Showing posts with label Projekt V6. Show all posts
Showing posts with label Projekt V6. Show all posts

31 May 2014

Projekt V6 Updated

Dah lama kan aku tak bercerita bab kereta. Sebagai "motorhead" agak sukar nak buat - buat tak minat soal kereta bila sebenarnya minat. Tambahan pulak sekarang dah bekerjaya yang boleh la takat nak hidup, maka rasa nak beli kenderaan baru tuh memang sentiasa ada. Perasaan itu akan bertambah meluap bila kereta tua aku ni mula meragam. Namun bila ber - "Istiqamah" semula, dari aku habis duit bayar ansurans bulanan kereta lebih baik aku perabis beli tiket flight dan enjoy my life semasa di Kelompo bersama bini. Lagipun duduk di Perlis ni bukan besar mana pun. Aku travel sekadar ke opis yang jarak dalam 7 km dan ke gym yang jarak dalam 10km. Jadi dalam jangka masa sekarang memang tak berbaloi kalau difikir secara waras walaupun kekadang nafsu mula menganggu gugat kewarasan aku. Haha.

Berbalik kepada kuda tua aku ni, well, lagi 2minggu genap lah ia berusia 14 Tahun. Kalau ia adalah anak dara, kira dah mula datang period dah tuh. But seriously, kereta aku pon dah datang period. Sejak beberapa bulan ni aku perasan yang ada tompokan minyak enjin di lantai setiap hari. Tak banyak namun itu menunjukkan tanda-tanda something wrong lah tuh. Selepas check dengan pomen, ia berpunca dari gasket head yang bocor. Tapi buat masa sekarang aku senyapkan dulu sebab perkara tak serius sangat. Alang-alang nak angkat head, aku nak tukar sekali menda-menda macam spark plug dan apa bagai. Mau makan kat RM2k rasanya.

2 hari lepas aku dah keluar RM200 untuk repair starter. Itu semua kos luar jangka namun patut dijangka kepada kereta yang berusia begini. Nak jual? tak mungkin sebab aku sayang gila kat kereta ni. Dari aku tolak dan menyesal macam jual motor 125z aku dulu tuh, lebaik baik aku simpan buat kenangan di hari tua kelak. Jadi sekarang aku dah bajet-bajet nak repair menda yang betul-betul perlu dulu iaitu kebocoran ekzos dan rim yang tak berapa elok sangat dah tuh. 

Sebenarnya ekzos kereta ni dah mula dimamah usia dan berkarat, dah dua kali aku pateri dan tukang pateri pon dah pesan tak kan tahan lama dan sekarang ia mula crack semula. Kekadang ada la terasa macam kereta sport walaupun aku rasa mertua aku mesti fikir kereta aku bunyi macam bot. Sebelum ni aku pernah menggunakan sistem ekzos dari POWERZONE pada kereta Satria 1.3 aku dulu dan memang cukup berpuas hati kerana terasa peningkatan "pick up" nya. Namun kali ni aku rasa berkira-kira sikit sebab untuk enjin V6, ia memerlukan dua header instead of one untuk kebanyakan kereta jadi kos header sebijik RM470 dah kena darab dengan dua. Tuh belum masuk piping/bullet apa bagai. Jadi aku pon survey-survey di internet sebelum terjumpa EXSS Exhaust. Berdasarkan review ramai macam ok dan selepas aku tanya kepada pihak EXSS, formula mereka hanya main pada bullet dan bukannya header. Jadi aku boleh kekalkan header standard. Kira penjimatannya agak ketara di mana kalau POWERZONE mungkin menelan belanja sekitar Rm 2k dan kalau di EXSS dalam Rm1.2k sahaja. Risau jugak nak mengeksperimenkan kereta yang aku nak pakai lama ni sebab dalam kamus hidup aku mostly MAHAL TUH BERSEBAB.

Untuk rim pulak, aku sekarang pkai rim design BBS yang memang aku minat pun. Kalau duduk sesaja takdanya aku nak tukar baru. Namun baru-baru ni aku pergi buat alignment dan balancing since kereta aku akan bergegar bila bawak 120km/h keatas. Time buat balancing tuh lah brader pomen tunjuk satu rim aku tuh ada gelong sikit dan aku rasa tuh puncanya sebab memang dari area tuh aku rasa punca gegar. Disebabkan satu aja rim gelong, aku agak berbelah bahagi samada nak repair atau tukar baru. Kalau repair dalam Rm40 ja satu biji dan kalau nak tukar baru mu kat RM500-600 gak lepas trade in. Aku takut kalau repair nanti kalau still bermasalah, dikala nak trade in boleh nampak kesan repair. Ya ka? Walaupun kekadang tengok design RPF01 pun cantik jugak namun untuk penjimatan aku rasa nak gamble repair dulu.

Tuh aja yang aku rasa nak repair dalam masa terdekat walaupun kalau ikutkan banyak lagi nak kena sentuh untuk refresh semula kereta tua ni. Tapi in the end aku akan beli kereta baru jugak so tak nak la aku terlalu memperabih duit kat sini. Pelan-pelan aku nak buat. Mungkin dalam masa 3-4 tahun. Bagi aku untuk orang diluar sana, kalau nak beli kereta, better beli baru dari beli kereta yang dah berumur 5-6 tahun keatas kerana dalam tempoh tuh parts wear & tear dah mula mintak tukar. Kalau dicongak semula nanti kos beli + repair dah nak sama dengan kos beli kereta baru. Tapi statement aku ni tak diambil kira kalau nak beli kereta untuk tujuan collectable. Contohnya dari muda belia dulu memang minat Satria GTi dan sekarang baru mampu pakai dan sanggup melabur kos macam mana beli baru semata-mata nak merasa pakai kereta idaman tersebut, maka go on. Takkan menyesal.

Terkini

Tua tua pon sampai gak Krabi 



Share:

11 March 2011

08 March 2011

Cat Mengecat


Akhirnya v6 hitam dan aku telah selamat pulang ke kampung halaman dan tanpa menunggu lama , ia pun di hantar ke Zann Motor untuk kerja kerja pembedahan kosmetik.Zann motor ni terletak di Jalan seriab dan kedai dia agak tersorok melainkan papan tanda yang sudah uzur sahaja memberi tanda arah untuk masuk ke sana dari jalan besar. Zann motor jugak boleh dikatakan bengkel rasmi bab bab kerja cat mengecat untuk family aku ,dia punya hasil kerja nice dan lebih penting harganya berpatutan.Di zann motor ni ,aku selalu deal dengan brader Dan,kurus kurus orangya.

Progress .... DAY 4




Pengalaman di Zann Motor
Share:

03 March 2011

Alfa Facelit


Kereta perdana v6 yang aku warisi ni memang sudah calar balar dan kemik kemik sana sini.Memandangkan aku plan nak mengenakan cat baru pada v6 ni , aku mengambil keputusan untuk melakukan sedikit perubahan kosmetik agar menampakkan penampilan lebih segar.Setelah survey serba sedikit di kedai kedai aksesori kereta area klang,shah alam dan damansara,aku menyerahkan tender ini kepada tak lain dan tak bukan kedai Siang Sing, Dengkil. Ini bukan lah pengalaman pertama aku ke kedai ni (pengalaman di Siang Sing #1) ,dan aku pun memang pernah ada pengalaman kurang enak dengan kedai ni (pengalaman di Siang Sing #2),namun dek kerena tawaran harganya yang berpatutan berbanding kedai kedai lain ,aku bantai sahaja.Keseluruhannya ,aku tukar bumper depan+lips ,bumper belakang,bulb dan antena radio.

Untuk pengalaman kali ini servis yang diberikan disini memuaskan walaupun selepas 2-3 hari menggunakan antena radio ,kualiti ia tidak memuaskan.So,Tauke kedai ,Ah Hui memberi refund semula.Dan yang bagusnya,kedai ini menyediakan servis untuk menghantar dan mengambil pelanggan dari rumah jika servis memerlukan masa yang lama.Nicee! dan bagi sesiapa yang nak ke sini boleh deal terus dengan si Ah Hui ni sebab dia rilekss dan boleh bawak berbincang.Tak macam pekerja dia yang kerek ....




Share:

08 September 2010

Mitsubishi Eterna Ad




Iklan mitsubishi eterna di Jepun aka Proton Perdana di Malaysia . Bayangkan mitsubishi eterna dilancarkan di Jepun pada tahun 1992 dan 18 tahun kemudian masih dijual dan diguna pakai secara meluas oleh rakyat serta sebagai kenderaan rasmi kerajaan Malaysia.....


Lihat kenderaan rasmi negara lain ,bukan yang terkini namun antara yang terkini..


Share:

20 November 2009

04 November 2009

Projekt V6 : "Rearfurbished"


Lampu perdana v6 model tahun 2000 memang kelihatan sudah ketinggalan zaman.Oleh itu aku dan bapak aku (aku pasang,bapak aku bayaq) mengambil inisetif untuk menukar lampu belakang kepada lampu model terkini agar memberi sedikit nafas segar kepada imej sebuah perdana.

Lampu ini dibeli di kedai abang (brother's) Kelana Jaya. Harga dah lupa namun ia disertakan sekali dengan reflactor.Ekceli aku memang rancang untuk tukar rupa perdana ini kepada rupa alfadana namun hasil temubual dengan bekas seller proton,beliau mengatakan yang design bumper hadapan alfadana kurang aerodinamik berbanding model terdahulu kerana mempunyai bukaan yang besar dibahagian hadapan dan memberi kesan rintangan ketika memandu didalam keadaan laju.Ini ada logiknya.

Namun antara sebab utama aku jadi tidak berminat ialah kerana semakin bersepah perdana terutama model SEi yang bertukar kepada design alfadana,Jadi aku ambil keputusan untuk kekalkan design model asal untuk memberi sedikit kelainan.

Proses penukaran aku lakukan secara DIY dirumah .Mula mula memang aku tak planning nak tukar sendiri namun selepas diteliti,ia tidak sukar dilakukan.Cuma part yang agak sukar pun bila nak buka skru reflactor sebab dia kedalam sedikit.So kepada mereka yang ingin menukar,aku syorkan buat sendiri sahaja.Jimat Kos.


Share:

22 September 2009

Projekt v6 - Reborn part 2

Perdana v6 merupakan keseinambungan perdana sei yang dikeluarkan dari tahun 1995 dan merupakan rebrand model mitsubishi eterna.Bernadikan enjin 6a12 v6,Perdana v6 merupakan sebuah jentera cruiser yang mantap untuk dilanyak dimana mana lebuhraya.Umum telah tahu yang Perdana v6 terkenal dengan masalah gearboxnya terutamanya model sebelum berfacelit kan alfadana.Namun dengan pemasangan sistem ATF keatas gearbox perdana terbaru,masalah ini dijangka selesai.

Berbalik kepada Perdana v6 milik bapak aku,ia merupakan model terawal v6 keluaran Proton yang dikeluarkan pada tahun 2000.Walaupun dilahirkan pada tahun 2000 tanpa ATF dan genap berusia 10tahun pada tahun hadapan,kereta Perdana v6 ni masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah gearbox.Seingat aku,problem yang terjadi pun cermin jatuh sekali tuh pun terjadi pada 2tahun lepas.Namun beberapa bulan lepas,kereta ni mula mengeluarkan asap putih disebabkan kebocoran minyak pelincir akibat penggunaan alat ganti tidak tulen.

So pilihan sekarang samada ada untuk overhaul enjin ataupun terus transplant enjin daripada halfcut.Namun kedua dua mempunyai pro dan kontra.Enjin asal masih lagi dalam keadaan baik namun kos untuk membaiki agak mahal.Manakala enjin halfcut ada model yang lebih power namun kondisi boleh menjadi lebih teruk dari enjin asal.Sekarang bab enjin masih survey survey dikedai halfcut samada masukkan enjin 6a12 N/A daripada eterna ataupun versi turbo 6a12tt .


Ni kedai halfcut yang aku lawat kat Seriab,Perlis




Kedai halfcut di Jitra ,Kedah

Sekarang selepas terbengkalai sejak beberapa bulan memandangkan bapak aku dah angkat kereta baru,maka Projekt membaikpulih kereta tua ini akan bermula secara perlahan lahan.Banyak gila projek aku nak kena handle,mana projek kereta aku lagi,projek skuter lagi lama,projek skuter baru,projek cat pagar,projek syelek pondok...busi2..



Share: