17 September 2016

Mecca Cafe

Bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci ataupun mana-mana negara Arab, bolehlah anda ke Restoran Mecca Cafe untuk ambil feel dengan masakan Arab. Terletak betul-betul dalam bandar Kangar, restoran ni aku tengok menyasarkan pelajar-pelajar foreigner UNIMAP yang makin melimpah ruah di bumi Perlis ini.



Ia bukan sekadar restoran malah juga turut mempunyai mini market menjual stok-stok produk dari timur tengah *Yussouuffff Taiyoooohhhbb* (tetiba muncul di minda aku selepas taip ayat terakhir tuh..haha).



Aku perasan kewujudan kedai ni beberapa bulan lepas namun kekadang bila lapar terlupa pulak nak ke sini. Untuk makluman nama ja kedai Arab tapi owner dia Melayu. Kata tuan kedai sebelum ni memang chef Arab yang masak tapi bila Chef dah takda diaorang masak sendiri aja. Menu disini tak banyak tapi memadai. Sesuai dengan saiz kedai.


Kami order Nasi Kabshah dan Hommos beserta roti. Rasanya memang mantap walaupun tak setaraf Saba Cyberjaya tapi kalau dengan lidah aku, dah cukup sedap. Tak macam kedai arab Al-Aqsa Beseri (Sekarang dah tutup jadi farmasi) yang ayamnya sedikit kering. Hommos pon sedap. Aku nak komen lebih aku pon tak tahu nun di Timur Tengah macam mana rasanya. Rupanya ada jual Hommos dalam tin (RM4.80) disini maka aku rembat satu habuan buat sendiri di rumah.


Air ni memang kena dengan cuaca panas diluar. Tak sangka campuran kiwi dan lemon boleh menjadi sebegini sedap. Awesome!


[ masakan arab perlis , jalan jalan cari makan perlis , makanan tengahari perlis ]
Share:

29 June 2016

Suatu Hari Pulang Beraya

Teringat suatu masa
Menaiki bas pulang beraya
Dalam perjalanan jem tak terkata
Dilebuhraya dan hentian juga

Hajat kecil muncul pula
Hentian masih tak kunjung tiba
Sudah tak tertahan gila
Mahu tak mahu jumpa abang drebar

Abang drebar masam muka
Mintak tunggu sekejap pula
Memandu dengan masam muka
Akhirnya jumpa hentian juga

Rasa bersalah itu ada
Kerana hentian jem gila
Tapi rasa konpiden penumpang lain pun sama
Ingin turun melepas hajat juga

Walaupun belum didepan muka
Gua terus melompat suka
Menuju tandas laju tak terkata
Akhirnya sudah merasa lega

Laju menuju ke bas semula
Sambil melihat penumpang lain sama
Selepas mengira ngira
Rupanya yang turun gua sorang saja

Tiga puluh minit berlalu masa
Ingin keluar dari hentian semata
Minta maaf abang drebar
Janji pundi kencingku terasa lega
Share:

19 June 2016

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 9

Hari ini hari ke 2 aku di Kota Bandung dan juga merupakan hari ke 9 aku berada di Indonesia. Pagi ni aku bersarapan dengan budak-budak Bali yang turut menginap disini.Semalam diaorang check ini. Katanya diaorang menyewa mobil untuk melawat Tangkuban Perahu. Teringin gak nak join tapi kerana aku tengok diorang 5 orang macam dah muat satu mobil maka aku segan lak nak mintak join.

Kalau dibaca dalam laman web perlancongan ke Bandung banyaklah yang suggest pergi Tangkuban Perahu dan Kawah Putih tapi aku tak berapa nak "Into" sangat dengan tourist attraction cenggitu sebab bagi aku dah nama tourist attraction kawasan tuh mesti sesak dan juga menjadi lubuk scammer tempatan. Bukan nak takutkan, cuma aku malas sama. Perjalanan Redah aku ni pun lebih kepada melihat budaya tempatan dan merasa masakan merela selain ikut suka mood aku nak meredah mana.

Hari ke-2 aku tiada plan melainkan terus memuter jalan kaki sesorang melihat sekitar pekan Bandung. Yang penting aku nak beli kek lapis lagenda, Kartika Sari buat buah tangan pada orang kampung dan beli tiket train untuk ke Yogyakarta esok.

Nasi Goreng Gila ???
Hasil selepas makan...haha
Selain trendy dari segi fashion, orang Bandung juga mempunya taste yang menarik dari segi modifikasi kenderaan. 

Parking bertingkat, dah macam dekat Jepun
Sejauh mata memandang kayaknya
Tiket train aku beli di Kiosk dalam Indomart aja. Yang hangin brader depan aku ni lama sungguh ambil masa nak beli tiket. Memilih seat sangat.
Masuk shopping dekat Factory outlet lak. Memang murah. Btw. Gambar ni aku tangkap sebab ada port untuk lelaki duduk menunggu pompuan shopping. 
Angin tayar motor pon boleh dijual disini
Street dinner. Depan universiti apa ntah dalam pekan Bandung ni.
Memang capek gila aku hari ni menapak dari siang sampai malam. Balik hostel aku terus tidur sebab esok tiket train aku ke Yogyakarta pada awal pagi. Aku bab bangun pagi ni memang lemah sikit jadi lebih afdal aku tidur awal beserta alarm clock yang ntah berapa banyak aku set dekat telepon.
Share:

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 8

Hari ni aku plan untuk explore Kota Bandung. Al maklumlah semalam aku sampai pun dah lewat petang dan hanya sempat melihat sedikit suasana malam. Walaupun tempat penginapan aku ni bertaraf Hostel, sarapan pagi masih disediakan tapi jangan la expect macam hotel. Sarapannya hanyalah ala kadar seperti menumpang dirumah sewa me-member bujang iaitu roti, jem, telur, dan kopi. Semuanya pepandai masak, sapu dan bancuh sendiri. Yang bestnya, tempat bersarapannya terletak di rooftop. Tapi takda view menda sangat.

Lepas bersarapan sorang-sorang dalam kesepian, aku pun tegur ala kadar budak receptionist hostel dan mengorak langkah menyusuri Jalan Braga yang mana tengah dalam proses naik taraf. Dibawah hostel aku ada pusat massage. Tante pusat massage tuh bukan main lagi promote aku suruh singgah. Gila apa nak massage pagi-pagi. Tengah fresh lagi. Aku pun bagi alasan mau muter2 dulu dong. Udah capet gue datang massage. Haha.

Selain dari nak explore town, aku juga pasang niat nak shopping pakaian sehelai dua. Biasalah, selain terkenal dengan cuaca dingin, bandung juga terkenal  sebagai kota fesyen.

"Love lock" buat mereka yang tengah angau berchenta, untuk orang yang
dah kena 'gari' macam gua takda nak main lagi benda ni.Haha

Buat assignment kayaknya

Bangga jumpa orang se-kampung kat sini

Pekena Es Durian bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan setelah menapak lebih 1km
Beberapa factory outlet telah aku lalui tapi aku tak singgah sebab tempat shopping yang aku tuju bersifat fesyen muda mudi. Indie bak kata orang. Sebenarnya petua nak nampak muda selalu ialah bergaya macam bebudak muda. Haha. Tempat yang aku tuju adalah Jalan Sultan Agung. Sebenarnya aku tau kewujudan tempat ni berdasarkan rancangan "Destinasi Bajet" di TV3 nun.

Selepas 2.6 Km menapak, aku pun tiba di lokasi. Bercerau peluh. Untuk makluman scene jenama "indie" di Bandung memang top. Banyak jugak bebudak Malaysia yang start brand sendiri datang menuntut di Bandung. Disini terdapat belasan (or puluhan) butik jenama tempatan.



Cafe dan Coffee Shop yang artistik juga bersepah



Boleh dikatakan hampir semua butik fesyen indie dekat Jalan Sultan Agung ni aku jelajahi dan banyak gak hasil yang aku cekau. T shirt sini sehelai dalam Rm20-Rm50. Selepas membeli belah ala kadar aku pon menapak pula mencari port lunch.

Tempat makan tengahari aku
sedap sedap sungguh makanan kat Indonesia ni
Selepas makan tiada aktiviti melainkan pusing melihat sekitar Kota Bandung

London Bus di bumi Bandung
Kat Indonesia ni memacam cara diaorang cari makan salah satu adalah menjaga trafik a.k.a menjadi trafik light. Sambil kereta membelok driver akan hulur duit kepada tukang jaga trafik tuh.
Santai petang

Di Indonesia, angkatan tentera mereka mempunyai pengaruh yang kuat dalam mencorak pentadbiran negara. Ini kerana berbeza dengan kita, mereka mencapai kemerdekaan dengan perjuangan bersenjata ke atas penjajah Belanda.
Pada sebelah malam aku hanya melepak makan di gerai bakso berdekatan Chez Bon sebab kaki pon dah sengal-sengal semacam. Peniaga bakso tempat aku menjamu selera rupanya penyokong tegar pasukan bola sepak tempatan, Persib Bandung. Maka dengan bersemangat mulalah dia cerita kisah-kisah perbolaan yang sebenarnya bukan topik yang aku mahir. Haha.

Share:

25 May 2016

Budaya Keluarga

Kalau kita sebut bab budaya apa yang selalu kita dengar adalah adat penduduk setempat bagi sesebuah Negara ataupun bagi satu-satu kaum. Namun selain dari itu apa yang aku perasan jika di”zoom” kan dengan lebih terperinci sebenarnya sesebuah institusi kekeluargaan itu sendiri mempunyai budaya ataupun secara tidak ilmiah iaitu “kebiasaan”.

Waktu aku masih bersekolah dimana melepak atau stay over di rumah rakan adalah perkara biasa, aku selalu jugak perati perbezaan budaya rumah member aku dengan rumah aku. Kekadang tuh benda yang dianggap serius offence dirumah aku adalah satu perkara normal di rumah orang lain. Antaranya ialah di rumah aku bangun lewat adalah satu kesalahan besar tapi bila tengok sesetengah member aku, rileks aja makbapak mereka suruh aku masuk rumah tolong kejutkan anak mereka.

Antara yang aku ingat, ada member yang boleh sewenang wenangnya  tak pergi sekolah dengan alasan remeh temeh tapi bagi aku walaupun baru sampai rumah pukul 4-5 pagi dari perjalanan jauh mau tak mau esok pagi tetap kena ke sekolah. Haha. Susah sungguh nak dapat perlepasan cuti dari mak aku even setakat sakit demam selsema sikit-sikit. 

Lepas kawin pulak, aku dapat compare antara budaya keluarga aku dengan keluarga bini aku. Bagi keluarga bini aku, basuh satu pinggan bersamaan sekali picit botol pencuci sunlight manakala di rumah aku pulak sunlight dipicit dalam bekas sabun dan dibancuh pulak dengan air bagi penggunaan yang holistik. Selain dari tu,beza yang aku nampak adalah keluarga aku makan lauk pelbagai jenis tapi nasi sikit manakala di rumah keluarga bini aku mereka makan nasi dalam kuantiti yang banyak tapi lauknya dua tiga jenis aja.

Setelah mempunyai keluarga kecil, aku pon nak juga pupuk nilai budaya keluarga yang tersendiri dalam keluarga aku ni. Antaranya, Aku nak anak-anak aku nanti memulakan hari dengan sarapan berkhasiat. Bukan macam aku dulu2. Kekadang redah ke sekolah tanpa sarapan. Bukan makpak tak sedia Cuma tak kena dengan taste. Biasala la budak-budak. Selera lain. Selain dari tuh aku taknak takutkan anak aku dengan kisah tahyul raksasa hantu dan sebagainya. Akan aku terang sesuatu perkara dengan penuh sainstik lagi Islamik…ewah..Selain dari tuh aku taknak paksa anak aku mengadap buku 24jam tapi yang masuk dalam otak 1jam sahaja. Yang penting belajar 2jam dan paham 2jam. Cukup. 

Semua diatas hanya visi yang mana mungkin berubah sejajar dengan pengurangan kadar testorone dalam badan aku. Apa yang aku perasan dari masa ke semasa aku dah mula melakukan perkara yang satu masa dahulu aku rasa uncool sebab macam orang tua namun last-last ke situ juga perginya.



Share: