Rasa macam baru aja kat bawah tuh aku post tentang 2 HARI 1 MALAM KE HATYAI : PART 1 tapi posting kali ini bukan lah sambungan pada posting sebelum ni sebab PART 2 , 3 dan 4 semua telah gagal melepasi syarat MALAYSIA CYBER SECURITY. Al maklum lah ,pergi Thailand.Kehkehkeh.Jadi kali ni aku nak bercerita tentang trip terbaru aku ke Hatyai bersama keluarga.Sebelum ni pun kami sekeluarga penah ke Hatyai tetapi menggunakan perkhidmatan tourist guide >> Sini << (WTH! orang Perlis guna tourist guide ke Hatyai..) .Kali ni kami mengambil keputusan untuk ke sana dengan memandu sendiri .
Pukul 9.30 am ,kami sudah terpacak di pekan Padang Besar yang hanya memakan masa 30 minit perjalan dari rumah.Jadi pukul berapakah kami bertolak dari rumah ? Ok,itu soalan sampingan untuk mengerakkan sikit sereberum anda.Tiba sahaja di pekan Padang Besar kami terus menuju ke Pejabat Wakil Insurans Kurnia ,Chong Aik Chang untuk melanggan pakej Insurans peribadi ke sana.Aku pon tak paham sangat bab Insurans ni ,tetapi apa yang aku paham ,semua pemandu Malaysia yang nak memandu di Thailand (kecuali area Padang Besar Thai ) perlu memiliki insurans.rm18 untuk seminggu dan Mrs Chong ni cakap ada satu lagi opsyen pakej rm63 ,Insurans itu cover eksiden sekali tetapi bukan cover kereta kita tetapi cover kereta yang akan kita langgar.Untuk tidak berfikiran negatif ,kami hanya ambil pakej rm18 itu sahaja.Selain menjual insurans, Chong Aik Chang juga menawarkan servis tukaran wang asing.
Chong Aik Chang , Wakil Insurans dan Pengurup Wang |
Setelah selesai urusan Insurans, kami terus bergerak ke pintu sempadan.Sebelum sampai ke kaunter pandu lalu imegresen Malaysia, kita perlu melalui satu sekatan jalan raya oleh pihak Polis...part ni aku tak berapa gemar.Sebab Polis ni suka main psiko.Suara nak2 macam sesi soal siasat dalam tahanan pun ada.Aku yang tak bersalah ni pun pecah peluh.Selesai kena psiko,macam biasa cop di Imigresen Malaysia,cop di sebelah Imigresen Thailand dan declare kenderaan (bawak salinan geran + surat kebenaran memandu dari pemilik jika anda bukan pemilik).Apahal yang kena cop banyak - banyak ni,bumi ni kan milik Tuhan, apahal lu nak halang - halang.Boleh tera tuh? Dah selesai, maka apa lagi,Welcome TO Thailand (nada mesti manja).Ekceli jarak Padang Besar - Hatyai dalam 60km sahaja.Lebih kurang Kangar - Alor Setar.Kalau tau awal - awal memang gua tak main area Alor Setar zaman dulu - dulu.Haha.
Perjalanan sungguh smooth ,jalan empat lorong ,kenderaan pun tak banyak.Apa yang aku perasan melalui pengalaman aku, pemandu Thai ni memang suka merembat di atas jalan, tetapi beza rembatan mereka dengan kita, apabila berdepan dengan pemandu yang terhegeh hegeh di lorong kanan, mereka tidak akan mencucuk ala - ala KL Drift tapi akan terus memotong dari kiri bila ada kesempatan.Kalau tak pakai kesudah mereka duduk baik baik kat belakang.Pengalaman aku aja kot.So tak payah pi cuba pulak.Dah memandu di tempat orang tuh, jangan lah pulak buat perangai macam memandu di tempat sendiri.Lagipun banyak juga cerita tak sedap bila kenderaan Malaysia terlanggar orang tempatan ni.Maka berhati hatilah ketika memandu.
2 Rangsangan:
salam,
nak tanya ada tak no telefon agen insurans di padang besar tu? kalau ada boleh beri tak? thanks
sorry den baru prasan komen ni..
Chong Aik Chiang Insurans
Tel - 04-9492316
HP - 0124745187 / 0194412509
Post a Comment