naik gerabak sedangkan masih ramai penumpang yang nak turun.
5
minit kemudian train bergerak. Aku dan AJ ambil terpaksa berdiri sebab
tempat duduk dah penuh. Tapi waktu ni keadaan masih terkawal. Takda la
macam dalam tin sardin. Dalam dibuai angin sepoi-sepoi bahasa dari pintu
train yang terbuka, masih timbul rasa sangsi disebabkan masih ada baki
penumpang yang kekal berada dalam gerabak di Platform 2 tadi.
Lepas
hampir 30 minit bergerak, aku pon bagi isyarat kepada AJ untuk turun di
next station. Memang sah kami silap naik train selepas aku monitor
pergerakan train dari google map. Adeh. Yang nasibnya, kami baru
terlajak 2 stesyen dari arah yang sepatutnya.
0 Rangsangan:
Post a Comment