11 June 2015

Restoran Al Aqsa, Beseri

Sejak kewujudan Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ), banyak perubahan dari segi demografi dapat aku perhatikan. Sebelum ni nak berjumpa rupa arab atau omputih pun hanya di sekitar Jeti Kuala Perlis (untuk ke Langkawi) namun sekarang dah ramai pun diantara mereka yang menjadi 'penduduk sementara' dimana ada yang sebagai pelajar ada yang sebagai pengajar.

Bila mula masuk warga arab, timur tengah dan sebagainya maka munculah beberapa Restoran Arab dan seangkatan bagi menampung selera makan mereka-mereka ini. Selain untuk mereka, restoran - restoran ini juga turut membolehkan orang Perlis sekali sekala mengubah selera tekak masing-masing yang asyik dengan nasi lemak, nasi ganja, mee goreng dan seangkatan.

Setahun dua lepas ada muncul satu restoran yang diusahakan orang Uzbek/Kazakh namun mungkin dek kurang sambutan dah pun ditutup. Sempat la aku merasa makan beberapa kali. Selepas itu muncul satu gerai Arab siap dengan shisha di medan selera berhadapan Stesen Bas Ekspress Kangar. Aku respek jugak kedai ni sebab boleh nampak dalam masa beberapa bulan menu makin bertambah dan dapur pun makin besar namun tak lama kemudian dengar kata kena 'rush' dengan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Baru tak baru aku ada perasan satu Restoran Arab bernama Al-Aqsa dibuka di Beseri. Banyak kali aku plan nak pergi namun setiap kali lalu mesti tutup dan lama kelamaan lupa macam tuh saja. Kelmarin nak jadi cerita entah macam mana aku teringat akan restoran ni dan terus mengajak Cik Dee kesana untuk proses menge-test.

Pada mulanya aku sangka kedai ini milik sepenuhnya orang Arab namun dari pemerhatian aku tengok dari rupa pelayan semua dah macam restoran Thai kecuali Chef atau sorang brader ni saja yang aku perasan orang Arab. So aku agak Chef ni berkahwin dengan orang Thai dan membuka perniagaan Restoran Makanan Arab ni.

Aku agak hairan kenapa dalam banyak - banyak lokasi Restoran ini dibuka disini ( Beseri) sedangkan ia
agak jauh dari tempat tumpuan pelajar warga Arab atau Timur Tengah.

Aku order Chicken Akdah
....didatangkan dengan Roti Nan
Mandy Chicken Rice


 Aku bukanlah pengkritik makanan yang hebat ditambah pulak masakan Arab jadi bagi lidah aku yang biasa-biasa ni. Jadi disini aku nak compare dengan pengalaman aku makan di restoran Arab 'pure' seperti Saba Cyberjaya atau Marakesh Kg. Baru aja lah. Dari segi rasa, agak kurang sedikit dari restoran-restoran arab 'pure' mungkin kerana kekangan mendapat bahan-bahan masakan tersebut namun rasa tuh ada.

 Selain tuh, setahu aku Chicken Akdah ni ayam dia carik-carik seperti rendang dan bukannya besar seperti nak taruk dalam Tom Yam. Hehe. Dan untuk ayam mandy tuh pulak agak kering mungkin kerana terlebih masak. Dari segi harga aku betul-betul lupa harga tepat kalau tak silap Chicken Mandy berharga RM10~12 manakalah Chicken Akdah RM8~RM10.

Overall, restoran ni bolehlah menjadi tempat mengubah citarasa lidah melayu atau sebagai melepas rindu kepada masakan Arab seperti di Ibu kota dan sebenarnya aku sendiri dah terliuar nak pekena Chiken akdah sedas lagi bila menaip post ni.

Lenggang, semoga restoran ini mampu bertahan


Share:

0 Rangsangan: