19 June 2016

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 8

Hari ni aku plan untuk explore Kota Bandung. Al maklumlah semalam aku sampai pun dah lewat petang dan hanya sempat melihat sedikit suasana malam. Walaupun tempat penginapan aku ni bertaraf Hostel, sarapan pagi masih disediakan tapi jangan la expect macam hotel. Sarapannya hanyalah ala kadar seperti menumpang dirumah sewa me-member bujang iaitu roti, jem, telur, dan kopi. Semuanya pepandai masak, sapu dan bancuh sendiri. Yang bestnya, tempat bersarapannya terletak di rooftop. Tapi takda view menda sangat.

Lepas bersarapan sorang-sorang dalam kesepian, aku pun tegur ala kadar budak receptionist hostel dan mengorak langkah menyusuri Jalan Braga yang mana tengah dalam proses naik taraf. Dibawah hostel aku ada pusat massage. Tante pusat massage tuh bukan main lagi promote aku suruh singgah. Gila apa nak massage pagi-pagi. Tengah fresh lagi. Aku pun bagi alasan mau muter2 dulu dong. Udah capet gue datang massage. Haha.

Selain dari nak explore town, aku juga pasang niat nak shopping pakaian sehelai dua. Biasalah, selain terkenal dengan cuaca dingin, bandung juga terkenal  sebagai kota fesyen.

"Love lock" buat mereka yang tengah angau berchenta, untuk orang yang
dah kena 'gari' macam gua takda nak main lagi benda ni.Haha

Buat assignment kayaknya

Bangga jumpa orang se-kampung kat sini

Pekena Es Durian bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan setelah menapak lebih 1km
Beberapa factory outlet telah aku lalui tapi aku tak singgah sebab tempat shopping yang aku tuju bersifat fesyen muda mudi. Indie bak kata orang. Sebenarnya petua nak nampak muda selalu ialah bergaya macam bebudak muda. Haha. Tempat yang aku tuju adalah Jalan Sultan Agung. Sebenarnya aku tau kewujudan tempat ni berdasarkan rancangan "Destinasi Bajet" di TV3 nun.

Selepas 2.6 Km menapak, aku pun tiba di lokasi. Bercerau peluh. Untuk makluman scene jenama "indie" di Bandung memang top. Banyak jugak bebudak Malaysia yang start brand sendiri datang menuntut di Bandung. Disini terdapat belasan (or puluhan) butik jenama tempatan.



Cafe dan Coffee Shop yang artistik juga bersepah



Boleh dikatakan hampir semua butik fesyen indie dekat Jalan Sultan Agung ni aku jelajahi dan banyak gak hasil yang aku cekau. T shirt sini sehelai dalam Rm20-Rm50. Selepas membeli belah ala kadar aku pon menapak pula mencari port lunch.

Tempat makan tengahari aku
sedap sedap sungguh makanan kat Indonesia ni
Selepas makan tiada aktiviti melainkan pusing melihat sekitar Kota Bandung

London Bus di bumi Bandung
Kat Indonesia ni memacam cara diaorang cari makan salah satu adalah menjaga trafik a.k.a menjadi trafik light. Sambil kereta membelok driver akan hulur duit kepada tukang jaga trafik tuh.
Santai petang

Di Indonesia, angkatan tentera mereka mempunyai pengaruh yang kuat dalam mencorak pentadbiran negara. Ini kerana berbeza dengan kita, mereka mencapai kemerdekaan dengan perjuangan bersenjata ke atas penjajah Belanda.
Pada sebelah malam aku hanya melepak makan di gerai bakso berdekatan Chez Bon sebab kaki pon dah sengal-sengal semacam. Peniaga bakso tempat aku menjamu selera rupanya penyokong tegar pasukan bola sepak tempatan, Persib Bandung. Maka dengan bersemangat mulalah dia cerita kisah-kisah perbolaan yang sebenarnya bukan topik yang aku mahir. Haha.

Share:

0 Rangsangan: