Dah lama aku kata nak tulis sikit review tentang kereta
Proton Iriz1.6 Premium yang sudah dimiliki lebih kurang 1bulan lebih ni.
Kalau ikutkan dah banyak review komprehensif dilaman web permotoran
tapi paham2 lah, mereka tuh pandu uji selama beberapa jam aja pon + kang
kritik teruk2 terus tak dijemput untuk pandu uji model seterusnya pulak
kan. So disini aku nak bagi review dari sudut pemilik.
Tak payah lah aku nak cerita satu persatu bab spesifikasi
dan features yang ada pada kereta ni, yang tuh boleh tengok dilaman web
permotoran seperti paultan. Aku akan simplekan aja review berdasarkan
The good & The Bad
THE GOOD
1. Rekabentuk
Soal rekabentuk merupakan satu soal subjektif sebenanrnya bak kata pepatah yang hampir ada kena mengena 'rambut sama hitam, hati lain' kan. Bagi aku rekabentuk Proton Iriz ni memang cun. Setanding rekabentuk jenama besar yang lain. Lagi satu Proton Iriz ni kalau tengok nampak kecil tapi bila parking sebelah kereta sedan baru nampak saiznya yang sebenarnya agak lebar.
2. Features
Bagi spec Premium, features yang ditawarkan memang banyak setaraf kereta Honda CRV full spec orang tua aku. Apa yang aku suka dan nampak berguna adalah lampu DRL, auto flip side mirror, reverse camera, keyless entry, kerusi kulit, charger USB dan GPS. Berbanding GPS kereta myvi 1.5 SE adik aku, GPS Proton lebih banyak fungsi dan nama2 tempat. Masih kureng berbanding Garmin atau Papago tapi memuaskan. Selain dari itu adalah 6 airbags, Abs, ESP sekian2 yang aku rasa orang tak amik kisah sangat pun.
Bagi spec Premium, features yang ditawarkan memang banyak setaraf kereta Honda CRV full spec orang tua aku. Apa yang aku suka dan nampak berguna adalah lampu DRL, auto flip side mirror, reverse camera, keyless entry, kerusi kulit, charger USB dan GPS. Berbanding GPS kereta myvi 1.5 SE adik aku, GPS Proton lebih banyak fungsi dan nama2 tempat. Masih kureng berbanding Garmin atau Papago tapi memuaskan. Selain dari itu adalah 6 airbags, Abs, ESP sekian2 yang aku rasa orang tak amik kisah sangat pun.
3.Harga
Dengan pelbagai features bagi aku harga yang ditawarkan amat berpatutan. Cuba compare tengok kenderaan yang ada features sebegitu berapa harga dipasaran berbanding Proton Iriz ni.
Dengan pelbagai features bagi aku harga yang ditawarkan amat berpatutan. Cuba compare tengok kenderaan yang ada features sebegitu berapa harga dipasaran berbanding Proton Iriz ni.
The Bad
1. Kualiti pemasangan
Sebelum aku nak komen bab ni, anggap lah saja yang mungkin aku tak bernasib baik gamaknya. Apabila pandu keluar sahaja kereta dari showroom, aku dah perasan yang dashboard kereta ni mengeluarkan bunyi akibat vibration. Dibahagian belakang ruang tayar kiri pun turut mengeluarkan bunyi berdecit seolah bunyi batu dari jalan yang baru ditar. Pada mulanya aku ingat plastik balut seat puncanya, namun selepas siasat bunyi tuh berpunca dari ruang yang aku cakap tadi. Aku salahkan department pemasangan Proton yang bagi punca masalah diatas. Mungkin unit kereta aku ni dipasang sejam sebelum waktu rehat tuh yang pasang skru longgar sana sini.
Sebelum aku nak komen bab ni, anggap lah saja yang mungkin aku tak bernasib baik gamaknya. Apabila pandu keluar sahaja kereta dari showroom, aku dah perasan yang dashboard kereta ni mengeluarkan bunyi akibat vibration. Dibahagian belakang ruang tayar kiri pun turut mengeluarkan bunyi berdecit seolah bunyi batu dari jalan yang baru ditar. Pada mulanya aku ingat plastik balut seat puncanya, namun selepas siasat bunyi tuh berpunca dari ruang yang aku cakap tadi. Aku salahkan department pemasangan Proton yang bagi punca masalah diatas. Mungkin unit kereta aku ni dipasang sejam sebelum waktu rehat tuh yang pasang skru longgar sana sini.
Sewaktu servis 1000km yang pertama aku hantar
kereta ni ke Pusat Servis Proton (agen) Kangar dan melaporkan
masalah-masalah tersebut. Tindakan mereka adalah ketatkan skru dashboard manakala bunyi dibahagian belakang mereka tak tahu punca dan suruh hantar ke Proton Edar Alor Setar. Walaupun dah ketat skru, tiada beza langsung. Beberapa minggu kemudian aku bawa pulak ke Proton Edar Alor Setar. Memula ok kejap. Tiada lagi bunyi didashboard dan belakang tapi hampir nak sampai rumah terus bunyi tersebut datang balik. Adoi.. Tunggu masa nak bawak pulak. (Update 18/10/2015 - Problem setel rujuk Kesimpulan dibawah)
2. Power Engine
Walaupun didatangkan dengan enjin 1.6, terasa Kelisa 1.0 lagi power in term of pick up. Aku rasa semuanya berpunca dari gearbox CVT yang kurang memberangsangkan. Lagi satu bila nak memotong kena pepandai main minyak, bukan apa, pernah waktu memula beli tuh bila nak memotong kenderaan aku tekan minyak kuat sikit macam selalu bila drive lain2 kereta, tapi dekat IRIZ ni, hanya RPM aja naik mencanak tapi kereta tak pick up pun. Bahaya betul. Lama-lama baru faham nak potong kena bajet tekan minyak slow2. Bagi aku leceh gila. Lagi best bawak kereta auto 4speed biasa macam di MYVI.
3. Bunyi gearbox CVT
Bunyi gearbox merupakan masalah awal yang diperkatakan sewaktu pelancaran model ini. Bagi aku memang tak dapat dinafikan. Memula aku fikir ok la kot, bunyi tera mana lah sangat. Kuatkan aja volume speaker dan setel. Tapi sebenarnya tak semudah tu. Lelama rasa annoying sebab bunyi gearbox sama naik dengan bunyi radio.
Kesimpulan (update 18/10/2015 - selepas 5 bulan memandu)
Bagi aku kereta Proton Iriz merupakan kereta yang berbaloi untuk dimiliki. Cuma kalau kena masalah pemasangan yang kurang kemas macam aku, kena bersabar sikit la turun Pusat Servis. Alhamdulillah berkat kesabaran dan selepas aku suruh pomen sendiri bawak kereta aku sambil duduk ditepi dan point satu per satu bunyi, diaorang dah solvekan apa yang patut.
Bab features yang datang untuk premium specs ni, dari sehari ke sehari aku dapat rasa mudahnya kerja bila ada kemudahan ni terutama keyless entry dan reverse camera. Headunit aku kekadang tuh jadi hang@sangkut tapi selepas 5 bulan aku drive baru 3-4 kali jadi, so pejam mata dulu.
Dari segi kuasa enjin atau lebih spesifik gearbox, aku rasa menyesal tak angkat variasi manual seperti kebanyakan suggestion/review dari internet. Sebenarnya enjin 1.6 ni ada potensi, cuma tersangkut di gearbox. Kalau aku beli manual, kompom tiap bulan aku bayar installment dengan senyuman.
Bagi mereka yang ada plan nak angkat Proton Iriz, aku cadangkan angkat varian Manual. Kalau nak auto, cuba sabar kejap dengar kata Proton tengah nak tukar supplier gearbox baru. Apapun pandu uji lah sendiri dan alaminya. Lain orang lain toleransinya.
(update 17/9/2016 - selepas 1tahun 5 bulan memandu)
Seperti aku pernah sebut sebelum ni, kereta ni bini aku yang bawak aku kekadang ja bawak so kali ni aku nak tambah review sikit bab pendapat aku setelah memilikinya selama 1 tahun 6 bulan. Bunyi di dashboard muncul balik cuma yang hairan dia kekejap ada kekejap tiada. Time aku bawak servis terus hilang lepas servis kekadang muncul..maka disebabkan jarang2 muncul maka aku pon malas nak layan.
Lain-lain masih mantap. Bab gearbox CVT yang aku komen dulu aku rasa sejak aku ada anak kecik ni aku dah tak kisah dah bab ni. Sebab aku dah jarang merembat. Bawak pon slow2 ja. Haha. Maka bukan isu besar dah sekarang kecuali sekali sekala nak memotong ja aku rasa 'annoyed'. Bab bunyi gearbox kuat tuh aku rasa mungkin dah sebati dalam telinga aku. Tak rasa apa dah.
