09 May 2015

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 2

Memandangkan hari ini hari jumaat, maka tak banyak masa untuk aku berjalan sebelum sembahyang jumaat. Plannya nak ke muzium Tsunami tetapi khabarnya tutup hari Jumaat (baca sampai akhir). Kalau diikutkan penginapan di Hotel 61 turut berserta sarapan percuma, namun paham2 la hotel 2bintang, apa la sangat yang dijamunya pun. Jadi aku menapak menyusuri lorong-lorong dikawasan seberang hotel.

Jam menunjukkan sudah pukul 6am waktu Indonesia barat (WIB) atau 7pm waktu Malaysia namun jalanraya masih lengang. Dalam meredah lorong-lorong, aku ternampak dihujung satu lorong ni kelihatan agak meriah. Jadi aku menuju kesana. Ada beberapa gerai dah dibuka namun aku pilih gerai sebuah ni sebab ramai orang. So aku assume sedap gamaknya. Ternyata pilihan aku tepat. 

Sarapan Nasi Gurih. Nasi lemak tapi rasa nasi dia lain. Sedap baq hang.. { KLIK PADA GAMBAR UTK LOKASI}
Sudah makan aku menapak meronda kawasan sekitar …… 

Kalau kat rumah tak rajin pun nak ke pasar tapi bila mood travel semua benda nampak menarik. Haha. Pasar pagi berhadapan kedai aku bf.{ KLIK PADA GAMBAR UTK LOKASI}
Salah satu matapencarian penduduk Acheh. { KLIK PADA GAMBAR UTK LOKASI}
Jalan masih lengang
Boleh tahan jauh aku menapak sehingga sampai ke blang padang. Blang padang ni kiranya tempat reakrasi disini. 

Mural disalah satu tembok di Blang Padang. { KLIK PADA GAMBAR UTK LOKASI}
Arca tsunami
Replika kapal terbang yang dibeli kerajaan Indonesia hasil kutipan dana oleh penduduk Acheh sewaktu perjuangan peperangan menuntut kemerdekaan dari Belanda

Disekeliling trek joging di Blang Padang terdapat tugu-tugu mewakili negara yang menyumbang untuk pembanggunan semula Acheh pasca Tsunami. Bangga baq hang.
Aku menapak awal sejam ke masjid bagi mengelak dari terpaksa bersesak. Lagipun duduk bilik pun rasa sesak jugak. Maklum lah tiada tingkap. Ternyata bila aku sampai dah ramai orang melepak diluar masjid menanti masuk waktu.

Bukan aku tak percaya pada orang Aceh, tapi takut pulak nak tinggal kasut kat luar jadi aku simpan dlm beg dan bawak masuk.

Khutbah sembahyang Jumaat di Masjid Baiturahman singkat banget. Dalam 15-20minit dah ready nak solat. Sekadar baca beberapa hadis dan sedikit penerangan dan masuk khutbah part kedua imam terus baca doa beramai2. Bagus jugak buat begini. Takda la mengantuk kes khutbah panjang macam kat Malaysia. 

Suasana dalam masjid selepas waktu solat Jumaat
Lepas solat aku menapak untuk lunch di restoran depan roundbout simpang lima. Aku dah lupa apa nama kedai, tapi atas kedai ada hotel. Tak jumpa lagi ayam tangkap makanan icon di Aceh ni. Tapi nasi lauk pauk Aceh biasa2 ni pun dah sedap belaka.

Plan pada sebelah petang nak melawat masjid Rahmatullah, Kapal Apung Lampulo dan kapal PLTD apung. Untuk kesana tak susah kerana sebelah Hotel61 ada port becak yang sentiasa bersidai disitu. Kadar tambang aku tak tahu tapi kelmarin teksi toyota Avanza yang aku naik quotekan Rp400,000 untuk sewa sehari. Jadi dalam situasi begini aku estimate aja menggunakan IKDK iaitu Indeks Kesanggupan DiriKu iaitu berapa agaknya aku sanggup dibayar untuk tujuan itu. Haha. Aku letak limit pada rp200,000.

Brader-brader drebar becak ni tiap kali aku keluar selalu menggamit offer naik becak tapi tiap kali aku senyum ajalah sebab aku banyak menapak. Jadi kali ni lah rezeki diaorang. Kalau ikutkan memula aku ada terfikir nak sewa motor aja dari Aceh Adventure. Tapi lepas difikirkan hanya 3 tempat ni ajapun aku nak pergi yang kalau naik becak dalam 3 jam dan boleh setel jadi aku guna khidmat becak aja. Memula bila aku cakap nak ke Masjid Rahmatullah diaorang cakap jauh. Padahal aku dah research dalam 15-20 minit aja dari town. Selebihnya bot atas bumbung dan kapal PLTD yang tersadai tuh dekat area2 kota ni aja. Aku suspek saja ja diaorang nak up tambang. Memula supir ni offer rp200,000, lega jugak sebab tak lari banyak dari apa yang aku sanggup bayar tapi lepas nego dapat lah rp180,000.

Layan naik becak ni, berangin sampai buat aku nak terlelap.
Kira – kira 20 minit perjalanan kami pun tiba di Masjid Rahmatullah yang terletak di Pantai Lampu’uk. Kawasan masjid ni agak pinggir sebab aku tak perasan sangat penempatan disekitar sini. Namun terdapat sebuah resort beserta padang golf sedang dalam pembinaan berdekatan Pantai lampu’uk. Aku juga lalu depan Joe Bungalow, tempat penginapan yang agak top bagi pengunjung yang inginkaan kedamaian. 

Sekali lagi rasa macam tak percaya Masjid Rahmatullah yang salah satu menjadi tanda kekuasaan Maha Pencipta sewaktu peristiwa tsunami sekarang berada depan mata. Tiada tanda-tanda ada pelancong lain.
Suatu ketika


Pada mulanya aku bayangkan masjid ni terus terbiar untuk dijadikan wisata selepas peristiwa tsunami namun rupanya telah dibaik pulih sepenuhnya hasil sumbangan kerajaan Turki.
Hanya satu sudut masjid dibiarkan dalam keadaan asal selepas bencana tsunami untuk memberi gambaran kepada pengunjung.
Sewaktu on the way ke masjid Rahmatullah tadi, abang supir ni ada mention tentang satu lagi masjid yang turut menjadi icon kerana satu-satunya banggunan yang kukuh berdiri ketika banggunan disekitarnya ranap dibadai tsunami. Jadi tanpa banyak bicara aku request untuk kesana sekali. Masjid tersebut adalah masjid Baiturrahim yang terletak di Ulee Lheue. 


Pada 1873 ketika Masjid Raya Baiturrahman dibakar Belanda, semua jamaah masjid terpaksa melakukan salat Jumaat di Ulee Lheue. Dan sejak saat itu namanya menjadi Masjid Baiturrahim. Walaupun menjadi icon, tiada lagi kesan tsunami kerana masjid ini telah dibaik pulih sepenuhnya. Terdapat sudut pameran bergambar dibelakang masjid sekadar menunjukkan gambar kesan tsunami dikawasan ulee Lheue.



Selain terkenal dengan Masjid Baiturrahim, Ulee Lheue turut menjadi tumpuan kerana terdapat jeti yang digunakan pelancong untuk ke Pulau Sabang, pulau/wilayah paling utara di Indonesia. Selain tuh, kawasan ni meriah dipetang hari untuk pekena jagung bakar atau makanan laut sambil layan pemandangan laut yang terbentang. Kalau sewa motor sedap lah nak lepak sini petang-petang. Kami kemudian pulang menuju ke kota untuk destinasi seterusnya, kapal PLTD apung.

PLTD Apung 1 adalah kapal generator listrik milik PLN di Banda Aceh, Indonesia, yang saat ini dijadikan tempat wisata. Kapal ebrbobot 2.600 ton ini sebelumnya berada di laut dan terseret 2 sampai 3 km ke daratan akibat gempa bumi dan tsunami Samudra Hindia 2004. Kapal ini menabrak dua rumah ketika mendarat dan menewaskan semua orang di dalamnya. Para pengunjung bisa naik ke atas kapal.- Wikipedia



Untuk sampai ke PLTD Apung ni perlu lalu kawasan penempatan penduduk yang kalau tak tahu jalan sukar juga nak jumpa. Tapi dah dekat-dekat area kota. Malangnya ( macam tak kena ja ayat malang..huhu) ketika aku sampai azan Asar pun berkumandang dan penjaga gate wisata tidak membenarkan aku masuk sebab ia akan ditutup bagi menghormati waktu asar. Namun aku cakap nak ambil gambar laju2. Jadi dia pun lepaskan aku masuk. Tak lama lepas tuh pengumuman pun dibuat agar pengunjung keluar dan boleh masuk semula nanti. Jadi tak sempat aku nak naik explore dalam badan kapal ni. Tiada bayaran masuk dikenakan. Sekadar diletak kotak tabung untuk derma ikhlas dari pengunjung.

Kami pun bergerak ke lokasi seterusnya sebab malas nak menunggu. Lokasi seterusnya dan yang terakhir adalah Kapal Apung Lampulo yang terletak 10 minit dari lokasi Kapal PLTD.

Ketika tsunami menerjang, kapal Lampulo ini sempat menyelamatkan warga setempat dari keganasan tsunami. Kala itu kapal Lampulo terlihat terombang-ambing akibat tsunami. Kemudian warga berinisiatif segera masuk ke dalam kapal tersebut untuk mendapatkan perlindungan, kala tsunami menerjang. Setelah genangan air surut, mereka baru menyadari kalau kapal yang ditumpangi berada di atas atap rumah. Rumah tersebut ternyata milik salah satu penumpang kapal tersebut. Sehingga hingga kini keberadaan kapal tersebut tetap dipertahankan. Karena merasa kapal tersebut telah berjasa menyelamatkan keluarganya termasuk sejumlah warga lainnya.-http://www.yukpegi.com/



Proses renovasi untuk membaiki badan kapal yang telah reput.



Ketika sampai di tapak wisata, tidak kelihatan pengunjung lain melainkan beberapa orang tante yang tengah melepak dikawasan tersebut. Mungkin pemilik tapak barang kali. Lagipun tapak wisata ni betul-betul diarea penempatan penduduk. Tiada bayaran dikenakan, sama seperti di Kapal PLTD Apung tadi, hanya disediakan tabung untuk derma ikhlas dari pengunjung. Bagus orang Acheh ni.

Alang – alang dah ada supir, aku suruh sekali abang supir ni bawa aku ke ajen tiket bus untuk membeli tiket ke Medan esok. Terdapat banyak pilihan bas untuk ke Medan namun dari sumber bacaan ramai yang suggest naik bus Sempati Star yang turut dikatakan paling grand antara semua. By the way, stesen bus Acheh terletak agak jauh dari kota iaitu kira-kira 12 km dari sini tapi jangan risau kerana terdapat agen jualan tiket bas dikawasan kota. Untuk bas Sempati, tiket boleh didapati di Jl. M. Jam Ujung ( no tel : 0651 25616).

Sewaktu melalui kota, kebetulan becak melalui Muzium Tsunami. Tak sangka rupanya muzium beroperasi pada hai Jumaat. Hampeh betul laman web yang cakap tutup tuh. Kalau tahu aku dah sampai pagi tadi. Apapun aku plan nak pergi esok pagi saja.

Walaupun aku hanya sekadar penumpang dan bukan pemandu becak, tapi letihnya bukan main. Mungkin kerana tubuh badan aku sama-sama menyerap hentakan ketika tunggngan bersama absorber kot. Atlast bila sampai hotel aku bagi aja brader tuh rp200,000. Lebih kurang rm5 extra dari harga asal. Alah, tak kaya pun aku kalau takat simpan rm5 tuh. Lagipun brader ni bagus jugak sebab banyak bersembang dengan aku sepanjang perjalanan. Masuk bilik aku solat dan terus baring kepenatan.

Selepas Isyak, aku langsung keluar hotel untuk dinner. Agak kelakar bila fikir aku terpaksa redah meja makan pengunjung A&W untuk keluar hotel. Aku pun redah dengan macho sekali keluar dari hotel dengan niat nak makan kebab berdektan yang aku nampak semalama tanpa sedar hujan lebat diluar sana. Nak cover macho, malu pulak nak masuk balik berteduh, jadi aku pun terus berlari ke kanan dengan machonya sebelum sedar tak semua banggunan dideret ni yang berbumbung. Nak cover macho lagi aku berlari dan terus berlari ke bumbung terdekat iaitu sebuah kedai runcit kaki lima. Aku berhenti betul-betul rapat kaunter kedai runcit sebab bumbungnya yang kecik, terus buat2 cover beli mineral padahal sebenarnya berhenti nak atur langkah. Jauh lagi nak jumpa bumbung seterusnya. Nak macho lagi aku terus berlari ke warung bersebelahan pula dan terus berlabuh disitu. Aku ingat warung ni jual soto/bakso rupanya hanya menjual nasi beserta lauk. Duduk dah duduk, aku pun pasrah aja menanti orang amik order. Selepas 10 minit brader warung buat tak kisah tak ambil order padahal ada 6 meja aja pun, aku pun malas lagi nak cover macho terus ke kedai donut bersebelahan yang ternyata lebih awesome.


Larian ku semacho brader dalam gambar.



King O Donut, berkonsep seperti Dunkin Donut tetapi dengan harga yang jauh lebih murah.
Share:

0 Rangsangan: