Duduk tak duduk terasa pulak aku nak dedahkan sedikit sisi
diri aku ni. Ya lah, mana boleh cerita semua kan. Lainlah kalau makan
tidur sebantal dengan aku maka boleh la nampak bersisi sisi. Pada aku, untuk soal pembelian sesuatu barang contohnya
seperti gajet, barang elektrik, supplement gym dan yang penting bertambah mahal harga
barang maka akan bertambah cerewet lah lagi aku dari segi pemilihan.
First, kalau barang tuh diberi secara online, aku akan
pastikan dulu ke"reliable"an sesuatu laman web tuh. Atau kalau dalam
forum pula aku akan baca dulu reviews orang yang pernah beli. Untuk
memastikan reviews pembeli itu pula geniune, aku akan check dulu samada
account user pembeli tuh memang genuine atau newly registered member.
Bukan apa, aku dok nampak gak sesetengah penjual di forum ni jenis create
new account untuk berlakon jadi pembeli yang berpuas hati. Tak guna
kalau harga murah tapi berisiko. Maklumlah zaman sekarang banyak
penipuan berlaku dalam jual beli atas talian ni.
Selesai bab penjual, aku akan cari pulak bab reviews barang tersebut. Zaman sekarang
banyak sangat jenama dan model. Kekadang pening nak pilih mana satu.
Rules no 1 aku selalu guna, lagi mahal sesuatu produk, kebarangkalian ia lebih baik adalah tinggi tapi tak semua. Sesetengah produk tuh mahal kes jenama aja. Jadi kena pandai-pandai pilih.
Bab jenama, aku tak choosy sangat cuma bila pakai produk berjenama selalunya kualiti terjamin namun macam aku cakap tadi, selalunya mahal kes nak cover balik kos iklan mereka selama ni. Zaman sekarang brand Made In China pun dah makin "UP" bersaing dengan jenama global yang lain. Sesetengah dari mereka kalau tak setanding pun, hampir setanding dengan jenama terkenal dengan separuh harga produk. Baru-baru ni aku ada beli TV LED made in Chine jenama HISENSE. Sumpah tak pernah dengar brand ni sebelum ni. Tapi aku google habis sampai ke gambar kilang aku cari. Haha. So dari tengok gaya kilang yang canggih tuh, aku berani gamble beli produk buatan China ni. Hasilnya memang berbaloi untuk setiap sen.
Lepas ni mahal dah kot nak cover kos iklan |
Selain dari jenama, bab paling penting yang aku ambil berat adalah spesifikasi sesuatu produk. Aku akan research dulu apa itu dual core, apa itu android, apa itu kelebihan sesuatu jenis tuh dan segalannya lah. Aku ni bukan jenis tahu sangat tetambah barangan elektronik yang cepat berubah. Jadi sebelum beli sesuatu barang aku akan pastikan aku faham dulu tentang jenis produk dah pilihan yang ada dipasaran. Maka tak perlu aku telan bulat-bulat apa yang dicerita salesman. Aku ni kalau salesman cakap memang tak percaya sangat. Dah nama pun salesmankan. Tetambah kalau yang jenis dapat komisen dari hasil jualan.
Waktu membeli tuh lah aku selalu akan buat-buat tanya salesman perkara sekian-sekian yang padahal aku dah tahu. Saja sekadar nak tengok kejujuran atau tahap pemahaman salesman itu sendiri. Aku paling tak suka berdepan salesman tanpa aku faham tentang sesuatu produk dan terpaksa mendengar penerangan seperti dengar tazkirah dalam bahasa Jawa. Mungkin aku ni ada masalah nak percaya orang jugak barangkali. haha.
Apapun aku bercerita sekadar perkongsian cara aku berbelanja. Nak kata semua pilihan pembelian aku berbaloi tak juga. Ada juga kekadang terlepas pandang. Cuma atleast aku membeli sesuatu tuh atas pilihan sendiri bukan suggestion salesman.
Apapun aku bercerita sekadar perkongsian cara aku berbelanja. Nak kata semua pilihan pembelian aku berbaloi tak juga. Ada juga kekadang terlepas pandang. Cuma atleast aku membeli sesuatu tuh atas pilihan sendiri bukan suggestion salesman.
P/s : Sesetengah orang kalau nak beli kereta contohnya, kalau nak pilih antara Proton Saga atau Perodua Myvi, jangan lah pulak pergi tanya salesman Perodua " Saga dengan Myvi mana lagi ok yee ~ "
3 Rangsangan:
Sama laaa..siasat dlu sblum beli..
Agree!!..Aku beli a.cond bilik aku cap HISENSE pun trbukti berbaloi. Sejuk smpai ke tulang
Siyes la ok hisense?
Post a Comment