20 April 2022

Ramadhan 2022

 


Alhamdulillah bertemu kembali dengan Ramadhan di tahun 2022. Dan ini juga posting pertama aku di tahun 2022. Aku tak pasti samada masih ada blog yang aktif atau barangkali ini posting pertama di laman blogger sedunia pada tahun 2022. Haha. Aku cuba untuk pastikan setiap tahun sekurang kurang sekali aku melawat dan posting sini.

Sebenarnya aku rasa selesa posting disini kerana aku tahu tak ada orang yang baca tapi dalam masa sama aku boleh baca semula catatan aku ni di satu hari mendatang. Open Diary kekdahnya.

Banyak benda yang dah berubah dari saat pertama aku berblogging sehinggalah saat kini. Even blog pun sudah sepi ditelan sosmed yang lain. 

Sejujurnya, aku sudah lama ketinggalan dibelakang dan lebih selesa dengan sosmed sedia ada yang setakat aku tahu. Diusia sekarang sudah malas nk explore apps baru. Mungkin sudah mula memasuki fasa acik2. 

Di bulan Ramadhan, terkenang zaman dahulu lepas terawih pulang ke rumah dan moreh bersama keluarga bersama-sama depan tv. Meriah. Sekarang , sekadar ngopi sorang2. 


Share:

13 March 2021

Redah 4.0 : Day 7 Rest Day At Pokhara

Seminggu berada di Nepal, hari ini aku ambil kesempatan untuk bersantai saja di Pokhara. Cuaca seolah-olah memahami akan jadual travel aku kerana pada pagi ni cuaca mendung dan diiringi hujan renyai. Memang kena betul dengan mood aku untuk bermalas-malasan dan berehat setelah beberapa hari diatas motorsikal.












Share:

29 June 2019

Redah 4.0 : Day 6 Kalopani - Pokhara

Hari ini merupakan perjalanan pulang aku ke ketamadunan. Tiada rasa stress hari ini kerana perjalanan yang sudah diduga laluannya. Aku akan ride menyusuri semula jalan yang aku tempuhi tempoh hari. 

Pagi di Kalopani

Sewaktu proses check out, brader penjaga kaunter beramah mesra dengan aku ajak rileks2 sarapan dulu sebelum gerak. Dihulurnya aku sepinggan pancake. Aku pun lahap sambil memuji kebaikan beliau didalam hati. Usai check out, aku dicharge harga bilik beserta sarapan pancake. Hampeh.

Tiada yang nak aku komen berkenaan perjalanan hari ini memandangkan melalui laluan yang sama. Aku tak sabar nak sampai ke Pokhara untuk kembali menginap di Karuna Hotel yang selesa tu.

Perjalanan hari ini amat santai. Laluan gunang-gunang sudah berubah kepada bukit bukau yang mana aku tempuhi dengan senang hati. Kadang kala ada jugak insiden melompat macam kuda apabila tak sedar jalan berlopak didepan. Akibatnya senak alat sulit buat seketika.

Haritu aku lalu pada waktu senja beserta hari mendung, terasa seram waktu tu, harini kelihatan indah sekali

Laluan yang perlu dilalui

Keadaan jalan yang berbatu. Top speed 30km/h, gear guna 1 dan 2 sahaja. Perit.

Add caption



Setiba di Banglung, aku menyusuri pekan yang agak besar bagi standard Nepal. Dalam menyusuri jalan, aku ditahan seorang brader yang berpakaian kemas dan berbeg bimbit. Dia mintak nak menumpang ke Pokhara. Motor gue ngak ada ruang dah brader oi. Habis backpack gedabak kat belakang tu nak lempar mana. Huhuhu. Sorry brader, tak dapat nak nolong. Cemas muka brader tu. Nak pergi interview gamaknya. Mungkin terlepas bas. Beliau lalu menuju ke kenderaan lain pula. 

R&R

Dari Banglung ke Pokhara, perjalan sudah tidak sulit lagi kerana jalannya sudah landai dan melalui perkampungan serta pekan-pekan kecil. Tiada lagi jalan offroad yang ekstrem walaupau jalan utama mereka pun tak ubah seperti jalan offroad.

Hotel Sweet Hotel @ Hotel Karuna, Pokhara







Share:

23 February 2019

Redah 4.0 : Day 5 Kalopani - Muktinath

Hari ini boleh dikatakan hari penentuan bagi misi Redah 4.0 aku ini dimana aku akan menuju ke destinasi akhir bagi trip ini sebelum berpatah balik semula ke Kathmandu. Sebenarnya aku agak excited untuk sampai ke Muktinath namun dalam masa sama otak aku juga terbayang - bayang laluan pulang yang aku terpaksa lalui sekali lagi.

Selepas bersarapan ala kadar, aku pun bertolak menuju ke Muktinath. Jarak Kalopani ke Muktinath hanyalah sekitar 60Km namun dengan rupa bumi yang mencabar, mungkin memakan masa lebih kurang 4 jam untuk tiba ke sana. Untuk sampai ke Muktinath, aku akan melalui Marpha, Jomsom dan Kagbeni. Aku berharap dapat balik ke Kalopani Guesthouse kembali sebelum malam. Bukan apa, terasa selesa menginap disini.

Perjalanan hari ini menyajikan view terbaik sepanjang trip Redah kali ini. Seperti aku katakan sebelum ni, aku budjet view macam ni bermula dari Pokhara lagi tapi rupanya selepas meredah panas kalahkan Malaysia, baru lah disajikan view memukau.

Selalu kat Malaysia nampak lembu dan kambing  aja berkeliaran

Nun dikejauhan terdapat Yak tengah meragut rumput. Betul ka orang panggil Yak? haha

Didalam perjalanan aku perlu meredah laluan air yang merentasi laluan, bila terpercik air, kaki seolah pedih, kerana air yang sangat sejuk.

Tak pasti apa nama pekan ni, tapi yang hairan aku tak nampak kelibat seorang manusia pun. Seram bak cerita Zombie.

Melalui tebing sungai. Sebenarnya boleh aja nak redah dasar sungai yang kering tu, tapi orang kampung sini cakap ada sesetengah part yang perlu cross sungai kecil yang agak dalam. Tak nak la aku ambik risiko walaupun rasa sedapnya kalau dapat ride kat tanah yang rata tu (dari kejauhan nampak rata, tapi batu kerikil sebenarnya)

turun naik bukit lumrah biasa. Yang aku kagum, bas mereka boleh survive laluan sebegini. Oh. dan tak lupa juga ketahanan bajaj Pulsar 220F yang aku bawak ni jugak.

Rehat bontot


Aku berhenti disebuah kedai runcit untuk minum dan pinjam wifi. Kat sini aku belum sedar yang aku tercicir riding glove aku 
Lonely soldier boy 

Di lembah ni aku bertiup sangat kencang sehingga motosikal yang aku bawak ni terhuyung hayang. Aku memang dah habis tawakal. Seram gak bila dengar bunyi deruan angin yang kuat dan tiada kelibat manusia lain , Nampak tak seluar aku dah macam kena tarik tu, angin tolak.

Berehat sebentar. Tadi ada sebuah SUV dinaiki 4 lelaki yang muka macam watak penjahat dalam filem Bollywood tahan aku. Aku dah separa suspen. Rupanya diaorang nak tanya arah jalan. Tanya jalan muka macam nak bunuh orang. Pandai kan budak Malaysia tunjuk rah jalan Nepal pada orang tempatan. Hahaha.


Laluan mendaki yang paling best pernah aku lalui dan juga menggerunkan sebab angin bukan main kuat. Kalau terjatuh gaung tepi tu, memang hi hi babai la jawabnya. 

Yeah. Akhirnya tiba di pekan Muktinath. Meraikan kejayaan di Cafe hotel Bob Marley.

Aku ingat spesies burung ni hanya ada di Asia Tenggara, rupanya sampai ke pergunungan Himalaya. Sejak hari ini aku dah tak pandah rendah pada burung ni kerana mereka mungkin dah bermusafir bapak jauh dari aku yang tak seberapa ni.
Sewaktu ride mendaki bukit sebentar tadi, angin bertiup kencang ditambah suasana sekitar yang sudah semakin sejuk. Aku pun cuba mendapatkan glove aku sebelum aku sedar yang ia dah tercicir ntah kemana. Terpaksa aku meredah perjalanan dengan tangan yang kebas akibat kesejukan. Nasib baik beberapa KM sebelum sampai ke Muktinath aku terjumpa orang jual Glove. Sanggup aku panggil dia didalam rumah sebab nak beli sangat2. Memang best glove ni. 

Pekan Muktinath, walaupun aku harap ada hotel 3-4 bintang beserta Mall. 

Sempat singgah ke bengkel motor sebab aku risau selepas ride dari Pokhara hingga ke puncak gunung ni, meter minyak tak turun turun. Lepas pomen tengok kan, rupanya memang motor ni bapak jimat. Minyak masih banyak.
 Selepas 6 jam ride, aku pun tiba di Pekan Muktinath, Lower Mustang. Cuaca disini dah makin sejuk. Angin yang kuat menambahkan lagi kesejukan. Sebelum sampai kesini tadi, aku melalui Marpha dan Jomsom, tetapi tidak masuk ke Pekan. Untuk sampai ke Pekan aku perlu DeTour sikit. Couple US yang aku jumpa di Kathmandu tempoh hari ada suggest suruh aku lawat Marpha, cantik tempatnya kata diaorang. Namun tuh la, aku kejar masa. Di Muktinath ni juga terdapat sebuah Kuil yang menjadi tarikan perlancongan.

Untuk pengetahuan, Muktinath ni bukan lah pekan terakhir, sebenarnya masih terdapat lagi laluan ke kawasan yang lebih pendalaman yang digelar Upper Mustang. Katanya kawasan tu begitu terpelihara dan tak ramai pelancong yang ke sana. Untuk ke sana perlukan permit khas yang agak mahal. Satu hari nanti mungkin.

Aku bersyukur jugak kerana sepanjang perjalanan sampai ke sini, aku tak terkena Acute Mountain Sickness (AMS) yang disebabkan perubahan mendadak dalam environment yang kurang oksigen (makin tinggi altitude, makin kurang oksigen). Risiko AMS dapat dikurangkan kalau kita trekking kerana kita mengambil masa yang panjang untuk sampai ke atas. Kalau naik motor macam aku ni, agak laju perubahan persekitaran tu jadi risiko makin tinggi. Alhamdulillah. Kalau kena, tak boleh bayang aku nak tanggung sorang-sorang kat atas ni.

Sebenarnya, selepas balik ke Malaysia dan menyusuri kembali memori-memori Redah 4, aku terasa sangat menyesal kerana terlalu mengejar masa tanpa sempat mengambil kesempatan untuk singgah dan melihat tempat-tempat menarik di sekitar perjalanan. Tak hairanlah trip internary dari laman web tour group mengambil masa 7 hari untuk habiskan route Pokhara ke Muktinath sedangkan aku hanya mengambil masa selama 5hari sahaja. Sepatutnya alang2 dah sampai, aku patut luangkan saja masa lebih sedikit pun. Takpa. Belajar dari kesilapan dop.

Waktu dah pukul 4 petang waktu aku sampai. Jadi selepas minum, makan dan melihat ala kadar pekan Muktinath, aku pun kembali semula ke Kalopani, melalui semula laluan yang aku baru lalui sebentar tadi. Ya. Amat mencabar minda. Kalau tak kerana aku dah letak deposit untuk motor ni, mamang aku dah humban ke gaung dan fly aja dari Jomsom ke Kathmandu. Haha.

At last sampai semula di Kalopani Guesthouse.
Share:

01 October 2018

REDAH 4.0 : DAY 4 POKHARA - KALOPANI PART 2

Perkara pertama yang aku lakukan setelah Check In adalah on WiFi. Sepanjang perjalanan selepas Tatopani tadi boleh dikatakan tiada lagi line telefon. Aku dah agak mesti bini aku dah risau amat dan amat benar sekali. Hahaha. WiFi sangat lembap, sekadar mampu guna untuk Whatapps sahaja. Tapi jadilah dari tak ada kan. 

Bilik di Kalopani Guesthouse sangat simple tetapi bersih dan kemas. Syukur sungguh aku terjumpa tempat ni kerana selepas 9 jam perjalanan dari Pokhara tadi, apa yang aku mahu hanyalah tempat bersih untuk berlabuh. Selepas solat, aku terus keluar dari bilik dan melepak di laman Guesthouse untuk melihat suasana matahari terbenam.

Subhanallah amat cantik sekali suasana disini. Dikelilingi gunung -gunung yang bersalji. Mamat penjaga kaunter tadi datang menyapa ketika aku melepak sorang-sorang layan view. Dia menunjukkan aku satu persatu nama puncak-puncak gunung yang mengelilingi Kalopani Guest House. Aku tak ingat semua, yang pasti salah satunya adalah Annapurna. Kalopani ni hanyalah satu pekan kecil. Hanya ada beberapa buah banggunan rumah dan kedai. 





Sewaktu senja melabuhkan tirai, aku masuk kembali ke dalam bilik untuk mandi. Alangkah sejuknya selepas aku membuka baju. Airnya apatah lagi. Sejuk amat. nasib baik ada hot shower tapi terasa panas jika aku berada dibawah pancuran, keluar sedikit sahaja dari pancuran air panas, terus rasa nak beku. Hahaha. Baru aku tahu kenapa selimut disini dah tebal seperti Toto Narita. 


Selepas mandi dan solat, aku keluar menuju ke Cafe guest house. Banggunan bilik dan cafe berasingan jadi aku perlu meredah suasana sejuk malam dan angin gunung yang sejuk hingga mencengkam tulang. Suhu malam akan turun serendah 10°C. Suasana Cafe aka Lobby Guesthouse amat selesa sekali. Ada 3-4 orang mat salleh yang tengah melepak.

Ntah kenapa bila travel naik motosikal jauh-jauh ni selera makan aku akan berkurang tapi kalau ada selera pun, bukan ada benda sangat yang aku boleh makan di Cafe ni. Aku hanya order kentang goreng dan air teh. Rate makanan disini agak mahal tetapi aku faham lah kenapa mahal selepas melalui laluan offroad yang mencabar. tadi. 

Sewaktu aku check in tadi, ada sorang hikers dari Spain, Juan, menyapa aku bertanya rate bilik guesthouse sebelum dia juga pilih untuk berlabuh disini juga. Melihat Juan tengah lepak makan sorang-sorang di satu sudut, aku pun join. Juan ni cerita yang dia baru di retrench kerja di Kilang membuat van Mercedes, jadi sepanjang waktu menganggur ni, dia ambil keputusan untuk travel ke India dan Nepal. Ada la jugak member untuk aku berborak malam ni. 

Yang tengah makan sorang-sorang tu Juan
# bercuti di nepal 2018 # bercuti di nepal # pengembaraan di nepal # percutian ke nepal # cuti cuti nepal # sewa motor nepal # tips ke nepal # adventuretouringmalaysia 
Share: