Hari ini merupakan perjalanan pulang aku ke ketamadunan. Tiada rasa stress hari ini kerana perjalanan yang sudah diduga laluannya. Aku akan ride menyusuri semula jalan yang aku tempuhi tempoh hari.
|
Pagi di Kalopani |
Sewaktu proses check out, brader penjaga kaunter beramah mesra dengan aku ajak rileks2 sarapan dulu sebelum gerak. Dihulurnya aku sepinggan pancake. Aku pun lahap sambil memuji kebaikan beliau didalam hati. Usai check out, aku dicharge harga bilik beserta sarapan pancake. Hampeh.
Tiada yang nak aku komen berkenaan perjalanan hari ini memandangkan melalui laluan yang sama. Aku tak sabar nak sampai ke Pokhara untuk kembali menginap di Karuna Hotel yang selesa tu.
Perjalanan hari ini amat santai. Laluan gunang-gunang sudah berubah kepada bukit bukau yang mana aku tempuhi dengan senang hati. Kadang kala ada jugak insiden melompat macam kuda apabila tak sedar jalan berlopak didepan. Akibatnya senak alat sulit buat seketika.
|
Haritu aku lalu pada waktu senja beserta hari mendung, terasa seram waktu tu, harini kelihatan indah sekali |
|
Laluan yang perlu dilalui |
|
Keadaan jalan yang berbatu. Top speed 30km/h, gear guna 1 dan 2 sahaja. Perit. |
|
Add caption |
Setiba di Banglung, aku menyusuri pekan yang agak besar bagi standard Nepal. Dalam menyusuri jalan, aku ditahan seorang brader yang berpakaian kemas dan berbeg bimbit. Dia mintak nak menumpang ke Pokhara. Motor gue ngak ada ruang dah brader oi. Habis backpack gedabak kat belakang tu nak lempar mana. Huhuhu. Sorry brader, tak dapat nak nolong. Cemas muka brader tu. Nak pergi interview gamaknya. Mungkin terlepas bas. Beliau lalu menuju ke kenderaan lain pula.
|
R&R |
Dari Banglung ke Pokhara, perjalan sudah tidak sulit lagi kerana jalannya sudah landai dan melalui perkampungan serta pekan-pekan kecil. Tiada lagi jalan offroad yang ekstrem walaupau jalan utama mereka pun tak ubah seperti jalan offroad.
|
Hotel Sweet Hotel @ Hotel Karuna, Pokhara |
0 Rangsangan:
Post a Comment