Baru-baru ni aku bawak kereta ni dari Perlis ke Kuala Lumpur. Kali ke -3 bawak kereta ni jalan jauh. Perjalanan rasa selesa dan baru aku sedar NVH kereta ni (tolak bunyi CVT) agak mantap. Kesimpulannya kereta PROTON yang terkini ni memang sedap bawak cuma sayang bab kualiti pemasangan PROTON tak tekankan. Tapi aku malas nak komen lebih sebab mungkin unit aku aja kot yang kena kes begini. Allahualam.
4 Rangsangan:
Sama la bro.dah 2 kali hantar buat dashboard bunyi ketak ketuk.dah bertampal2 celah dashboard tu.xsampai sebulan bunyi blk.tension betul.skrg dkt pintu belah kiri pulak bunyi plastik laga.buat sakit hati je.aku terus buat sound sytem nak kurangkan tension bunyi gegar sana sini. 1.6premium cvt ni mmg gampang.klu nak keluar simpang tu half pedal aku tekan.klu x sia2 je kena hentam keta lain.bajet mcm pedal vw golf konon.diorang ni tau beza Campro dgn TSI x?.sini aku nk bg tau bunyi Campro masuk ke dalam telinga beza bunyi TSI masuk ke dalam hati 'senyap' (pickup line pulak).lg2 area kl yg sesak ni.bertambah pening aku bila kerja nk keluar gi mana2 aku drive keta company.bnyk toyota kot.aku rasa pick up iriz ni lg teruk dr avanza lama tu.bila drive bertukar2 keta ni boleh confuse jgk time nak tekan pedal.lu try la tuka2 keta pastu bwk blk keta sndri.confirm menggagau time nk kuar simpang.tension.aku xnak beli manual drive jalan town sesak.fikir blk mcm menyesal ambik iriz ni.klu tau mcm ni jadi.baik ambik myvi/alza pastu tepek soundproof bnyk2.cukup time hantar servis je.terlalu menyusahkan betul proton ni.R&D berbilion habis duit kononnya.lagi 1.QC Passed tu silakan tampal kat pokok ya.patut la orang suka gelakkan proton.at least ambik perodua paling cikai.model yg xda problem pun inspira/new perdana sebab faham2 jela.klu awal2 lg aku dgr org tua pesan jgn ambik proton.xda la frust mcm ni.mmm bersyukur jela jawapan diberi.komen negatif semua tu xbetul nak kondem barang buatan sendiri kononnya.biarkan duk bawah tempurung jela mereka tu.x perlu ubah jadi lg bagus.
i feel u bro..sekarang bini aku yg selalu bwak Iriz. aku drive aja perdana v6 tahun 2000 aku tuh.yang aku hairan v6 tahun 2000 aku tuh dari segi usia dia, takda langsung bunyi vibrate disebabkan ada loose memana. tak macam Iriz yg baru setahun jagung.bebaru ni ada la aku drive iriz tuh, sebab jarang drive macam hang gak bro, time potong tekan lah pedal macam drive kreta2 lain, memang tak pergi la jawabnya.bahaya betul.btw aku ada sorang member kerja di Proton Tanjung Malim, advice dia, kalau nak beli Proton seeloknya beli lepas setahun dua model tuh keluar sebab katanya untuk production yang awal2 selalunya diaorang pasang lelaju sebab konon nak meet demand tapi kalau model yang dah tak berapa nak laju order macam Preve diaorang pasang pun rilex2 di manufacturing line. Lagipon biasalah, pembeli awal2 ni pun ibarat tikus makmal. Allahualam.
Pickup auto mmng kne tekan banyak sikit. Nnt naik la meter speed nye. Auto Iriz ni die cutoff. Tekan sampi bwh, tgok rpm die, lmbt betul nak naik. full speed Iriz pon 160 je walhal manual boleh pegi 190(mmbr manual kate). Yg best Iriz ni stabil. High speed still rase seimbang, x mcm myvi. Nvh die pon ok walaupon pki tyr silverstone. Handling die pon baik. Corner2 ni x rase. Semua ni myvi x boleh lwn. Cme kalau jln kl, beli myvi je. Aku separuh pekan separuh bandar, so x rse sgt klmhn pickup die. Tp mmng pickup kne cutoff. Tgok meter rpm die. Lmbt gile naik.
@weakwarlords
bab stabil time high speed dan corner memang tepat...Myvi 1.5se adik aku memang bila laju membuai..corner pon..maybe suspension standard dia yg tak best..
Post a Comment