02 December 2012

Hatyai Revisit : Chapter 2

Kami tiba di bandar Hatyai kira kira 40 minit kemudian dengan gaya pemanduan santai .Memandangkan masing - masing hanya bersaraan ala kadar sahaja di rumah pagi tadi, kami terus ke kedai makan.Urusan pemakanan di Hatyai tak sukar memandangkan ramai Muslim Thai menetap di sini.Kalau sebut kedai makan Halal di Hatyai mesti semua akan ke Hamid berhadapan Lai Huat Garden.Kedai Hamid ni famous pun kes ia terletak di centre bandar, kira pandai lah Pak Hamid ni pilih port tapi makanannya ok ok sahaja + harga macam makan di Kolompo.Memandangkan makcik aku pernah bawak kakak dan emak aku jalan - jalan cari makan di sini ,maka kami pun pergi ke Kedai makan yang mereka pernah pergi tuh bernama Bung Bow Restaurant (Klik untuk map ) .Bung Bow Restaurant ni terletak di Hatyai Plaza dan aku tak pasti samada pemiliknya Bow Wow atau bukan.Bagi mereka yang tak boleh bertoleransi dengan keadaan sekeliling yang macam Pasar Payang, Terengganu,pergi sahaja Hamid.

Environment nak ke kedai agak slack tapi kedai makannya tak kotor

Menu & harga. 10bhat = rm1.
Koteaw Sup aku,dapat dapat terus aku lupa nak shoot gambar makanan orang lain.
Btw Telur bungkus  sini nokharom sedap,150bhat sahaja plak tuh
Aku tak pasti tuh tempat tolak troli ataupun papan longsor untuk budak - budak.
View sekitar Hatyai Plaza dari tingkat 4



Share:

0 Rangsangan: